Makan Tomato Macam Jajan Patutlah Kulit Anak Anak Kieda Crepe Cantik Betul
Perniagaan crepe wanita ini mencipta fenomena apabila mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari pelanggan sebelah Utara bahkan seluruh Malaysia. Rata-rata memuji keenakan crepe dan manisan lain yang dijual di kedainya.
Bahkan Khalieda Yusra atau mesra disapa sebagai Kieda ini juga sangat dikenali melalui perkongsian video di akaun TikTok miliknya.
Bukan sahaja perkongsian tentang bisnes, tetapi kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu turut mendapat perhatian warganet. Terbaharu, Kieda ada memuatnaik dua buah video yang menunjukkan anak-anaknya makan tomato mentah.
Sedangkan orang dewasa pun kurang gemar makan tomato, tetapi anak-anak Kieda dengan bersahaja menikmati sayur tersebut. Nampk menyelerakan umpama makan buah epal! Di dalam video tersebut anak sulungnya, Muhammad Aqeef Fayyadh meminta tomato dari Kieda.
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Tak Puas Hati Kena Paksa Mandi, Adik Ni Bagi Muncung Panjang Pada Ibunya. Comel!
Teliti & Tulisan Cantik, Usia 4 Tahun Anak Dazrin Kamarudin Pandai Mengeja. Bijaknya!
Tonton video Kieda potong tomato untuk anak;
@kiedaamy Cukup minat dia dengan tomato🍅 #fypage ♬ I Like to Eat – Videogyan Nursery Rhymes
Memenuhi permintaan si anak, Kieda lantas membersihkan serta memotong dua biji tomato. Bukan sahaja anak sulung tetapi anak kedua Kieda iaitu Muhammad Hadif Fairel juga sangat meminati buah tomato.
Tonton video anak-anak Kieda makan tomato;
@kiedacrepe Depaa ratahh gituu jaa hampa , kalau ibu jenuh muntah dulu taraa nak telan 😮💨😂 #fypage ♬ I Like to Eat – Videogyan Nursery Rhymes
Meraih tontonan yang tinggi, ramai yang memuji anak-anak Kieda yang sukakan tomato. Ada juga yang berpendapat kulit mereka cantik kerana tabiat memakan sayur itu.
Lihat komen warganet;
Anak-anak yang suka makan sayur ni pastinya sudah dididik sejak mereka kecil. Bukan semua orang boleh terima rasa masam tomato, tapi bila tengok dua beradik ni makan memang berselera betul. Terus rasa nak cari tomato makan mentah macam ni!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
The post Makan Tomato Macam Jajan. Patutlah Kulit Anak-Anak Kieda Crepe Cantik Betul! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/makan-tomato-macam-jajan-patutlah-kulit-anak-anak-kieda-crepe-cantik-betul/