1 Ramadan 1445


Alhamdulillah bersyukur kita semua kerana masih diberi kesempatan oleh-Nya bertemu dengan bulan Ramadan kali ini. Masih bernafas dan masih sihat untuk menjalani ibadah puasa

Buat pertama kali, saya dan Encik Suami memulakan Ramadan di bumi Perlis. Malam tadi Encik Suami menunaikan solat tarawih di sebuah surau kecil berhampiran kediaman kami, manakala saya melakukannya sendirian di rumah. Terasa janggal. Kebiasaannya kami sentiasa bersama, sama ada berjemaah di rumah atau sama-sama solat di surau/masjid. Eh…bukan bergaduh laki bini ya 😆, tapi atas alasan tertentu

Menu sahur hari pertama kami - ayam bakar/panggang dengan potongan kentang dan tomato ceri. Saya masak menggunakan air fryer. Sementara tunggu ayam masak, saya buat smoothie campuran buah sejuk beku (pisang & raspberry), chia seed, air susu sejuk dan Greek yogurt. Minuman panas kena ada jugak, saya buat secawan besar green tea jenama Ahmad Tea


Walaupun berpuasa, aktiviti menikmati alam tetap diteruskan. Berikut beberapa foto alam yang sempat saya rakamkan pada 1 Ramadan :
Perubahan indah warna langit daripada gelap ke cerah di waktu subuh. Pada bahagian langit cerah itulah nantinya muncul matahari sekitar pukul 7.30 pagi

Sekitar pukul 9.10 pagi, saya keluar berjalan-jalan menikmati alam. Seronok dapat menikmati cahaya matahari pagi, juga hembusan angin yang bertiup kuat dan memerhatikan burung-burung bebas berterbangan. Meriah dengan pelbagai bunyi

Berdasarkan pemerhatian saya, semenjak musim kemarau melanda saya dapati burung-burung yang ada di sekitar rumah jadi berkurangan. Tak meriah seperti sebelumnya. Burung besar dengan bulu badan berwarna coklat putih juga dah lama tak kelihatan. Mungkin semuanya berhijrah ke tempat yang lebih selesa

Spesis burung tiong (dalam foto di atas) ni antara burung yang masih bertahan hidup di sini. Buah nona (orang tempatan panggil buah sekaya) tu memang kegemarannya. Sekarang ni buahnya masih hijau, nanti dah bertukar kemerahan (dah masak) memang jadi santapan burung tiong dan burung-burung lain juga


Ini sajalah catatan 1 Ramadan saya dari tempat dengan suhu tinggi 38℃ ketika saya mengakhiri entri ini. Semoga Allah memberi kami di sini kekuatan dan ketabahan berpuasa ketika musim kemarau

Buat semua sahabat blog, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN 😊








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/03/1-ramadan-1445.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Isbat Penetapan 1 Ramadan 1445 H Digelar Hari Ini Begini Tahapannya

Sidang Isbat Penetapan 1 Ramadan 1445 H Digelar Hari Ini Begini Tahapannya

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 195 hits
Sidang Isbat adalah salah satu cara yang dilaksanakan oleh pemerintah Indonesia khususnya Kementerian Agama untuk penentuan awal Ramadan Idulfitri Iduladha
Foto Aksi Bersih Bersih Masjid Jelang Bulan Suci Ramadan 1445 Hijriah

Foto Aksi Bersih Bersih Masjid Jelang Bulan Suci Ramadan 1445 Hijriah

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 283 hits
Aksi bersih bersih masjid bertajuk Sejuta Bahagia Berbagi Ketupat ini merupakan kolaborasi PT Matahari Putra Prima Tbk bersama Dewan Kemakmuran Masjid
Mengemas Rumah Untuk Persediaan Ramadan

Mengemas Rumah Untuk Persediaan Ramadan

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum dan selamat malam semua Nak menulis tetapi badan dan fikiran rasa terlalu penat Menulis santai santai agar blog sentiasa diupdate Bermula hari Sabtu 9 Mac 2024 kemas dua buah peti sejuk Buang makanan yang sudah lama dan tida...
Buffet Ramadan Dan Pakej Perkahwinan Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

Buffet Ramadan Dan Pakej Perkahwinan Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 181 hits
Salam sejahtera kepada semua Buat penghuni residen atau juga mereka yang bekerja di area Ara Damansara Subang Jaya Petaling Jaya dan yang berhampiran dengannya Ini ada satu pengumuman menarik dan tawaran istimewa Sekarang telah dibuka secar...
Istimewa Palestin Al Aqsa Tema Madinah Ramadan Di K Tan

Istimewa Palestin Al Aqsa Tema Madinah Ramadan Di K Tan

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 321 hits
KOTA BHARU Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam membina sebuah khemah gergasi bagi menjadikan Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad IV sebagai lokasi utama penganjuran Madinah Ramadan 2024 Exco Exco Kerajaan Tempatan Perumahan...
Bufet Ramadan 2024 Dewan Mbsj Pu7 By Lugar De La Boda Puchong

Bufet Ramadan 2024 Dewan Mbsj Pu7 By Lugar De La Boda Puchong

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 224 hits
Kita semakin hampir dengan bulan Ramadan Untuk korang yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti terutamanya yang berada di sekitar Puchong dan Selangor Untuk berbuka puasa kali ini why not berbuka puasa dekat buffet...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin