Ayam Sweet Sour Simple Dan Bab Menerima Takdir





Saya ingin kongsi petikan video Tokku Pasir Gudang bab takdir. Siapa yang benar benar beriman pada Allah dan hari akhirat, maka berkata yang baik atau diam. Kata ulamak, maksudnya diam lah kamu dalam menerima takdir Allah. Dan berkata kata lah yang baik yang menambahkan iman kamu. 
Kita bawa kereta dan eksiden, kata ok lah. Ini takdir Allah. Maka kita menerimanya, kita diam. Atau kalau kita berkata, kita kata Innaalillaahi wainnaa ilaihiroojiuun. Ya Allah berilah pahala atas ujian ku ini dan gantikan lah ia dengan suatu yang lebih baik. 
Dia tak kata, awaklah salah. A ak lah yang salah. Akhirnya berlaku pertengkaran dan menjadikan hatinya tidak tenang. Kita melihat sesuatu yang berlaku dalam perjalanan hidup ini adalah takdir. Maka kalau benar kita melihatnya sebagai takdir Allah, maka diam mulut kita. Tenang hati kita menerimanya. 
Itu perkara pertama yang disebut oleh Sheikh Abdul Qadeer. Dan bila seseorang benar benar menerima takdir Allah, dia akan dekat dengan Allah. Kita bukan dekat dengan Allah kerana solat kita puasa kita haji kita. Tapi bila kita menerima takdir Allah itu yang mendekatkan kita. 
Ya benar seorang bila sedang solat ia menuju pendekatan pada Allah. Seorang yang sedang berpuasa menuju pendekatannya pada Allah. Namun ketika dia menolak takdir Allah, dia akan terpelanting ke belakang. Seperti solat puasa dan lain lain ibadah tidak memberi manafaat padanya. Tertolak kerana ia tidak menerima takdir Allah padanya. Maka itu yang kita bimbang. 
Maka bagi yang mencari jalan keselamatan, ketika mana dia tak suka pada takdir Allah, yang tidak menyebelahi hawa nafsunya dan dirinya, maka dia diam. Itu paling minimum untuk selamat. Kalau tak mampu untuk reda dengan sebenar, maka diam pada takdir Allah. Maka Allah akan merahmati dan kasihan belas pada orang yang diam berbanding dengan orang mulutnya terus cakap macam tak puashati dan tak habis habis lagi. 
Maka Allah tak suka pada sar sar yang cakap banyak seperti ini. Tak terima dan terus bercakap kenapa saya rugi business, kenapa lah kenapa lah. Dah 3 tahun cakap macam tu. Awak dah rugi business, terima jer dan belajar sesuatu. Allah telah takdirkan apa yang baik untuk awak. Ini dia dok sebut lagi sehingga semua orang yang dengar pun akan marah pada dia. 
Jangan kata Allah, orang yang dengar pun marah dan tak simpati dah dengan dia. Kalau kita cerita kat orang kali pertama, orang simpati orang sedih. Tapi cuba cerita kali kedua, orang mula diam tanpa respon. Kali ketiga, orang mula serabut mendengarnya kerana asyik benda ni jer. Cuba kali keempat, orang akan tinggalkan dia. Itulah bila kita cerita masalah kita pada orang berulang kali. 
Maka itu lah kita dengan Allah bila kita menyesali takdir. Setiap kali kita menyesali takdir apa yang Allah tentukan maka kita ke belakang dan ke belakang sehingga kita tak jumpa jalan keluar. Setakat ini semoga bermanafaat. 



Saya memang tiada idea nak memasak apa. Lagi lagi hari hari ayam dan daging. Di London ni, susah betul nak cari ikan. Apa lagi ikan macam kat tempat kita. Yang ada salmon dan mackerel jer. 
Bila Nana mencadangkan ayam sweet sour, saya tanpa fikir panjang terus mula memasak. Biasanya untuk sweet sour lebih sedap kalau kita menggunakan isi ayam yang dipotong kecil. Tapi sebab saya hanya ada bahagian thigh, jadi guna jer lah. 
Kalau ada isi ikan lagi sedap sebenarnya. Macam ikan dory yang biasa ada di majlis kawin tu. Apa apa pun masakan ni sangat simple. Cepat jer memasak dan siap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Ayam Sweet Sour SimpleOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:AyamSerbuk kunyitGramSerbuk pati ayamTepung jagung
Bahan hiris:5 ulas bawang putih1 biji bawang Holland1 biji lada capsicum1 buah tomatoBatang saderi - opsyenal Daun bawang - opsyenal
Bahan lain:1 sudu besar cili kering kisar 3-4 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos tiram1 sudu kecil gulaGaram - jika perlu
Cara cara:Satukan semua bahan ayam dan perap seketika. Panaskan minyak sehingga benar benar panas. Masukkan ayam dan perlahankan api. Goreng atas api sederhana sehingga ayam masak. Boleh kuatkan api di akhir untuk garingkan ayam. Angkat dan ketepikan.



Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing. Masukkan bawang Holland, capsicum dan buah tomato. Kacau rata.
Masukkan semua bahan sos dan gula. Kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan batang saderi dan daun bawang. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan kacau rata. Nota: boleh juga kuah dituang atas ayam goreng.


Selamat mencuba...
Nota:Boleh guna isi ayam yang dipotong kecil.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/10/ayam-sweet-sour-simple-dan-bab-takdir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Kicap Dan Bab Threads

Ayam Masak Kicap Dan Bab Threads

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1368 hits
Telah lama saya ingin menulis berkenaan kegerunan saya melihat komen komen di Threads yang mana maki hamun dan sumpah seranah yang keterlaluan terutama berkaitan dengan pernikahan Fattah Amin baru baru ini Komen komen itu merata rata dari o...
Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1689 hits
Saya ingin kongsikan petikan video dari Tokku Pasir Gudang bab sedekah yang boleh menghapus dosa Dalam hadis Nabi bersabda sedekah itu akan menghapuskan dosa sebagaimana air menghapuskan api Orang banyak sedekah diampunkan dosa Baik lelaki ...
Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 209 hits
Saya hari ini saya ingin menulis bab berkaitan Global Sumud Flotilla bila saya mendengar video pendek Tuan Haji ZRA seorang peserta Flotilla Malaysia yang agak berusia berbanding peserta lain Sedikit berkenaan Global Sumud Flotilla mengapa ...
Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1074 hits
Ikan bilis kentang tumis pula sekali dengan suhun lauk paling ringkas tapi confirm tambah nasi Kombinasi tiga bahan ini memang jadi kegemaran ramai dari anak kecil sampai orang tua Rasanya rangup pedas pedas manis cukup membuatkan selera be...
Bab 10 Oktober 2025

Bab 10 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 382 hits
Masuk muka surat baru dah kita Bab 10 Oktober 2025 November Disember lepas tu dah tahun baru 2026 Cepatnya masa berlalu sebab bulan September banyak cuti dan banyak urusan Itu yang rasa kejap je 30 hari berlalu pergi Kann Bulan Oktober kita...
Format Dan Contoh Surat Resign Simple Sopan Dan Professional

Format Dan Contoh Surat Resign Simple Sopan Dan Professional

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1642 hits
Berikut adalah format dan contoh surat resign simple yang bisa kamu gunakan untuk pengantar pengunduran dirimu
Resipi Nasi Beriani Telur Paling Simple Sedap Penuh Rasa

Resipi Nasi Beriani Telur Paling Simple Sedap Penuh Rasa

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1707 hits
Kalau sebut nasi beriani ramai terbayangkan lauk ayam kambing atau daging Tapi tahukah anda ada versi yang ringkas murah dan tetap sedap iaitu Nasi Beriani Telur Gabungan nasi beriani yang berempah harum bersama telur rebus yang digoreng da...
Resepi Nasi Minyak Simple

Resepi Nasi Minyak Simple

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 658 hits
NASI MINYAK SIMPLEBahan 3 cawan beras basmathi1 2 cawan margerin planta3 1 2 cawan air1 cawan susu cair2 kuntum bunga lawang2 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 helai daun pandangaram secukupnya1 kuib stok ayamPewarna kuningBAHAN KI...
Irresistible Simple Night Dinner Recipes Indian

Irresistible Simple Night Dinner Recipes Indian

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 790 hits
Ever wondered how to create a truly unforgettable dish Our family s best kept secret for decades this simple night dinner recipes indian This isn t just another simple night dinner recipes indian it s a culinary journey that promises a resu...
Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Kucing Pun Suka Makan Telur

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

Fountain Of Youth Dalam Islam Legenda Ainul Hayat Dan Misterinya

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Hukum Shalat Di Belakang Imam Yang Shalat Duduk

Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Remodel Services Turn Disaster Repairs Into Design Opportunities

Tular Video Babi Hutan Serang Kenduri Kahwin Tetamu Lari Bertempiaran

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

What Could Possibly Happen If You Honk A Car With A Honk Me For A Surprise Sticker At The Rear

Heartbreaking Video Shows 71 Year Old Grab Rider Struggling To Make Ends Meet

Beyond Connectivity Towards Digital Justice In Education