Lebih Rm400 Juta Kini Diperlukan Untuk Selenggara Baik Pulih Jalan Di Pahang




KUANTAN - Kerajaan negeri memerlukan peruntukan lebih RM400 juta bagi melakukan kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih kira-kira 3,000 kilometer jalan Persekutuan di negeri ini tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, permohonan sudah pun dibuat kepada kerajaan Pusat dan diharap ia diluluskan sepenuhnya supaya kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih dapat dilakukan dengan lebih baik seperti penurapan dan membuat lapisan atau jalan baharu.
“Kerajaan negeri berdepan dengan isu berkaitan peruntukan berikutan faktor Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan lain-lain yang menyebabkan kelewatan dalam tempoh lima bulan.
“Dalam tempoh itu, kita juga berdepan musim tengkujuh luar biasa apabila banjir berlaku menyebabkan jalan yang sudah pun rosak mengalami kerosakan lebih teruk.
“Harap bajet yang dimohon ini apabila diluluskan tidak lama lagi dapat meneruskan kerja-kerja menyelenggara jalan negeri ini. Saya juga berharap agar masyarakat dapat bersabar dengan situasi ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bertempat di Kompleks Tun Razak di sini hari ini.

Mohammad Fakhruddin berkata, kerajaan negeri memandang serius tentang perkara-perkara yang hangat diperkatakan di laman sosial terutama berkaitan masalah kualiti jalan dihadapi masyarakat.
Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan negeri juga sudah memohon peruntukan kecemasan yang akan digunakan untuk membaikpulih jalan-jalan yang rosak.
“Kita harap permohonan ini dapat diluluskan segera untuk kita baikpulih jalan yang banyak kita terima aduan sekali gus mengambil tindakan dengan menggunakan peruntukan khas ini bagi membaikpulih jalan yang dikategorikan sebagai kecemasan seperti jalan masuk ke kawasan perindustrian Semambu,” katanya.
Beliau dalam pada itu berharap agar orang ramai tidak salah tafsir dengan tindakan 24 jam yang akan diambil JKR bagi menyelesaikan masalah jalan yang dihadapi.
“Setiap aduan yang diterima akan diambil kira dalam tempoh 24 jam dan jika ia adalah masalah yang kecil, tindakan segera akan diambil.
“Tapi jika ia melibatkan masalah yang besar seperti jalan runtuh dan sebagainya, tidak mungkin penyelesaian dapat diambil dalam tempoh 24 jam. Bergantung kepada kerosakan,” katanya.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai supaya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing supaya isu terbabit dapat disalurkan kepada JKR daerah yang kemudiannya dibawa untuk makluman kerajaan negeri. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/02/peruntukan-lebih-rm400-juta-di-perlukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Alasan Kenapa Ngekos Sendiri Lebih Baik Daripada Berbagi Kamar Dengan Teman

7 Alasan Kenapa Ngekos Sendiri Lebih Baik Daripada Berbagi Kamar Dengan Teman

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 219 hits
Niatnya ngekos bareng temen karena ingin hemat budget tapi kok Duh lebih baik ngekos sendiri deh daripada nyesel
Kenapa Kj Lebih Baik Dari Anwar Dan Rafizi

Kenapa Kj Lebih Baik Dari Anwar Dan Rafizi

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 503 hits
Cakap nya jawapannya sebelum dan selepas jelas lancar tersusun simple mudah faham dan fakta Politik nya tiada politicking Berani berhadapan media dan wartawan Tidak berpusing pusing memberi jawapan Tidak kotak katikan soalan wartawan apabil...
Lebih 1 000 Pesakit Kanser Baharu Telah Di Kesan Setiap Tahun Di Negeri Pahang

Lebih 1 000 Pesakit Kanser Baharu Telah Di Kesan Setiap Tahun Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 286 hits
BERA Lebih 1 000 pesakit kanser baharu dikesan di negeri ini setiap tahun dan daripada jumlah itu 60 peratus atau 600 orang menghidap kanser tahap tiga dan tahap empat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk...
Malaysia Akan Lebih Baik Jika Pn Kerajaan Dan Muhyidfin Pm

Malaysia Akan Lebih Baik Jika Pn Kerajaan Dan Muhyidfin Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 340 hits
Kewibawaan Muhyidfin ketika sebagai pm masih dirindui dan kepimpinannya sebagai mantan PM berani melawan tuduhan korup ke atas nya masih mengatasi Anwar Persepsi rakyat semasa Dia masih dilihat tahap tidak berbohong tidak mengelak tidak uba...
Peruntukan Rm100 Juta Jualan Rahmah Disambut Baik

Peruntukan Rm100 Juta Jualan Rahmah Disambut Baik

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 307 hits
Peruntukan RM100 juta untuk Jualan Rahmah yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disambut baik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata peruntu...
Banjir Di Pahang Beransur Pulih Jumlah Mangsa Menurun Hanya 33 Orang Di Pps

Banjir Di Pahang Beransur Pulih Jumlah Mangsa Menurun Hanya 33 Orang Di Pps

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menunjukkan penurunan kepada 33 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara di dua daerah sehingga jam 12 tengah hari pada Jumaat Sekretariat Jawatankuasa P...
Daripada Shahrizat Seribu Kali Lebih Baik Azalina

Daripada Shahrizat Seribu Kali Lebih Baik Azalina

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 182 hits
Entah kenapa tiba tiba saja nama Shahruzat Jalil ditonjolkan semula untuk memimpin Wanita UMNO bagi menggantikan ketua sedia ada Noraini Ahmad Sementara ramai yang bersedia melihatnya bertanding semula sebagai laluan memimpin pergerakan itu...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi