Politik Banjir Kepala Air Di Kedah


ULASAN MALAM

Mereka sedang memberi 
kenyataan akhbar berhubung banjir kepala
air di Kedah? TIDAK siapa menjangka di sebalik keteguhan gunung Jerai yang tersergam indah dan gah itu ia menyimpan sesuatu yang misteri; kolam takungan air yang boleh membawa bencana dan petaka. Tidak ramai menduga akan kewujudan kolam tersembunyi berbahaya itu.  
Apabila kolam itu sarat dengan air menyebabkan takungan pecah dan menghemburkan banjir yang dinamakan banjir kepala air.


Banjir kepala air ini lebih dahsyat daripada bah konvensional yang hanya dipenuhi dengan air kemudian ia akan surut dengan sendirinya dalam tempoh beberapa jam atau hari sahaja. 
Bah atau banjir konvensional tidak bahaya kerana kedatangannya terlebih dahulu disertakan dengan amaran dan isyarat. Kehadirannya juga lebih bersopan santun. Berbeza dengan banjir kepala air yang datang dengan tiba-tiba bagaikan ribut.   
Kejadian banjir kepala air merupakan fenomena alam yang berlaku bermula dari atas puncak gunung yang tidak ternampak. Lantaran itu kejadiannya tidak terduga, apabila berlaku ia banyak menelan korban dan kerosakan harta benda. 
Nah, begitulah apa yang berlaku dalam parti Amanah Negara Kedah yang mulai meletus semalam dan mengejutkan orang ramai. Ia seperti banjir kepala air datang mendentum dan mengaum. Sebelum ini parti itu di negeri tersebut dilihat kukuh, kuat dan stabil. Berbanding dengan negeri-negeri lain, Amanah negeri Kedah paling stabil. Ia laksana keteguhan gunung Jerai yang dibanggai itu. 
Saya sering menjadikan Amanah Kedah sebagai perbandingan dan contoh dengan Amanah negeri-negeri lain kerana kekuatannya. Bilangan keahliannya juga lebih ramai berbanding dengan negeri lain. Gerak kerjanya mantap dan kompak. Situasi ini berlaku mungkin kerana inspirasi mewujudkan parti alternatif kepada Pas bermula di Kedah. Begitu juga para pemimpinnya hebat dan berpengalaman.
Walaupun Amanah negeri Kedah ini ada kelemahan, tetapi ia umpama resmi gading sahaja, gading mana yang tidak retak, tanduk mana yang tidak belut. Itu perkara biasa. Tetapi Amanah Kedah tetap menjadikan Amanah terbaik. 
Dalam keadaan tidak terduga itu tiba-tiba sahaja meledak kejadian mengejutkan persada politik negara, Amanah Kedah seperti dibom dan bergolak. Apa yang berlaku hari ini benar-benar memeranjatkan. Ia tidak ubah seperti fenomena banjir kepala air tadi yang tiba-tiba meletup dan menghemburkan banjir yang membalut dan menghanyutkan lumpur kotor dan hamis lalu meneggelamkan mangsanya. 
Kesannya menyebabkan samudera politik Malaysia berombak kencang. Untuk seketika mata permerhati politik terhala ke utara. Para paramedik dan bantuan keselamatan awam tertumpu ke Kedah mencerapi apa yang berlaku dengan penuh minat dan cemas.  
Sesungguh apa yang berlaku dalam Amanah hari ini mengkaget dan mengecewakan banyak orang. Paling terkesima apabila ia berlaklu pada saat masa pilihan raya hendak diadakan. Pada saat rakyat sedang mengemaskan ikatan bekong dan menyinsingkan lengan baju dan kaki seluar untuk bergulit dengan UBN bagi memastikan menguasai negara. 
Apa yang berlaku itu ia boleh mengganggu mood dan semangat rakyat untuk melihat pilihan raya ke-15, menjadi pilihan raya menobatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, mengembalikan semula Mohamad Sabu menjadi menteri pertahanan bagi meneruskan dinas yang belum selesai.
Jika diteliti kes pergolakan yang berlaku itu puncanya sangat kecil sahaja. Kalau ada kebijaksanaan dari para pemainnya ia tidak akan sampai melarat ke seluruh negara. Jika diumpamakan kepada sebuah rumah tangga perbalahan laki bini itu hanya disebabkan tersalah menu. Suami hendak makan ikan singgang tetapi si isteri buat masak lemak. Itu sahaja kesalahan dan puncanya. Gara-gara itu melayang periuk belangga dan laki bini itu berantakan kejar mengejar keliling kampung. Aksi mereka sampai mengharu biru dan mendedahkan kebodohan diri.

Jika ada persefahaman dan sifat tawakuf serta tolak ansur antara laki bini itu, kekecohan rumah tangga yang sampai menganggu ketenteraman umum tidak berlaku. Tetapi sayang, kerana kurang cermat kurang dewasa dan naif mengenai rukun-rukun rumah tangga maka berlakulah kejadian itu. Kerana emosi dan melayani sahwat politik berlebih, maka terjadikan banjir kepala air itu. 
Diharap semoga tindakan membendung dan mengatasi banjir kepala air berkenaan dilakukan segera secara muafakat. Sisa-sisa dan kesan banjir serpihan kayu, taburan batu dan tebing yang runtuh hendaklah diperbaiki cepat. Semua pihak kena mengatasi bencana itu secara gotong royong dan bermusyawarah. Jangan ada perasaan dengki dan hasad antara satu sama lain dan hendaklah bersifat tasamuh dengan apa yang sudah berlaku itu.
Apa yang penting juga jangan tayangkan wayang bodoh dan bongok kepada musuh. Musuh kini sedang mentertawan pergolokan itu sambil kedua-dua belah tangan bergedik-gedik.
Kejadian banjir kepala air itu masih berlaku dan belum ada tanda-tanda ia dipulihkan. Ada harapan untuk memastikan ia tidak merebak dan meluas. Lelehan air yang sedang mengalir, batu batan yang masih bergolekan hendaklah dihenti dan dibersikan. Perlu ada bentengan dan tambatan besar dibina bagi memastikan ia tidak "memborak".
Pakar kaji bumi, perairan dan saluran serta pakar kaji cuaca hendaklah mengambil bahagian sama memastikan fenomena itu tidak berterusan dan merebak dan segera berhenti. Para jururawat dan doktor serta pasukan bantuan AM juga perlu ditambah ke tempat kejadian sebagai persediaan menghadapi kemungkinan lebih buruk. Dibimbangi jika bencana itu tidak diatasi segera dan langkah-langkah perlu dibuat ia boleh merebak dan membesar. Paling parah lagi kalau tiba-tiba turun pula hujan lebat ia akan mendahsyatkan keadaan.  
Untuk mengatasi kejadian itu tidak berulang kembali tidak boleh diharapkan kepada bomoh dan tukang tilek semat-mata ia perlu kepada penanagan profesional. 
Kesan banjir kepala air itu sangat bahaya. Di sana nanti akan ada kuman yang boleh mengundang berbagai penyakit. Binatang liar dan buas juga yang merayau ke kawasan banjir itu untuk mencari bangkai sebagai makanan boleh jadi agen menularkan wabak. Kejadian curi mencuri dan jenayah sosial juga boleh berlaku di tempat bencana itu. Maka ia perlu diatasi dengan pantas, sebelum nasi menjadi bubur, bubur menjadi "ko'leh" dan sebelum "ko'leh" menjadi basi. [wm.kl.8:41 am 31/10/2022]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/10/politik-banjir-kepala-air-di-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
186 Kawasan Berisiko Kepala Air Ditutup Bulan Depan Kata Takiyuddin

186 Kawasan Berisiko Kepala Air Ditutup Bulan Depan Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 219 hits
SEBANYAK 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains juga telah memberi amaran ...
9 Pelajar Uitm Terperangkap Kepala Air Diselamat

9 Pelajar Uitm Terperangkap Kepala Air Diselamat

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 109 hits
Polis berkata semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam operasi mengambil masa kira kira satu jam setengah PERMAISURI Sembilan pelajar Universiti Teknologi Mara Dungun berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam ...
Video Momen Momen Haru Sidang Bharada E Banjir Air Mata Bertemu Orangtua Brigadir J

Video Momen Momen Haru Sidang Bharada E Banjir Air Mata Bertemu Orangtua Brigadir J

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 206 hits
Dimulai ketika respons spontan Bharada E bersimpuh kepada Samuel Hutabarat dan Rosti Simanjuntak ayah dan ibu dari Brigadir J seraya meminta maaf atas terjadinya pembunuhan ini
Ny4ris Berdepan Benc4na Banjir Di Langkawi Neelofa Ada Instinct Tak Sedap Hati Saya Perasaan Air Laut Yang

Ny4ris Berdepan Benc4na Banjir Di Langkawi Neelofa Ada Instinct Tak Sedap Hati Saya Perasaan Air Laut Yang

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 137 hits
Hujung minggu lalu penduduk dan pengunjung Pulau Langkawi Kedah gempar apabila lokasi peranginan dan percutian popular tersebut dinaiki air sehingga menyebabkan mus1bah banjir Selain 31 kawasan yang terjejas mus1bah itu turut menyebabkan 43...
Video Member Telan Air Liur Siap Gelagat Anak Bongsu Mua Bellaz Terliur Nak Makan Juga Tarik Perhatian Ramai

Video Member Telan Air Liur Siap Gelagat Anak Bongsu Mua Bellaz Terliur Nak Makan Juga Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 237 hits
Pempeng4ruh dan jurusolek terkenal Mua Bellaz terkenal bakat solekan yang memuk4u mereka yang melihat Baru baru ini Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini selamat melahirkan anak keempat yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa Bayi baru...
Dr Mahathir Brands Muhyiddin Arrogant For Rejecting Alliance With Gerakan Tanah Air

Dr Mahathir Brands Muhyiddin Arrogant For Rejecting Alliance With Gerakan Tanah Air

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 208 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad ALOR SETAR Gerakan Tanah Air pro tem chairman Tun Dr Mahathir Mohamad said he was willing to forget Tan Sri Muhyiddin Yassin 8217 s 8216 betrayal 8217 so that GTA and Perikatan Nasional can work together t
Kenapa Gerakan Tanah Air

Kenapa Gerakan Tanah Air

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 169 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Gerakan Tanah Air bukan parti politik biasa 2 Ia adalah gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik 3 Mereka tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara 4 Mereka mendapati tidak ada s...
Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku Ceo Air Asia X

Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku Ceo Air Asia X

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 272 hits
Tan Sri Tony Fernandes sah telah meletakkan jawatan sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia X Berhad berkuat kuasa serta merta disebabkan tanggungjawab lain Terdahulu beliau sekali lagi memegang jawatan tersebut pada J
Air Terjun Panching Kuantan Pahang

Air Terjun Panching Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 421 hits
Assalammualaikum Dunia Penulis menikmati keindahan Air Terjun Panching Kuantan MasyaAllah MempesonakanPerjalanan kami mengambil masa lebih kurang dua jam dari Bandar Kuantan ditambah lagi dengan stesen perhentian untuk membeli kudapan dan m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities