Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia


Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia
Bila sebut pasal Malaysia, salah satu perkara yang selalu jadi sebutan ramai termasuk dalam kalangan pelancong asing ialah pasar malam kita.
Tempat ini memang dianggap sebagai destinasi wajib singgah kalau nak merasai suasana sebenar budaya kita. Boleh kata, kalau datang ke Malaysia tapi tak jejak pasar malam, memang rasa macam tak lengkap pengalaman bercuti.
Kenapa pasar malam begitu istimewa? Jawapannya mudah. Di sinilah lubuk juadah tempatan yang bukan sahaja murah, malah sedap dan penuh dengan rasa asli air tangan orang kita.
Bayangkan dari jauh lagi kita sudah boleh menghidu aroma sate yang sedang dibakar, bau apam balik rangup yang baru keluar dari acuan. Tak lupa juga, wangi nasi lemak bungkus daun pisang.
Namun, realitinya kini, pasar malam tidak lagi sama seperti dulu. Ramai merasakan suasananya semakin berubah. Malah, lebih mirip kepada “food festival” moden dengan lambakan makanan viral yang mahal harganya.
“Budaya Malaysia makin hilang.” – Warga asing Baru-baru ini, seorang wanita warga asing yang sudah lama menetap di Malaysia berkongsi rasa kecewanya tentang keadaan pasar malam kita hari ini.
Lebih mengejutkan, katanya, pasar malam sekarang seolah-olah sudah tidak lagi memaparkan identiti sebenar Malaysia.
Gambar: TikTok @owenclairee “Budaya Malaysia makin hilang. Pasar malam dah tak rasa macam pasar malam lagi.
“Harga barang pun melampau, sama mahal macam dekat Jaya Grocer. Coklat dan kek keju pula perlahan-lahan ganti karipap, shawarma pula ganti roti.
“Semuanya sekarang rasa terlalu dibuat-buat, macam nak jadi jenama gaya hidup, bukannya pasar malam jalanan lagi. Serius, benda ni betul-betul buat hati saya kecewa,” ujarnya menerusi hantaran di TikTok.
“Kembalikan semula budaya pasar malam yang dulu.” – Warga asing Pada masa yang sama, wanita itu juga meluahkan rasa rindu terhadap identiti asal pasar malam yang sarat dengan makanan tempatan murah serta barangan unik.
“Kembalikan kuih-muih tempatan, air ikat tepi dan barangan fesyen murah yang pernah jadi kegemaran ramai.
“Generasi baru pun berhak rasa ‘magis’ beli foundation RM5 atau eyeshadow bajet tanpa perlu rasa macam Sephora tu satu keperluan.
“Lagi best kalau ada produk penjagaan kulit yang betul-betul berkesan, bukannya yang mahal gila sampai kena beli 2–6 kali refill,” katanya.
Gambar: TikTok @owenclairee Baginya, pasar malam sepatutnya terus menjadi lokasi masyarakat mendapatkan kuih tradisional dan minuman tempatan. Selain itu, pakaian murah, kosmetik bajet dan barangan keperluan yang mesra poket.
Sebaliknya, bukannya dipenuhi sushi, pizza, tacos, wagyu dan makanan Barat yang boleh didapati di restoran atau kafe mahal.
Netizen sepakat, setuju dengan warga asing Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen, termasuk rakyat Malaysia sendiri, bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ramai berkongsi kenangan zaman kecil yang penuh nostalgia ketika ke pasar malam.
“Dulu masa kecil, pasar malam memang seronok. Sekarang semuanya mahal.”
“Saya sendiri tetap akan pilih makanan tradisi macam apam balik, keropok lekor, taufufa dan jagung cawan.”
“Saya dah muak dengan semua makanan ‘viral’ ni. Tolonglah bawa balik pisang goreng original, keropok lekor biasa tanpa nachos cheese leleh, coklat banjir, kunafa, pistachio manis melampau tu.”
“Kadang-kadang makan di Food Court dalam mall pun lagi murah.”
Malah, ada juga yang menyenaraikan makanan ‘wajib’ pasar malam suatu ketika dahulu yang kini semakin jarang kelihatan.
Rindu Sebenarnya, ramai yang rindu akan deretan gerai dengan lampu mentol bulat yang menerangi lorong-lorong, menjual segala macam barangan murah. Suasananya pula meskipun sesak dengan orang ramai, tetap terasa santai dan meriah.
Ia bukan sekadar tempat membeli-belah, tapi satu bentuk budaya rakyat yang sudah wujud sejak puluhan tahun lalu. Ia begitu dekat di hati semua orang.
BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”
BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah
BACA: Terkejut Dengar, Mat Saleh Dedah Perkara Ia Paling Tak Suka Soal Malaysia
Sumber: TikTok @owenclairee
The post Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/30/warga-asing-luah-rasa-kecewa-dengan-pasar-malam-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Berjaya Kumpul Hampir Rm2 Juta Namun Luah Rasa Kesal Selepas Bersara

Warga Emas Berjaya Kumpul Hampir Rm2 Juta Namun Luah Rasa Kesal Selepas Bersara

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 544 hits
Warga Emas Berjaya Kumpul Hampir RM2 Juta Namun Luah Rasa Kesal Selepas Bersara Seorang lelaki Jepun yang mengamalkan hidup berjimat cermat selama beberapa dekad antaranya dengan tidak menggunakan pendingin hawa dan tidak makan di restoran ...
Sila Ambil Pengajaran Kesal Jadi Alat Warga Asing Besarkan Empayar

Sila Ambil Pengajaran Kesal Jadi Alat Warga Asing Besarkan Empayar

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2315 hits
Raja Noraina Raja Rahim dan Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myKuala Lumpur Saya menyesal selepas terbuai dengan ayat manis lelaki Pakistan yang rupa rupanya ada niat lain mahu mempergunakan saya untuk membesarkan empayar perniagaan di sin...
Pelancong Asing Terkejut Dengan Perangai Pemandu E Hailing Malaysia

Pelancong Asing Terkejut Dengan Perangai Pemandu E Hailing Malaysia

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1600 hits
Pelancong Asing Terkejut Dengan Perangai Pemandu e Hailing Malaysia Bila sebut pasal Malaysia bukan saja tempatnya yang cantik atau makanannya yang sedap Tapi perangai rakyat kita pun kadangkala mengejutkan pelancong asing Walaupun tindakan...
Berang Warga Asing Beli Minyak Paket Juruteknik Ditahan Pukul Penyelia Pusat Beli Belah

Berang Warga Asing Beli Minyak Paket Juruteknik Ditahan Pukul Penyelia Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2833 hits
Berang warga asing beli minyak paket juruteknik ditahan pukul penyelia pusat beli belah Berang warga asing beli minyak paket juruteknik ditahan pukul penyelia pusat beli belah KUALA LUMPUR Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memuku...
Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1784 hits
RAJA JAAFAR ALISebahagian dari PATI ditahan di penempatan haram disekitar Larkin kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau tinggal lebih masa dalam operasi di Johor Bahru disini Foto oleh RAJA JAAFAR ALI KOSMO JOHOR BAHRU Suasana h...
Pelancong Malaysia Jadi Tetamu Tak Diundang Running Man Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah Buat Netizen Bangga

Pelancong Malaysia Jadi Tetamu Tak Diundang Running Man Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah Buat Netizen Bangga

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1107 hits
KUALA LUMPUR Perjalanan dua wanita Malaysia yang bercuti ke Korea Selatan bertukar pengalaman luar biasa apabila secara tidak sengaja mereka bertembung dengan peserta rancangan realiti popular Running Man Menerusi sebuah video tular di medi...
Kenapa Mustahil Untuk Manusia Pergi Ke Bintang Lain

Rightist Don Grilled For Telling Urban Parents Kids Should Master Bahasa Melayu First Before English

It S 1mdb All Over Again With Fifa Sanctions

Arts And Craft Are Food For The Soul Says Tunku Azizah

Ultimate Healthy Breakfast Bars For Weight Loss Recipe Low Calorie

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Harsh Scolding Was Considered A Normal Part Of Hostel Life

Blogger Terkenal Perlu Amalkan Blog Walking Kenalkan Blog


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal September

Ayam Sweet Sour Simple Dan Bab Menerima Takdir

Ba88 27 August Ba88 Top 42 By Cleo

Fomo Kawan Dah Guna Peranti Terkini Ini Tips Berguna Miliki Peranti Baru Tanpa Kopak Akaun Bank

Hab Pengecasan Pantas Pertama Pro Net Rasmi Di Tanjung Malim Kadar Rm0 80 Kwh

Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan