Istimewa Palestin Al Aqsa Tema Madinah Ramadan Di K Tan
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) membina sebuah khemah gergasi bagi menjadikan Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad IV sebagai lokasi utama penganjuran Madinah Ramadan 2024.
Exco Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, pada tahun ini aktiviti tahunan itu dibina dengan bertemakan perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa yang dikongkong oleh Israel.
Beliau berkata, usaha tersebut memupuk kembali kesedaran sokongan masyarakat terhadap perjuangan panjang rakyat Palestin yang saban hari ditindas dan dibunuh ketika semua umat Islam seluruh dunia bakal menempuh bulan penuh keberkatan.
“Pada tahun ini kita membuat reka bentuk dan juga suasana di Madinah Ramadan berkonsepkan cinta Palestin sebagai tanda solidariti dan keprihatinan kita untuk sama-sama membantu dan menyumbang kerana mereka juga puasa dalam kesusahan.
“Berpuasa tetapi tidak dapat bersahur, walaupun berpuasa tetapi tidak dapat berbuka, kemungkinan tidak dapat berhari raya dan tidak dapat menunaikan solat berjemaah sebagaimana kita solat di sini kerana masjid semua sudah musnah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Tabung Madinah Ramadan 1145H/2024 oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud yang diadakan di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati Kota Bharu di sini pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu berkata, Madinah Ramadan menjadi tradisi kerajaan negeri mengimarahkan bulan tersebut bagi menganjurkan majlis itu yang pernah ditangguhkan pada tahun 2021 akibat penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun katanya, program tersebut diadakan semula setahun kemudian di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV dengan melaksanakan dan mematuhi peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyekat pandemik tersebut.
Beliau berkata sebelum ini Madinah Ramadan dikenali dengan Qaryah Ramadan, namun sejak tahun 2014 nama tersebut dimasyhurkan sebagai Madinah Ramadan sehingga hari ini dilaksanakan dengan pelbagai pengisian sepanjang Ramadan.
Malah pada tahun 2007 katanya, kerajaan negeri menjemput qari dari negara Mesir untuk mengetuai solat tarawih dan mendapat sambutan yang baik bukan sahaja rakyat Kelantan, bahkan menarik perhatian masyarakat luar Kelantan termasuk Selatan Thailand.
“Pelaksanaan Madinah Ramadan ini telah menjadi program rasmi Kerajaan Kelantan adalah berdasarkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ yang mana ianya memberi impak yang besar dalam pentadbiran khususnya pelaksanaan aktiviti dakwah ibadah dan kebajikan.
“Madinah Ramadan akan menghimpunkan ribuan jemaah untuk menunaikan solat tarawih dan menyertai pelbagai aktiviti kerohanian dan keilmuan di sini Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sepanjang 30 hari umat Islam berpuasa sejak 1994 lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/3/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Istimewa 'Palestin Al-Aqsa' & Rumah Urut M'sia.
Lagi komen, 'Rumah urut gempur M'sia'
Antara warga asing yang ditahan dan diperiksa dalam serbuan rumah urut tanpa lesen di sekitar ibu kota - Foto ihsan PDRM
Bukit Aman gempur rumah urut tanpa lesen, gajikan PATI
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur 10 premis yang menawarkan perkhidmatan urut di sekitar Bukit Bintang, semalam.
Serbuan bersama JSJ Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu dibuat pada jam 3 petang hingga tengah malam semalam membabitkan 11 pegawai dan 44 anggota polis terhadap kedai urutan refleksologi dikendalikan warga asing serta turut disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman berkata seramai 10 penjaga premis dan 71 tukang urut ditahan dalam serbuan mengejut di sekitar Jalan Changkat dan Jalan Bukit Bintang itu.
"Dalam operasi ini pihak JSJ menahan 48 wanita warga asing dan 21 lelaki warga asing yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut.
"Turut ditahan 10 pengurus atau penjaga premis berkenaan yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan tiga wanita warga asing.
"Kesemua premis ini didapati melakukan kesalahan menggajikan wanita dan lelaki warga asing tanpa permit yang dikesan berdiri di hadapan pintu premis sambil menawarkan khidmat urut kepada orang ramai dan pelancong asing yang lalu di hadapan premis," katanya kepada BH hari ini.
Katanya, pemeriksaan juga mendapati lapan premis urutan ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.
JSJ berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan pekerja urutan wanita warga asing yang berpakaian seksi turut menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan lelaki.
"Siasatan mendapati aktiviti urutan yang bermula pada jam 11 pagi hingga 4 pagi setiap hari ini menawarkan pakej urutan kaki dan badan dengan kadar bayaran RM60 hingga RM105 bagi setiap jam dan tambahan 'caj tertentu' bergantung atas permintaan pelanggan.
"Selain itu kebanyakan tukang urut didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri semasa diperiksa malah ada juga wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut," katanya.
Dalam operasi berkenaan polis turut memeriksa 10 pelanggan terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan serta lelaki warga asing.
Selain itu wang tunai sebanyak RM3,979, perakam CCTV, modem wifi, kertas jadual kerja tukang urut, risalah iklan, buku catatan hasil, minyak urut, tuala, tisu dan salinan lesen perniagaan.
Semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen dam Seksyen 3 (1) Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rumah urut gempur M'sia.
PAS Selangor 12 July 2012 Al Kisah Lesen Rumah urut.Semua Lesen Rumah Urut Dan Pusat Hiburan Di Selangor Dikeluarkan Pada Zaman UMNO/BNShah Alam : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.... Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.“Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).“Kelulusan juga diberi kepada sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah,” katanya.Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut (
, pusat hiburan (13).Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).“Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik,” katanya.Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.“Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.“Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah,” jelasnya.Sekian.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/03/istimewa-palestin-al-aqsa-tema-madinah.html