10 Barangan Mahal Yang Anda Tidak Perlukan



 
DAHULUKAN keperluan, barulah kehendak.

Itu antara asas untuk mengelakkan anda dari terjerumus kepada masalah kewangan yang pada awalnya mungkin kelihatan baik-baik sahaja namun lama-lama, membukit jadinya. Begitupun, hidup dalam dunia serba moden, serba canggih kini, kadangkala - mungkin juga banyak kali - kehendak nampaknya acap kali mengatasi keperluan. Dek kerana mahu nampak bergaya, hebat di depan rakan-rakan, semuanya sanggup dilakukan, tak kisahlah poket makin menipis asalkan ego menebal

Natijahnya, hujung bulan mula catu sana-sini, serba-serbi tak cukup malah ada yang terpaksa meminjam wang pula, dari keluarga, rakan atau sesiapa sahaja. Abam Kie ingin kongsikan 10 barang yang kadangkala disebabkan kehendak, anda terjerumus dan akhirnya menjadi mangsa kepada masalah kewangan

1. Telefon pintar
Antara banyak-banyak barang, mungkin ini selayaknya disebut paling awal. Mana tidaknya, generasi muda sekarang boleh dikatakan hampir setiap tahun menukar telefon pintar, ada saja model baru, terus disambarnya. Pantang keluar iklan, mulalah tak senang duduk dibuatnya. Nampak pula ada rakan guna telefon pintar baru, lagilah berkobar-kobar hatinya nak dapatkan peranti baru.
Situasi itu menyebabkan peranti yang dijual pada tahun sebelumnya boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah sedangkan prestasinya masih mantap, umpama yang baru juga. Alangkah bagusnya kalau wang itu digunakan untuk membeli barang lain yang semestinya lebih memenuhi keperluan anda.
2. Kopi mahal 
Meneguk secawan kopi yang penuh aroma pada waktu pagi dan selepas habis waktu kerja pastinya menghadirkan ketenangan terutamanya kepada pencinta kopi. Biasanya, tentulah restoran mahal menjadi pilihan, kadangkala secawan kopi harganya boleh mencecah belas-belas ringgit.

Tapi sebenarnya ada saja kedai-kedai kopi terutamanya milik anak tempatan yang menyajikan kopi hampir sama, penuh aroma dan sedap juga. Mungkin ia tidak sama seperti restoran-restoran mahal yang biasa anda kunjungi tapi rasanya tidaklah begitu jauh berbeza. Harga lebih murah, ketenangan dan kepuasan pun sama dapat. 
3. Tudung mahal
Fuh, pasti ramai panas hati, sakit hati baca bahagian ini. Mahu atau tidak mahu, inilah yang harus dibangkitkan kerana kebelakangan ini semakin ramai wanita sanggup berhabis ratusan, ribuan ringgit untuk sehelai tudung. Pelbagai alasan diberikan, material kain lebih baik, rekaan yang cantik, eksklusif tapi ramai sebenarnya menyedari, harganya melambung tinggi kerana jenamanya.

Boleh saja beli tudung di kedai-kedai tepi jalan, di pasar malam atau di pusat membeli-belah, harganya pasti jauh lebih murah dan kualitinya juga kadangkala hampir setanding. Percayalah, mahal mana pun tudung anda, tak ramai pun menyedarinya kecuali jika mereka juga pelanggan tudung mahal seperti anda

4. Majlis perkahwinan meriah
Menjadi raja sehari, sudah semestinya kita sehabis baik mahu jadikan ia kenangan terindah, tak boleh dilupakan, diraikan semeriah mungkin. Lazimnya, majlis yang meriah sudah semestinya memerlukan banyak belanja. Disebabkan mahu nampak gah, ada yang sanggup meminjam daripada bank untuk melunaskan hasrat hati mereka.

Wang itu adalah lebih baik disimpan untuk kehidupan selepas berkahwin kerana ramai orang kata, kehidupan selepas majlis itu adalah realiti sebenarnya, susah dan senang bersama. Kalau sebelum kahwin pun hutang dah keliling pinggang, sukar jugalah nak menguruskan kewangan selepas kahwin kelak. Tak mengapalah kalau tak meriah sangat asalkan selepas majlis, anda bahagia dan lapang minda bersama pasangan

5. Vacuum cleaner robot
Ciptaan ini semakin mendapat permintaan kerana katanya memudahkan kerja membersihkan rumah, tidak perlu terbongkok-bongkok membersihkan rumah seperti sebelum ini. Begitupun, saiznya yang kecil menyebabkan anda perlu membersihkannya berulang kali, berbeza berbanding penyedut hampagas lain yang ada dalam pasaran.

Dari segi praktikal dan memudahkan kerja, mungkin robot itu lebih berguna untuk anda namun apabila dibandingkan harganya, tak salah kalau guna cara lama sahaja. Begitupun, harganya kini semakin murah dan membolehkan lebih ramai orang membelinya

6. Headphone mahal
Bagi mereka yang suka mendengar lagu, kebanyakan masanya dihabiskan dengan lagu menerjah halwa telinga, mereka pastinya lebih gemar menggunakan headphone mahal. Katanya, bunyi dari headphone mahal lebih sedap, bass, treble, semuanya sedap-sedap belaka, cukup sempurna.

Bayar beratus, beribu ringgit pun mereka tidak kisah asalkan mendapat kepuasan ketika mendengar lagu-lagu kegemaran. Satu perkara yang pasti, kalau beli headphone murah pun, ia tidaklah menghalang anda untuk mendegar lagu, mungkin kualitinya berbeza tapi fungsinya tetap sama

7. Kereta mewah


Boleh kata semua orang memasang impian untuk memiliki kereta mewah tapi hakikatnya, ia tidaklah semudah disangka. Nak beli satu cerita, nak menyelenggara pun satu cerita lagi. Lazimnya lagi mahal sesebuah kereta, lebih tinggi kos penyelenggaraannya. Kadang-kadang pergi bengkel, barang pula tiada, kena tunggu pula beberapa minggu. Sudahlah harga mahal, masa pula banyak terbuang

Daripada mengeluarkan wang untuk kereta mewah, tak salah kalau beli kereta jenama tempatan yang kebelakangan ini mula mengeluarkan model setanding jenama antarabangsa. Harganya? Pasti jauh lebih murah dari jenama lain. 
8. Jam mahal
Ada orang mengklasifikasikan jam mahal sebagai status kekayaan, lebih mahal, lebih kaya orang itu kelihatan di mata rakan-rakannya. Pastinya anda tahu, tak kiralah mahal mana pun jam anda beli, fungsinya tetap sama, menunjukkan waktu kepada anda. 
Hakikatnya, tak ramai pun orang yang benar-benar melihat kepada jam anda tatkala bertemu anda. Lazimnya mata mereka lebih tertumpu kepada baju dan kasut anda, lebih kepada penampilan secara keseluruhan. Jadi, tak salah kalau anda pilih jam yang nampak klasik, cantik, berkilat tapi dalam masa sama, harganya jauh lebih murah.
9. Bilik hotel mewah, mahal
Bila bercuti, sudah semestinya ramai mahukan penginapan yang selesa, persis seperti bilik sendiri, barulah tenang, selesa bila tidur malam. Pastinya untuk bilik sebegitu, harganya tidak murah. Ada pelabagai jenis hotel menawarkan pelbagai jenis penginapan dengan jurang harga yang berbeza-beza juga. Kalau anda rancang percutian anda, rajin ‘menjelajah’ dari satu hotel ke satu hotel secara atas talian, tak mustahil anda akan dapat bilik selesa pada harga murah.

Biasanya waktu bercuti, anda tidak akan habiskan banyak masa di bilik, banyak keluar saja. Bilik hanya untuk mandi, bersiap dan tidur. Jadi lebih baik wang untuk membayar bilik hotel yang mahal, anda tukarkan kepada perkara lain seperti makanan, cenderahati dan aktiviti lain. Lebih berbaloi rasanya

10. Produk diet ‘ajaib’
Ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan ubat kurus, kononnya boleh kuruskan badan dengan cepat namun kesan buruknya tidak pula diberitahu. Pakar kesihatan berpendapat ubat kurus sebegitu sebenarnya membahayakan kesihatan, boleh merosakkan buah pinggang dan kesannya hanya terasa apabila usia semakin meningkat.

Nak kurus memanglah agak sukar tapi ubat kurus bukanlah pilihan yang tepat. Ada kalanya harga mencecah ratusan ringgit, duit habis tapi kadangkala kurusnya tak dapat pun. Jauh lebih elok jika anda memasang niat untuk kurus, mulakan dengan jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Kesannya mungkin sedikit lambat tapi sekurangnya anda tidak perjudikan kesihatan anda

Nukilan di atas mungkin tidak dipersetujui ramai pihak namun niat penulis hanyalah berkongsi kata, moga-moga lebih ramai peka dan tidak terjerumus dalam masalah kewangan. Pokoknya, semuanya terserah kepada diri masing-masing. Kalau anda rasa segalanya kena dengan anda, apa salahnya kan…
Sumber: www.astroawani.com

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/12/10-barangan-mahal-yang-anda-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Perlukan Parti Politik Yang Berprinsip

Malaysia Perlukan Parti Politik Yang Berprinsip

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 158 hits
SYED SADDIQ4 DISEMBER 2020 PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu 6 DISEMBER 2020 PAS tidak menolak kemungkinan berkompromi dengan pendirian awal parti itu yang sebelum ini tidak berhasrat menyertai usa...
Pengangkutan Awam Luar Bandar Pun Perlukan Peruntukan Kerajaan

Pengangkutan Awam Luar Bandar Pun Perlukan Peruntukan Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 170 hits
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menggesa kerajaan supaya memperuntukkan dana untuk pengangkutan awam di luar bandar di seluruh negara Beliau berkata pertambahan peruntukan besar untuk pengangkutan awam bandar dari RM13 juta kepad...
Akhbar Satar Malaysia Perlukan Gubal Satu Undang Undang Berkaitan Anti Lompat Parti

Akhbar Satar Malaysia Perlukan Gubal Satu Undang Undang Berkaitan Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Malaysia perlu menggubal satu undang undang berkaitan Anti Lompat Parti bagi mengatasi pandemik politik dalam negara kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar Beliau berkata kes ke...
Dai Syed Perlukan Sokongan Kawan Kawan

Dai Syed Perlukan Sokongan Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 165 hits
Selepas dihadapkan atas tiga pertuduhan di mahkamah berbeza semalam pihak pengurusan Universal Music Malaysia berharap orang ramai khususnya peminat terus mendoakan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful supaya diberikan kekuatan berdepan du...
Adakah Benar Untuk Dilantik Menjadi Mb Dan Pm Perlukan Sokongan Umno

Adakah Benar Untuk Dilantik Menjadi Mb Dan Pm Perlukan Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 226 hits
HAMDAN TAHASebenarnya politik hari penentu siapa boleh jadi PM ke atau MB ke nampaknya terletak di parti umno dan presidennya Apa pun pandangan orang terhadap zahid dan najib mereka boleh ubah keadaan politik negara apa pun umno sebenarnya ...
Malaysia Perlukan Kerajaan Stabil Kabinet Progresif Dengan Segera

Malaysia Perlukan Kerajaan Stabil Kabinet Progresif Dengan Segera

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 224 hits
Malaysia begitu jauh ditinggalkan dari segi ekonomi oleh negara jiran yang lain MALAYSIA memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dengan segera menjelang tahun 2021 yang akan tiba tidak lama lagi Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hass...
Zidane Perlukan Dominik Szoboszlai Untuk Pulihkan Real Madrid

Zidane Perlukan Dominik Szoboszlai Untuk Pulihkan Real Madrid

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 149 hits
Prestasi tidak menentu Real Madrid sejak kebelakangan ini mendorong Zinedine Zidane untuk mendapatkan pemain muda sensasi Hungary Donimik Szoboszlai bagi membantu beliau memulihkan pasukannya Pemain tengah Red Bull Salzburg tersebut sememan...
Baik Fokus Pru 15 Jika Perlukan Sokongan Umno

Baik Fokus Pru 15 Jika Perlukan Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 215 hits
Mohd Muklis Mohd Syarif Undi belah bahagiBenda ini simple pembangkang paling kuat ada 107 MP jadi even kalau luluspun undi belah bahagi belum tentu dapat tolak budget kalau tak ada MP dari kerajaan yang belot Sekarang ini kita cerita proces...
Ayah Dibuang Kerja Anak Perlukan Rawatan Bantulah Adik Raudhah Adawiyah

Ayah Dibuang Kerja Anak Perlukan Rawatan Bantulah Adik Raudhah Adawiyah

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 248 hits
Sayunya tengok raut wajah bayi comel ini yang diuji dengan kesakitan sejak lahir apabila doktor sahkan adik Raudhah Adawiyah menghidap dua penyakit iaitu JANTUNG BERLUBANG dan ada air di kepala Dimaklumkan selain menguruskan Raudhah yang sa...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan