1 Lawan 1 Tumpas Bn Radzi Ajak Pembangkang Kerjasama Dengan Pn


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-August 28, 2022 10:08 PM
Radzi Jidin ingin semua parti memusuhi BN bekerjasama bagi memastikan gabungan itu tidak lagi memerintah selepas PRU15. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Gesaan supaya pembangkang membuka pintu rundingan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggap rasional jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin.

Radzi berpandangan, parti memusuhi BN wajar mempertimbangkannya bagi merangka strategi khususnya memastikan satu lawan satu dalam meningkatkan peluang menang.

“Mesej (pengerusi PN) Muhyiddin Yassin semalam jelas, bahawa politik ini dinamik dan apa juga boleh berlaku dalam politik.

“Dalam konteks ini, apa yang penting ialah untuk kita lihat, BN tidak kembali memerintah selepas PRU15,” katanya menurut lidah rasmi parti, Berita Bersatu.

Semalam, Muhyiddin menggesa semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa BN adalah musuh utama pada PRU15.

Beliau menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Muhyiddin dilaporkan berkata, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.

Untuk rekod, Bersatu yang mengetuai PN adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang susulan “Langkah Sheraton”digerakkan pemimpin utama parti terbabit.

Susulan itu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan selepas mendapat sokongan majoriti wakil rakyat termasuk daripada Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, pada Ogos 2021, Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menyebabkannya diganti oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

PKR, DAP dan Amanah yang kekal dalam PH bergerak sebagai pembangkang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/1-lawan-1-tumpas-bn-radzi-ajak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Pimpinan Tertinggi Pn Putuskan Kerjasama Dengan Pembangkang Kata Pemimpin Bersatu

Biar Pimpinan Tertinggi Pn Putuskan Kerjasama Dengan Pembangkang Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 238 hits
freemalaysiatoday com September 3 2022 7 30 AMPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan parti lain tetapi PAS tegas enggan bekerjasama dengan PH PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu menggesa pemimpin te...
Cuba Rakyat Malaysia Lihat Sikap Nangoi Sekoq Ni Semalam Dia Ajak Ph Konon Nak Kerjasama

Cuba Rakyat Malaysia Lihat Sikap Nangoi Sekoq Ni Semalam Dia Ajak Ph Konon Nak Kerjasama

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 110 hits
Baru semalam ajak penyokong PH tumbangkan BN hari ni lain pulak Macamlah BN PN PAS merintah rakyat senang sangat 10 kali lebih teruk dari PH 22 bulan PAS jadi tunngoi kayu dalam kerajaan lagi tak berguna Hapa pun tak buay makan gaji buta
Kenyataan Zahid Dakwa Kerjasama Mn Dangkal Tak Wakili Umno Kata Hadi

Kenyataan Zahid Dakwa Kerjasama Mn Dangkal Tak Wakili Umno Kata Hadi

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 154 hits
Abdul Hadi Awang berkata PAS masih berpegang kepada pendirian asal penubuhan Muafakat Nasional iaitu menerima penyertaan mana mana parti yang tidak ekstrem termasuk Bersatu ALOR SETAR Presiden PAS Abdul Hadi Awang tampil membalas dakwaan Ah...
Zahid Yakin Pilihan Raya Umum Ke 15 Tahun Ini Ambil Kira Isu Direka Cipta Pembangkang

Zahid Yakin Pilihan Raya Umum Ke 15 Tahun Ini Ambil Kira Isu Direka Cipta Pembangkang

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 96 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangka pilihan raya umum ke 15 diadakan tahun ini mengambil kira isu direka cipta pembangkang dengan terbaharu berkait kapal tempur pesisir Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasio...
Did4kwa Tak Bagi Kerjasama Dengan Pihak Polis Ini Penjelasan Lufya Omar Mesin Fotofit Masih Dalam Tindakan Pembaikan

Did4kwa Tak Bagi Kerjasama Dengan Pihak Polis Ini Penjelasan Lufya Omar Mesin Fotofit Masih Dalam Tindakan Pembaikan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 114 hits
Baru baru ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu pihaknya masih belum merakam keterangan pelakon Lufya Omar berkenaan kes anak perempuannya Laana Haura yang nyaris dicvlik Gara gara...
Isu Logo Umno Dan Kerjasama Dengan Ph Dijangka Dominasi Muktamar Pas

Isu Logo Umno Dan Kerjasama Dengan Ph Dijangka Dominasi Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 201 hits
Nora MahparPETALING JAYA Muktamar PAS yang bermula hari ini dengan mesyuarat tahunan sayap dijangka menghantar mesej jelas kepada Bersatu dan Presidennya Muhyiddin Yassin untuk membatalkan sebarang niat menjalin kerjasama dengan Pakatan Har...
Thailand Malaysia Rancang Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan Keselamatan Sempadan

Thailand Malaysia Rancang Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan Keselamatan Sempadan

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 130 hits
Pada Selasa Prawit yang juga Timbalan Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Hishammuddin di Rumah Kerajaan GAmbar FB Hishammuddin HusseinBANGKOK Thailand dan Malaysia akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam industri pertahanan serta kesel...
Keadilan Tolak Sebarang Kerjasama Dengan Pn Najwan

Keadilan Tolak Sebarang Kerjasama Dengan Pn Najwan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 110 hits
KEADILAN Shah Alam menyambut baik kenyataan tegas Timbalan Presiden KEADILAN Mohd Rafizi Ramli semalam yang menolak sebarang usaha membentuk kerjasama politik dengan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Timbalan Ketu...
Pm Jangka Pembangkang Guna Isu Lcs Macam 1mdb

Pm Jangka Pembangkang Guna Isu Lcs Macam 1mdb

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comDapat difahami situasi yang melatari Ismail Sabri Yaakob ketika ini Di satu sisi pemimpin tertinggi parti secara jelas mahukan parlimen dibubar segera Namun pada sisi berbeza ada pertimbangan yang lain yang perlu dibuat dan ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega