10 Bandar Utama Bakal Dikuasai Dap Jika P Raya Pbt Dilaksanakan


AMINUDDIN YAHAYA   
Pihak berkuasa tempatan (PBT) terbahagi kepada tiga kategori iaitu majlis bandar raya, majlis perbandaran dan majlis daerah. PBT berkuasa dalam mengeluarkan lesen-lesen, mengenakan cukai-cukai tertentu, merancang dan menguruskan bandar, membina kemudahan-kemudahan awam, unit-unit perdagangan dan perumahan dan pelbagai lagi.

Majlis bandar raya adalah kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri yang mempunyai penduduk melebihi 500,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun.

Majlis perbandaran pula adalah bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah yang mempunyai penduduk melebihi 150,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM20 juta setahun.

Jangan kita pandang remeh agenda DAP yang mahu melaksanakan pilihan raya PBT berbanding sistem sekarang iaitu jawatan yang dipertua (YDP) dan datuk bandar melalui sistem lantikan dari kalangan penjawat awam.

Jika pilihan raya PBT dilaksanakan, maka institusi PBT akan dicemari dengan campur tangan politik kepartian kerana semestinya parti-parti politik akan masuk bertanding. Akhirnya, jawatan-jawatan PBT akan menjadi seperti Adun dan ahli parlimen yang direbut-rebut oleh politikus. Jadi, semakin menebal dan pekatlah cengkaman politik kepartian di negara kita.

Selain sistem ini merugikan kita, sebenarnya ada mudarat yang lebih besar kerana DAP punyai agenda dan misi yang sangat besar. Jangan dilupa, MCA juga menyokong cadangan ini walaupun mereka tidak berkuasa. Mengapa? Semestinya ini kerana mereka melihat ini sebagai peluang untuk menguntungkan kaum mereka. MCA dan DAP berpolitik dan berstrategi untuk kepentingan dan agenda kaum, bukannya parti semata-mata.
Kuala Lumpur, gambar hiasanSekarang ini, majoriti YDP atau datuk bandar PBT di seluruh Malaysia dilantik dari kalangan Muslim atau sekurang-kurangnya bukan ahli mana-mana parti, termasuklah kawasan-kawasan yang dikatakan sebagai 'totok DAP/PH'.

Demografi penduduk adalah faktor penting bagi mencongak siapakah mampu memenangi sesebuah pilihan raya, termasuklah pilihan raya PBT. Berikut merupakan PBT yang pasti dikuasai secara langsung atau tidak langsung oleh DAP jika sistem ini berjaya dilaksanakan (menurut data bancian terkini):

1. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur
Datuk Bandar (kini): Norhisham Ahmad Dahlan
Jumlah penduduk: 1,588,750
Peratusan penduduk bumiputera: 45.9%

2. Majlis Bandar Raya Ipoh
Yang Dipertua (kini): Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Jumlah penduduk: 657,892
Peratusan penduduk bumiputera: 39.8%

3. Majlis Bandar Raya Petaling Jaya
Yang Dipertua (kini): Mohd Sayuthi Bakar
Jumlah penduduk: 613,977
Peratusan penduduk bumiputera: 46.2%

4. Majlis Banda Raya Iskandar Puteri
Yang Dipertua (kini): Salehuddin Hassan
Jumlah penduduk: 529,074
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%

5. Majlis Perbandaran Kluang
Yang Dipertua (kini): Mohd Rafi Abdullah
Jumlah penduduk: 167,833
Peratusan penduduk bumiputera: 47.1%

6. Majlis Bandar Raya Pulau Pinang
Yang Dipertua (kini): Yew Tung Seang
Jumlah penduduk: 708,127
Peratusan penduduk bumiputera: 33.7%

7. Majlis Perbandaran Teluk Intan
Yang Dipertua (kini): Azizan Abd Muin
Jumlah penduduk: 128,143
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%

8. Majlis Perbandaran Sibu
Yang Dipertua (kini): Tiong Thai King
Jumlah penduduk: 162,676
Peratusan penduduk bumiputera: 35.7%

9. Majlis Bandar Raya Kuching Selatan
Yang Dipertua (kini): James Chan Khay Syn
Jumlah penduduk: 159,490
Peratusan penduduk bumiputera: 36.4%

10. Majlis Perbandaran Subang Jaya
Yang Dipertua (kini): Noraini Roslan
Jumlah penduduk: 708,296
Peratusan penduduk bumiputera: 42.3%

Timbul persoalannya di sini, adakah kita reda dengan langkah halus menggantikan ketua-ketua PBT kepada ahli politik terutamanya dari DAP? Dan apakah jaminan PBT yang dikuasai oleh mereka ini tidak akan bertindak sewenang-wenangnya terutamanya dalam isu-isu maksiat dan yang menyentuh sensitiviti masyarakat? Kita semua kenal bahawa DAP memang terkenal dengan provokasi yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat.

Adakah kita reda jika penjawat-penjawat awam yang berkelayakan ini akhirnya digantikan dengan ahli-ahli politik yang kebanyakannya tidak ada kelayakan dari segi pendidikan dan pengalaman pun.

Melihat kepada sejarah dan rekod DAP dalam pilihan-pilihan raya yang terdahulu, DAP memang mendapat sokongan yang kuat dan telah menang selama berpenggal-penggal di hampir semua kawasan tersebut. Pastinya kerusi DUN dan parlimen sahaja tidak cukup. Mereka rakus dan tamak, sentiasa mahukan lagi dan lagi.

Peranan dan bidang kuasa PBT juga adalah besar dan penting yang tidak ada pada wakil-wakil rakyat seperti kuasa memberikan lesen perniagaan dan sebagainya. Pastinya DAP mahukan kuasa-kuasa tersebut.

Ini belum lagi diambil kira PBT di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh parti komponen Pakatan Harapan yang lain, yang mempunyai majoriti tipis penduduk bumiputera kerana pasti ada 'bahagian' atau 'habuan' yang tertentu buat 'abang besar' iaitu DAP.

*  AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/10-bandar-utama-bakal-dikuasai-dap-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Raya Pbt Dap Mahu Apa Sebenarnya

Pilihan Raya Pbt Dap Mahu Apa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 288 hits
MOHAMMAD RASHIDI ABDUL RAZAK PADA 8 Disember 2019 DAP mengulangi semula tuntutan untuk mengembalikan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan dengan menjadikannya antara lapan resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah ...
Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di 57 Bandar Utama

Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di 57 Bandar Utama

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1 200 sebulan di bandar bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandaraya dan majlis perbandaran manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1 100 sebulan bagi selain dari...
Kementerian Kerja Raya Umum Rfid Dilaksanakan Secara Rasmi Babitkan Beberapa Plaza Tol

Kementerian Kerja Raya Umum Rfid Dilaksanakan Secara Rasmi Babitkan Beberapa Plaza Tol

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 266 hits
Sumber gambar dari SoyaCincauBaru tadi Ohmedia dapat info yang Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan bahawa Radio Frequency Identification akan dilaksanakan pada 1 Januari ini Menurut info RFID terbuka untuk kenderaan kelas 1 dimana meli...
Sales Assistant Aeon Flat Price Daiso Bandar Utama

Sales Assistant Aeon Flat Price Daiso Bandar Utama

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 251 hits
Manage and understand customer needs and questions with flying colors Provide the best service and wise use a mechanism to promote product promotion Prepare sales promotional area confirmed by the layout ensure that no garbage POP box and l...
Muslihat Ultra Kiasu Di Sebalik Pilihan Raya Pbt

Muslihat Ultra Kiasu Di Sebalik Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 381 hits
Lambakan kelab malam pusat judi arak dan yang melalaikanKERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya PBT Kawasan bandar akan terus membangun tidak kira sama ada ada pilihan raya PBT atau tidak Ultra k...
Grabexpress Dan Grabmart Bakal Jadi Taruhan Grabfood Kepada 19 Bandar Baharu

Grabexpress Dan Grabmart Bakal Jadi Taruhan Grabfood Kepada 19 Bandar Baharu

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 252 hits
Gaya hidup terkini amat menguntungkan kita pada zaman sekarang apabila adanya beberapa perkhidmatan penghantaran makanan namun di sebalik setiap aplikasi tersebut pasti akan ada keistimewaannya yang tersendiri GrabFood yang popular di sekit...
Chinese New Year Part Time Customer Assistant Bandar Utama Pj Selangor Rm7 Rm14 Hour

Chinese New Year Part Time Customer Assistant Bandar Utama Pj Selangor Rm7 Rm14 Hour

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 305 hits
Provide good customer service to walk in customers To ensure of correct selling techniques to do sales and achieves target To perform cashier functions promote Watson s VIP Member Cards Job Requirements Candidate must possess at least a Pri...
Perlukah Pilihan Raya Pbt Ab Jalil Backer

Perlukah Pilihan Raya Pbt Ab Jalil Backer

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 262 hits
Malaysia sebuah negara kecil yang mempunyai ratusan perwakilan rakyat di peringkat DUN dan Parlimen Dalam keadaan kewangan negara yang makin tenat kerajaan bercadang mengadakan pula pilihan raya PBT bagi mewujudkan satu lagi lapis birokrasi...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan