1 2 Juta Warga China Hilang Dari Radar Mana Imigresen


BANGI – Sudah tiba masanya untuk kerajaan menambah baik sistem kad pengenalan bagi mengelakkan sindiket pemalsuan MyKad yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Perkara itu antara cadangan yang banyak disuarakan pengguna media sosial ekoran bimbang terhadap pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021.

KDN memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke Malaysia.

Malah, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Bimbang dengan pendedahan itu, rata-rata netizan menggesa JPN melaksanakan langkah pemutihan dengan gantian MyKad baharu secara besar-besaran dan mewajibkan pembaharuan itu disertakan sijil kelahiran.

“Berita begini mendedahkan kelemahan kerajaan yang memerintah secara tidak langsung. Betapa sistem yang ada berada di tahap terbawah. Ia amat memalukan,” kata Tommy Parang.

“Kena buat apa yang patut. Cari dan perbaiki masalah sistem kita kalau ada mana-mana ruang untuk benda ini terjadi. 1.2 juta orang itu jumlah yang terlalu besar,” tulis Mohd Imran Suboh.

Sebahagian netizen turut mempersoalkan peranan penguatkuasa termasuk Jabatan Imigresen dalam menangani isu lambakan warga asing tidak pulang ke negara asal mereka.

Bahkan, ada yang menganggap kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang memegang pemerintahan dari 2018 hingga awal 2020 – bertanggungjawab dalam masalah berkenaan.

“Perkara ini bukan boleh dibuat main-main, boleh mengancam keselamatan negara dalam masa terdekat dan panjang. Apakah mereka dapat MyKad biru? Apakah mereka berada dalam satu kawasan terlindung dari pihak berkuasa?,” soal Khabil Hashim.

“Kerajaan terlalu bertolak ansur, akhirnya rakyat tempatan ditolak pendatang secara beransur-ansur. Penguatkuasaan perlu dipertingkatkan dengan lebih tegas,” kata Mazzlan Cheahmad.

Isu seumpama ini pernah menggemparkan negara pada tahun 2020 selepas laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga 2018.

Berikutan laporan itu, petisyen mendesak kerajaan menukarkan MyKad baharu dilancarkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di platform change.org yang berjaya mengumpul lebih 100,000 tandatangan. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/07/12-juta-warga-china-hilang-dari-radar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 2 Juta Pelancong China Hilang Apakah Ia Agenda Penguasaan Negara

1 2 Juta Pelancong China Hilang Apakah Ia Agenda Penguasaan Negara

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Mengikut jawapan daripada Jabatan Imigresen di Parlimen baru baru ini telah menyatakan bahawa lebih kurang 1 2 juta rakyat dari negara China yang masuk melancong ke dalam negara kita tidak ada tak dapat dikesan Ghaib ataupun ta...
Ke Mana Hilangnya 1 2 Juta Pelancong Dari China

Ke Mana Hilangnya 1 2 Juta Pelancong Dari China

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 322 hits
Di manakah silapnya sehingga 1 2 juta pelancong dari negara China tidak kembali ke negara asal Ini menimbulkan pelbagai lagi persoalan yang merisaukan kita semua Kenyataan dari Jabatan Imigresen Malaysia baru baru ini menunjukkan bahawa sit...
Lebih 1 2 Juta Pelancong Warga China Masih Belum Keluar Dari Malaysia

Lebih 1 2 Juta Pelancong Warga China Masih Belum Keluar Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 443 hits
Lebih 1 2 juta pelancong warga China masih belum keluar dari Malaysia Kementerian Dalam Negeri memaklumkan lebih 1 2 juga warga China yang masuk ke Malaysia tidak keluar dalam tempoh antara 2018 hingga 2021 Rekod keluar dan masuk Jabatan Im...
Tubuh Rci Siasat Misteri Jutaan Warga China Ghaib

Tubuh Rci Siasat Misteri Jutaan Warga China Ghaib

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 487 hits
HUBUNGAN diplomatik Malaysia China adalah untuk mengukuhkan kerjasama dalam banyak aspek namun keistimewaan itu tidak bererti perundangan imigresen yang menjadi kedaulatan kepada semua negara boleh dipandang enteng atau longgar Angka tidak ...
Tudung Dah Hilang Muat Naik Gambar Tanpa Hijab Netizen Perli Isteri Caprice

Tudung Dah Hilang Muat Naik Gambar Tanpa Hijab Netizen Perli Isteri Caprice

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 289 hits
Baru baru ini perkongsian isteri kepada penyanyi rap Caprice Farra Innalis menarik perhatian warganet di mana ramai terkejut melihat perubahan wanita itu Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Farra di laman Instagram miliknya kelihatan di...
China Covid Outbreak Grows With Millions Under Lockdown

China Covid Outbreak Grows With Millions Under Lockdown

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 387 hits
This photo taken on July 13 2022 shows a health worker taking a swab sample from a child to be tested for the Covid 19 coronavirus at a residental area in Zhangye in China 8217 s northwestern Gansu province 8211 AFP photo BEIJING China re
Anna Garden By Kiki Archi In Beijing China

Anna Garden By Kiki Archi In Beijing China

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 331 hits
Project Anna Garden Architects KiKi ARCHi Location Beijing China Area 10 763 sf 3 229 sf Year 2021 Photographs by Eiichi Kano PRphoto Anna Garden by KiKi ARCHi Changping District is 30km to the The post appeared first on
Next China Sabah Short Film Competition To Offer More Attractive Awards

Next China Sabah Short Film Competition To Offer More Attractive Awards

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 338 hits
Goh Huang with Chua and the winners of the competition KOTA KINABALU After being held for the fourth time the China Sabah Short Film Competition has become a signature event of the Consulate G
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ideas Beef Recipe Italian

Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Lyodra Teganya Kau Chord

Iman Troye Khianati Chord

Cerita Di Sebalik Lagu Qyiam