1 Pemandu Mabuk Menduduki Tangga No 17 2 Industri Getah Sudah Mati Secara Rasmi Innalillah


1. Kes Nombor SATU

Se-ekor daripada mereka kata kita harus membuat undang-undang baru untuk mengawal penjualan arak. Arak ini lazimnya melibatkan orang bukan Islam. Jadi secara indirect dia mainkan isu perkauman - iaitu orang bukan Islam yang minority itu menjadi 'soft target' - untuk mencari popularity. 

Yang sangat jelas ialah se-ekor ini sudah habis modal, sudah tidak lagi tahu bagaimana caranya untuk majukan negara kita, bagi semua rakyatnya berbilang kaum dan berbilang bangsa. 

Bukan itu sahaja tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya majukan bangsa dia sendiri pun. 

Dia tidak mempunyai akal untuk mencadangkan bagaimana cara mengatasi masalah ibu tunggal yang makin kronik. Ayah lari meninggalkan ibu dan anak yang mengakibatkan begitu banyak gejala social, kes maksiat, pelacuran, anak dibuang dan banyak lagi.

Dia tidak mempunyai akal untuk menyelesaikan pengangguran yang juga makin kronik dengan beratus ribu anak muda hilang pekerjaan, tempat kerja tutup, majikan bankrap dsbnya. 

Dia tidak mempunyai akal untuk mencadangkan penyelesaian kos sara hidup yang sangat tinggi yang memiskinkan orang Melayu dulu. 

Orang besar makin kaya, orang politik makin kaya - selalunya dengan menelan harta rakyat. Rakyat marhaen makin susah hidup mereka. Dan sedih sekali tiada penyelesaian yang kelihatan pun. 

Jadi untuk mencari publisiti murah mereka mengambil cara mudah - mereka sasarkan kaum minority bukan Islam dan bangkitkan isu berkaitan kaum dan agama.

Contohnya kononya terlalu ramai manusia yang mati kemalangan jalanraya akibat pemandu mabuk. 

Tetapi berapa ribu kah manusia yang sebenarnya mati kes MABUK di jalanraya?

Saya baru menerima carta statistic kematian kemalangan di jalanraya yang berikut. Saya tidak tahulah jika carta ini 100% tepat tetapi yang lebih penting ialah kita perlu maklumat tepat dan terperinci (factual information) sebelum kita boleh rumuskan sebarang perkara melibatkan undang-undang negara.


Sila lihat carta ini : STATISTIK PUNCA KEMALANGAN MAUT BAGI TAHUN 2011 - 2019


Dalam tempoh SEMBILAN TAHUN (2011 - 2019) seramai 55,887 orang telah terkorban di jalanraya. 

Carta statistic ini menunjukkan 17 penyebab utama bagi kematian di jalanraya.

TOP  FIVE penyebab kematian kemalangan jalanraya adalah seperti berikut :

1. No. 1 bilangan terbesar (16,685 maut) adalah akibat TERBABAS SENDIRI.  

2. Di kedudukan nombor 2 pula 6,274 orang maut apabila MAKAN JALAN.

3. Nombor  3 pula 6,046 orang maut sebab TUKAR LANE atau MEMOTONG.

4. Di tangga nombor 4 pula 5,887 maut sebab TAK NAMPAK ADA OBJEK DI DEPAN

5. Dan no. 5 ialah 5,802 maut sebab CUAI KELUAR MASUK SIMPANG

Macam mana pula dengan kes mabuk? 

Sebenarnya tiada statistik untuk kes mabuk. 
Sebab bilangan kes MABUK adalah terlalu kecil. 

Maka kematian akibat MABUK di campur dengan kes DADAH.

So apakah jumlah besarnya maut daripada MABUK + DADAH ?
Dalam tempoh SEMBILAN TAHUN hanya berlaku 47 kes kematian akibat MABUK / DADAH. Atau puratanya LIMA orang terkorban bagi setiap tahun.

Maka maut kes MABUK / DADAH menduduki tempat yang ke bawah sekali.
Kes MABUK menduduki tangga No. 17.

Habis berapa ramaikah mangsa maut akibat kes MABUK sahaja?
Kita tidak tahu sebab bilangannya terlalu kecil. 

Jadi saya ingin cadangkan kepada yang berekor itu.
Buat lah homework dengan lebih rajin. 
Jangan tunjuk DNA malas dan mengambil jalan mudah untuk mencari cheap publicity. 
Jangan menghasut orang Islam membenci terhadap bukan islam. 
Itu adalah perbuatan syaitan. 

Kes MABUK bukan masalah pun.Jelas sekali bukan sebesar mana awak cuba gembar-gemburkannya.

2. Kes Nombor DUA

GDP atau pengeluaran ekonomi negara kita adalah di sekitar US$365 billion atau  RM1,592 billion setahun. Ataupun RM1.6 Trillion.  

Daripada jumlah besar ini industri getah Malaysia menyumbangkan (pada tahun 2018) RM2.83 billion sahaja. Sila lihat carta di bawah :


Dalam kiraan peratusan (percentage) pada tahun 2018 industri getah telah memberi sumbangan 0.2% kepada GDP ekonomi negara Malaysia.


Tuan-tuan berapa banyak kah 0.2% itu? 
Kita kena ambil SATU PERATUS atau 1%. Kemudian dibahagi kepada lima bahagian lagi. Maka setiap daripada lima bahagian itu menjadi 0.2%. 
Apa maksudnya yang sebenarnya?Maksud yang sebenarnya ialah industri getah negara sudah pun mati.Inna lillaahi wa inna ilaihi raajiun.
Jadi janganlah membuang masa cuba menipu rakyat hendak membuat 'Institut Kajian Getah' yang baru dengan belanja RM100 JUTA duit rakyat.
Ianya hanya satu lagi cara untuk membocorkan duit rakyat yang tidak akan membawa sebarang manfaat kepada rakyat marhaen.
Yang akan kaya hanya orang besar yang mendapat projek dan kontrak untuk membina Institut Kajian berharga RM100 Juta itu.
Rupanya musim mengawan sudah tiba di Taman Rimba. Tapi tidak terjumpa buah pisang untuk dimakan beruk dan ungka.Maka dibuatlah berbagai helah untuk mengisi perut sendiri.Jagalah kebun, jagalah kampong, jagalah rumah, jagalah anak dara.




Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/05/1-pemandu-mabuk-menduduki-tangga-no-17.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Mabuk Lawan Aruh Langgar Orang Sampai Mati

Pemandu Mabuk Lawan Aruh Langgar Orang Sampai Mati

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 640 hits
Pemandu mabuk lawan aruh langgar orang sampai mati Pemandu mabuk lawan aruh langgar orang sampai mati LELAKI maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus dipercayai akibat pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuanta...
Lagi Kes Pemandu Mabuk Langgar Rider Hingga Mati Seret Motor Hingga 3km

Lagi Kes Pemandu Mabuk Langgar Rider Hingga Mati Seret Motor Hingga 3km

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 568 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara di sini awal pagi ini Dalam kejadian jam 1 30 pagi itu mangsa dikenali ...
Hukum Mati Pemandu Mabuk Malaysia Wajar Ikut Taiwan

Hukum Mati Pemandu Mabuk Malaysia Wajar Ikut Taiwan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 440 hits
Warga maya menyarankan hukuman mati kepada pemandu mabuk agar kemalangan maut membabitkan golongan itu tidak berulang Mereka berpandangan hukuman mati perlu diperluaskan kerana memandu dalam keadaan mabuk cenderung meragut nyawa Beratkan hu...
Pemandu Mabuk Terus Membunuh Netizen Gesa Hukuman Gantung Sampai Mati

Pemandu Mabuk Terus Membunuh Netizen Gesa Hukuman Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 434 hits
Pemandu mabuk terus membunuh Lagi kes terbaru seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34 2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur Menerusi laporan Sinar ...
Tak Kenang Budi Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Mahu Saman Hospital

Tak Kenang Budi Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Mahu Saman Hospital

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 460 hits
Kes kemalangan akibat pemandu mabuk menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab Foto AFPKUALA LUMPUR 27 Mei Individu yang cedera dalam kemalangan akibat berada di bawah pengaruh alkohol perlu diken...
Sedia Bawa Usul Pemandu Mabuk Ke Parlimen

Sedia Bawa Usul Pemandu Mabuk Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 840 hits
Sudah sampai masa pemabuk dikenakan hukuman tegas Tan Sri Noh Omar BANGI Sudah sampai masanya kerajaan mengenakan hukuman tegas kepada pemandu mabuk kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang...
Pas Gantung Keluaran Jualan Arak Hingga Isu Pemandu Mabuk Selesai

Pas Gantung Keluaran Jualan Arak Hingga Isu Pemandu Mabuk Selesai

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 314 hits
MALAYSIAKINIPAS menggesa agar kerajaan segera menggantung pengeluaran dan penjualan arak sehinggalah isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk dapat diselesaikan Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata dalam tempoh penggantungan itu ...
Dari Isu Adib Hingga Pemandu Mabuk Ulama Pas Perlu Desak Menteri Parti Tangani

Dari Isu Adib Hingga Pemandu Mabuk Ulama Pas Perlu Desak Menteri Parti Tangani

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 261 hits
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat sayap ulama Pas perlu berperanan mendesak menteri dari parti itu untuk menyelesaikan pelbagai perkara yang mereka bangkitkan ketika era kerajaan Pakatan Harapan Menurutn...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord