So cari parking kereta yang sesuai, dan berjalan menuju ke Kieda Crepe dan beratur mengikut giliran masing-masing. Masa CCL dan suami sampai tu dalam jam 8 malam. Masa tu ada dua lane sahaja, dan semestinya CCL berada di kedudukan lane yang kedua .setiap lane ada empat baris yer . CCL kena baris yang ketiga. Bila dah beratur malam-malam ni Kieda tetap turun untuk tengok customer yang tengah beratur di bawah .1 jam 20 minit menunggu akhirnya staff Kieda Crepe memberi pelepasan untuk naik ke atas.
Oh, untuk sesi malam ialah sesi support makanan vendor yang ada di Kieda Crepe, so setiap pembelian RM30 ke atas hangpa boleh beli crepe dari Kieda. Time ni crepe memang tak ada tersusun di dalam chiller tau, capai je lah dessert mana yang ada disitu . Tapi semuanya memang sedap-sedap dan satu lagi untuk crepe pulak memang limit sorang satu dan random tau . Alhamdulillah walaupun dapat beli sorang satu dan random flavour berbaloi juga la dari tak dapat merasa crepe dari Kieda .
So bagi yang tertanya-tanya berbaloi ke beratur lama-lama semata-mata nak beli Kieda Crepe . Itu atas pada hak masing-masing . Kalau ada masa yang terluang dan teringin sangat nak merasai kesedapan Kieda Crepe silakan beratur . Pembelian bukan atas paksaan tau . Kadang mulut-mulut kak bawang dan makcik bawang ni geram jugak . Mengata sana sini, buang masa beratur panjang la ..macam-macam lagi kan . Alih-alih bila kita cakap nak repeat beli lagi dialah orang pertama yang nak kirim beli itu dan ini .. Eh! Eh !! Perangai sangat kan . |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |