Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Mengenai Pencen Kekal



Secara umum, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggubal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini sebagai satu sistem saraan yang lebih baik dan saranan yang dikemukakan daripada YAB Perdana Menteri. Kita tingkatkan perkhidmatan kita dengan persaraan yang lebih berdaya saing dan boleh membawa kita lebih maju ke hadapan.

Jabatan Perkhidmatan Awam melalui moderator Puan Diyana binti Hassim, Ketua Komunikasi Korporat, JPA bersama En. Pardon bin Munawar, Timbalan Pengarah, Bahagian Pencen telah memberi lebih pencerahan tentang Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSA) - Pencen Kekal,
FACEBOOK LIVE EPELANGGAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)TOPIK: SSPA – PENCEN KEKAL 𝟭𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀
 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟭.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
link di SINI..

SOALAN:Adakah pegawai yang memilih option SSPA secara automatik bertukar kepada skim KWSP?Di dalam Pekeliling Perkhidmatan, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pada perenggan 1.3.3, Faedah Persaraan. Di dalam perenggan tersebut dinyatakan bahawa pegawai yang berada di bawah skim pencen, faedah persaraannya adalah tertakhluk kepada Akta Pencen 1980. Manakala pegawai yang berada di bawah skim KWSP, faedah persaraannya tertakhluk kepada Akta KWSP 1991. Maksudnya di sini, bagi mereka yang memilih SSPA, mereka akan terus kekal di dalam skim pencen atau skim KWSP. 

SOALAN:Adakah SSPA menjejaskan taraf berpencen dan umur persaraan wajib yang pegawai telah pilih?Berkenaan dengan taraf berpencen, sebenarnya dengan pelaksanaan SSPA ini, ianya tidak menjejaskan taraf berpencen yang telah diberikan kepada pegawai. Apabila pegawai memilih SSPA taraf berpencen yang diberikan adalah kekal dan ianya terpakai kepada mereka yang akan terlibat dengan urusan tukar lantik nanti

Berkenaan dengan umur persaraan, adakah dengan SSPA ini umur persaraan akan berubah?Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan SSPA Perenggan 140 dinyatakan senarai atau kategori option yang ditawarkan kepada pegawai mengikut kategori berkaitan:Skim perkhidmatan yang dikekalkan.Skim perkhidmatan yang dinaiktaraf.Skim perkhidmatan yang dijumudkan ke dalam skim perkhidmatan yang berkuatkuasa.Skim perkhidmatan yang dijumudkan di bawah SSM.Pegawai yang masih kekal di dalam skim perkhidmatan JKK atau Jawatankuasa Kabinet 1976 dan juga jawatan yang dihapuskan.
Berdasarkan senarai option yang terlibat, tiada satu pun option yang menawarkan perubahan umur persaraan. Maksudnya di sini, bagi pegawai yang telah dilantik mulai 01 Januari 2012, umur persaraan wajib adalah kekal 60 tahun. Bagi pegawai yang dilantik sebelum dari tarikh itu, umur persaraan wajib pegawai adalah bergantung kepada umur persaraan wajib yang telah dipilih pada tahun 2011. Berdasarkan option yang dipilih itu, sekiranya pegawai memilih umur 56 atau 58 tahun dan sekarang memilih SSPA, umur persaraan itu kekal. 
Apakah yang dimaksudkan dengan 50% dan 60% dari skim pencen. Adakah perubahan nanti akan bertukar kepada 50% atau 60%?50% atau 60% itu adalah merujuk kepada jumlah pencen yang akan diterima. Sebelum tahun 2009, pencen maksimum yang layak diterima oleh pesara adalah setengah dari gaji akhir iaitu 50% tertakhluk kepada tempoh maksimum 25 tahun berkhidmat. Namun, kita telah menambah baik faedah persaraaan dan mulai tahun 2009, tempoh perkhidmatan yang boleh diambilkira iaitu tempoh maksimum sehingga 30 tahun ataupun 60% daripada gaji akhir. Itulah maksud 50% dan 60%. Jadi, kena lihat tarikh lantikan, sekiranya lantikan mulai 2009, adalah 60% dan sebelum 2009 adalah 50%


SOALAN:Bagaimana pula dengan pelarasan pencen? Adakah sama dengan SSPA kerana pegawai ini bukan lagi pegawai awam ketika ini?Bagi pesara, dengan berkuatkuasanya SSPA ini nanti, mereka juga layak untuk menerima pelarasan pencen. Jadi, pelarasan pencen akan berlaku secara berfasa seperti mana penjawat awam iaitu fasa 1 pada bulan Disember 2024 sebanyak 8% dan fasa kedua pada Januari 2026 sebanyak 7%

Contoh Kes:Puan Ros, Pengarah BBTM yang akan berpencen sebelum 01 Disember 2024. Bagaimana dengan pelarasan yang akan dterima oleh beliau?Bagi mereka yang akan bersara sebelum 01 Disember 2024, akan turut menerima pelaraan pencen kerana pada tarikh kuatkuasanya SSPA, mereka dikategorikan sebagai pesara dan akan menerimanya secara berfasa. Jadi, baik pesara atau pegawai awam tetap akan dapat merasai kenikmatan SSPA. Jika nak bersara dengan lebih mewah, pilihlah SSPA kerana ada pelarasan gaji


SOALAN:Pegawai telah dilantik secara tetap tetapi masih belum disahkan di dalam perkhidmatan, adakah pegawai tersebut masih ditawarkan untuk memilih skim Pencen atau skim KWSP?Bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan, kita akan lihat status lantikan pegawai tersebut. Sekiranya dilantik secara tetap dan masih dalam tempoh percubaan, pegawai akan ditawarkan option untuk memilih skim Pencen atau KWSP. Untuk memilih option ini, mohon pertimbangan sewajarnya dengan mengambilkira perancangan kewangan dan perancangan persaraan kerana setelah pemilihan option ini dibuat, tidak boleh ditukar lagi. No turning back

Bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP, ianya tertakhluk kepada akta KWSP. Berdasarkan akta tersebut, pengeluaran hanya boleh dibuat ketika umur bersara nanti. Bergantung kepada akaun KWSP di mana KWSP ada menyediakan beberapa bentuk akaun yang boleh dikeluarkan atas tujuan tertentu

Bagi penjawat awam yang memilih skim Pencen, boleh memilih bersara pilihan. Dengan pelaksanaan SSPA ini, ianya tidak melibatkan pindaan mana-mana peruntukan di dalam Akta Pencen atau Peraturan-peraturan Pencen. Bagi pegawai yang sudah merancang untuk bersara pilihan, berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan:Bagi pegawai lantikan selepas 12 April 1991, tarikh pembayaran pencen adalah pada umur 55 tahun. Kekal umur 55 tahun, tak perlu tunggu sehingga umur 60 tahun.Bagi pegawai yang berhasrat untuk bersara pilihan, perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan boleh merujuk kepada garis panduan yang telah disediakan oleh JPA.
Melaui MyPPSM, Ceraian PP 1.2.11 ada dinyatakan syarat dan prosedur yang perlu dibuat. Antara syarat bersara pilihan adalah:Minimum umur 40 tahun.Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira sekuranya-kurangnya 10 tahun. Contoh: Sekiranya telah melepasi umur 40 tahun tetapi baru berkhidmat lapan tahun atau telah berkhidmat 15 tahun, tetapi belum mencapai umur 40 tahun, pegawai tersebut belum melayakkan untuk bersara pilihan.Perlu bebas daripada tindakan tatatertib dan kes mahkamah.Perlu melepasi tapisan keutuhan SPRM.Sekiranya telah menepati syarat-syarat tersebut, bolehlah mengemukakan permohonan untuk bersara pilihan.
SOALAN:Sekiranya saya tidak memilih option SSPA, adakah saya akan dibersarakan di bawah Seksyen 10.5b?Bagi pegawai yang masih kekal di bawah Skim Perkhidmatan JKK, Jawatankuasa Kabinet, SSB dan juga jawatan yang dimansuhkan, mereka ini sekiranya tidak memilih option SSPA, kategori inilah yang akan dibersarakan di bawah Seksyen 10.5b


SOALAN:Adakah formula pengiraan pencen, ganjaran dan gantian cuti rehat (GCR) berubah apabila memilih option SSPA?Formula pengiraan ini tidak berubah kerana dari segi Peraturan dan Akta Pencen, ianya masih kekal

Formula pengiraan Ganjaran:7.5% didarabkan dengan tempoh perkhidmatan sebenar (dalam kiraan bulan, bukan tahun) dan didarabkan dengan gaji akhir

Formula pengiraan Pencen:1/600 didarabkan dengan tempoh perkhidmatan (tertakhluk kepada maksimum 360 bulan) dan didarab dengan gaji akhir

Formula pengiraan GCR:1/30 didarabkan dengan jumlah cuti (tertakhluk kepada 180 hari) dan didarab dengan gaji akhir berserta dengan Imbuhan Tetap

Bagi pegawai memilih skim KWSP, layak menerima GCR dengan syarat bersara wajib


SOALAN:Sekiranya saya tidak memilih option SSPA, adakah saya layak menerima pelarasan pencen apabila bersara pada tahun 2025?Sekiranya pegawai berhasrat untuk tidak memilih option SSPA, maka pada fasa pertama bulan Disember 2024, pegawai tidak akan menerima pelarasan gaji. Walau bagaimanapun, ketika bersara pada tahun 2025 nanti, dari segi ganjaran, pencen dan GCR masih diterima tetapi berdasarkan gaji akhir SSM. Juga mereka layak menerima pelarasan pencen pada fasa kedua nanti berdasarkan gaji akhir SSM


SOALAN:Sekiranya pegawai telah memilih option SSPA tetapi meninggal dunia sebelum 01 Disember 2024, bagaimana pelaksanaan SSPA bagi kes begini?Tempoh option yang akan ditawarkan bermula dari 21 Oktober hingga 30 November 2024. Bagi kes ini, pegawai telah memilih option SSPA namun telah meninggal sebelum tarikh kuatkuasa SSPA, maka pegawai tersebut dikategorikan sebagai pesara. Proses persaraannya berdasarkan gaji SSM dan waris yang layak akan menerima pencen terbitan dan pada 01 Disember nanti, penerima pencen terbitan layak menerima pelarasan pencen fasa pertama dan fasa kedua

Sekiranya pegawai meninggal dunia telah memilih option SSPA, adakah waris tidak akan menerima pencen terbitan?Kelayakan pencen terbitan masih berterusan, waris yang layak akan menerima pencen terbitan dengan jumlah yang sama seperti mana pesara itu terima. Waris yang layak berdasarkan Akta Pencen adalah suami/isteri/anak termasuk anak kurang upaya sehingga waris itu meninggal dunia

Di dalam SSPA, kemudahan perubatan dan rawatan telah ditambah baik, kelayakan umur bagi anak tersebut sehingga umur anak 26 tahun. Kemudahan ini merujuk kepada Perintah Am Bab F, yang dipanjangkan kepada pesara. Bagi pesara yang mempunyai anak sehingga umur 26 tahun, layak mendapat kemudahan ini. Bagi penerima pencen terbitan, ianya masih tertakhluk kepada Akta Pencen 1980, yang mana dari segi umur anak yang layak menerima pencen terbitan ini adalah sehingga umur 21 tahun atau sehingga anak itu menamatkan ijazah kelas pertama


SOALAN:Selepas fasa kedua, adakah kenaikan pencen secara tahunan akan berlaku? Berapa peratus kenaikan akan dibuat?Berdasarkan keputusan mahkamah persekutuan pada 27 Jun 2023, yang mana mahkamah persekutuan telah membatalkan kenaikan pencen secara tahunan sebanyak 2% tahunan itu, maka tiada lagi kenaikan pencen tahunan. Namun kenaikan pencen adalah berdasarkan semakan gaji sekiranya berlaku pada masa pada akan datang seperti mana SSPA ini


SOALAN:Bagaimana dengan tempoh perkhidmatan bagi pengiraan pencen? Adakah akan dikira berdasarkan tempoh berkhidmat atau bermula dari terima SSPA?Dari segi tempoh yang boleh dimasukkira bagi tujuan pencen bermula dari tarikh lantikan pegawai. Tempoh pengiraan itu, kita ambil kira juga sekiranya ada tempoh yang kita tidak boleh ambil kira. Contohnya, cuti tanpa gaji, tindakan tatatertib, dan dari situ kita akan kira tempoh perkhidmatan sebenar yang boleh dimasuk kira. 

SOALAN:Umut anak pegawai penjawat awam yang menerima kemudahan rawatan dan perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan telah ditambahbaik kelayakannya sehingga anak tersebut mencapai usia 26 tahun tetapi adakah perkara ini turut dipanjangkan kepada anak pesara?Sekiranya pesara mempunyai anak berumur di bawah 26 tahun turut layak menerima kemudahan ini seperti yang dinyatakan di dalam Perintah Am berkaitan


SOALAN:Apakah perbezaan di antara gaji akhir dengan gaji bersamaan?Gaji akhir adalah untuk pengiraan faedah persaraan, ganjaran, pencen dan GCR. Apabila berlaku pelarasan pada bulan Disember 2024, gaji akhir pegawai akan dikira semula berdasarkan kenaikan 8% dan ini akan menjadi gaji akhir bersamaan dan akan dijadikan asas untuk pengiraan pelarasan pencen fasa kedua nanti. Pada Januari 2026, baki 7% akan diasaskan kepada gaji bersamaan


SOALAN:Adakah penerima pencen terbitan layak menerima pelarasan SSPA?Walaupun berlaku SSPA sebab SSPA tidak akan ditawarkan kepada pesara dan penerima pencen terbitan serta COS. Option hanya diberikan kepada pegawai yang sedang berkhidmat tetapi berdasarkan kepada Akta Pelarasan Pencen 1980, pesara dan penerima pencen terbitan juga layak untuk menerima pelarasan pencen. Buat penerima pencen terbitan, juga akan menerima pelarasan pencen bagi fasa 1 dan fasa 2


SOALAN:Adakah pegawai yang dilantik mulai 01 Disember 2024 masih boleh memilih option pencen?Sekiranya pegawai dilantik pada tarikh kuatkuasanya SSPA 01 Disember 2024, kena lihat apakah status lantikan tersebut. Sekiranya lantikan tersebut adalah lantikan tetap, pegawai masih layak untuk diberi pilihan untuk memilih skim Pencen atau skim KWSP. Sekiranya lantikan adalah lantikan kontrak (telah dilaksanakan mulai Februari 2024), tiada pencen dan hanya caruman KWSP dan bergantung kepada kaedah lantikan baru yang sedang dalam penelitian dan pertimbangan kerajaan. Sehingga kaedah tersebut dilaksanakan, pegawai tersebut masih kekal status lantikan kontrak


SOALAN:Pegawai mempunyai anak kurang upaya (OKU), jika pegawai menerima SSPA, adakah anak pegawai tersebut layak menerima pencen terbitan?Sekiranya berlaku kematian, pencen terbitan layak diberikan kepada anak termasuk anak OKU berdasarkan kriteria dan syarat-syarat serta garis panduan untuk pendaftaran anak OKU. Permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pencen dan akan meneliti permohonan itu dan di bawa ke satu Jawatankuasa Penilaian Anak Kurang Upaya. Sekiranya layak, anak ini akan menerima pencen terbitan dengan jumlah pencen yang sama untuk seumur hidup. Sekiranya ada berlaku pelarasan pada masa hadapan, mereka juga layak menerima pelarasan pencen

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di dalam portal JPA, Bahagian Pencen. Permohonan ini perlu di bawa ke hospital pakar kerajaan untuk dinilai tahap kesihatan (ketidakupayaan) dan berdasarkan penilaian tersebut, kita akan lihat sama ada ketidakupayaan itu dari segi fizikal, otak atau mental. Kita akan bawa ke Jawatankuasa Penilaian Anak Kurang Upaya yang terdiri dari pakar-pakar mengikut bidang berkaitan. Sekiranya dipersetujui Jawatankuasa, anak ini layak dan akan didaftarkan sebagai anak OKU

SOALAN:Apakah manfaat pencen lain yang boleh pegawai terima di bawah SSPA, adakah berbeza berbanding dengan SSM? Maksudnya penambaikan dan kelebihan selain dari kemudahan perubatan dan rawatan anak sehingga umur 26 tahun?Dengan pelaksanaan SSPA, tidak melibatkan pindaan kepada peruntukkan Akta Pencen dan Peraturan-peraturan Pencen. Faedah persaraan masih kekal seperti mana faedah persaraan ketika ini dan akan diteruskan kepada semua penjawat awam yang memilih SSPA


SOALAN:Bolehkah beri simulasi pengiraan pencen jika pilih kekal SSM vs SSPA?Untuk simulasi pengiraan pencen, di dalam portal JPA, Bahagian Pencen ada disediakan kalkulator pengiraan pencen untuk persaraan wajib, persaraan pilihan di SINI.. Formula adalah kekal dan tidak berubah


SOALAN:Adakah kenaikan 8% pada fasa 1 dan 7% pada fasa 2 dilaksanakan ke atas amaun pencen atau gaji akhir pesara?Dari segi pengiraan pelarasan pencen, perlu dibuat ke atas gaji akhir dahulu dan daripada kenaikan gaji akhir itu barulah dimasukkan ke dalam formula pengiraan pencen untuk mendapatkan pencen terkini bagi pesara


SOALAN:Pegawai merupakan suami dan isteri adalah penjawat awam. Sekiranya isteri meninggal, adakah suami akan mendapat kedua-dua pencen ataupun salah satu sahaja?Selepas bersara, suami isteri akan menerima pencen masing-masing dan sekiranya isteri meninggal dunia, suami akan menerima pencen dirinya sendiri dan pencen terbitan arwah isteri. Suami akan menerima dua pencen dan apabila pelarasan pencen dibuat, suami akan turut menerima untuk kedua pencen teresbut


SOALAN:Pegawai lantikan N19 telah mendapat kenaikan pangkat N41. Adakah tarikh pencen disimpan tarikhnya daripada lantikan N19 atau berubah ketika N41?Ini melibatkan skim pertukaran perkhidmatan. Di dalam situasi ini, pegawai perlu mendapat pelepasan dengan izin untuk kita lihat percantuman perkhidmatannya sebab melibatkan skim perkhidmatan berbeza. Sekiranya urusan itu teratur, pegawai layak dikira dari tempoh lantikannya sejak N19. Sekiranya pergerakan itu tidak teratur, ada kemungkinan tempoh sewaktu N19 tidak boleh diambil kira


SOALAN:Adakah betul bila-bila masa sisttem ini boleh u-turn?Dari segi faedah persaraan, kerajaan sentiasa menambahbaik kemudahan faedah persaraan kerana hak pencen ini dilindungi dan termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Dilindungi hak pencen bagi pegawai yang berada di bawah skim Pencen termasuk skim KWSP. Sekiranya ada perubahan, penambaikan ianya akan dibuat ke arah yang lebih baik

Konsepnya senang sahaja:Apa yang telah dipilih dengan SSM, ianya kekal ke SSPA.

#RemajaPurba: ..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2024/09/sistem-saraan-perkhidmatan-awam-sspa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Gaji Gred K Sspa Terkini Minimum Dan Maksimum Perkhidmatan Keselamatan Dan Pertahanan Awam Mulai 1 Disember 2024

Jadual Gaji Gred K Sspa Terkini Minimum Dan Maksimum Perkhidmatan Keselamatan Dan Pertahanan Awam Mulai 1 Disember 2024

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 80 hits
Jadual Gaji Gred K SSPA Jadual gaji Gred K SSPA memberikan gambaran mengenai struktur gaji minimum dan maksimum untuk pegawai yang berkhidmat dalam sektor keselamatan dan pertahanan awam Bermula 1 Disember 2024 perubahan terkini dalam SSPA ...
Pas Kelantan Ugut Saman Wan Mahusin Wan Hadi Dedah Serah Tanah Hak Kekal

Pas Kelantan Ugut Saman Wan Mahusin Wan Hadi Dedah Serah Tanah Hak Kekal

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 34 hits
Live Petang Ini Akan Berkongsi Pendedahan dari wan Mahusin Pembangkang di negeri Kelantan berkaitan Gadaian Tanah Yang dibuat oleh kerajaan Kelantan Memberi tanah hak milik kekal Kepada Syarikat yang menetap di johor Setelah Kecoh Pemimpim ...
Soal Jawab Pencen Sspa Serta Faedah Persaraan Sspa

Soal Jawab Pencen Sspa Serta Faedah Persaraan Sspa

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 111 hits
Soal Jawab Pencen SSPA Serta Faedah Persaraan SSPA Persoalan berkenaan pencen dijawab dalam soal jawab pencen SSPA oleh admin Jabatan Perkhidmatan Awam di Admin tersebut menerangkan dengan terperinci soal jawab yang sering ditanyakan berken...
Jakim Boleh Panggil Teresa Beri Penerangan Mengenai Halal Ppim Harian Metro 11 09 2024

Jakim Boleh Panggil Teresa Beri Penerangan Mengenai Halal Ppim Harian Metro 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 127 hits
Kuala Lumpur Sila ikuti kelas pensijilan halal Itu gesaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang mencetuskan kontroversi berkaitan halal Nadzim berkata pihak Jabatan K...
Tidak Dikembalikan Upsr Dan Pt3 Kekal Mansuh Fadhlina

Tidak Dikembalikan Upsr Dan Pt3 Kekal Mansuh Fadhlina

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 42 hits
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga atau UPSR dan PT3 kekal mansuh dan tidak akan dikembalikan setakat ini Memetik laporan Utusan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan Malays...
Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah Kekal Diklasifikasikan Mati Mengejut

Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah Kekal Diklasifikasikan Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 90 hits
Setelah sebulan lebih kematian penyanyi berlaku kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Pengguna Boleh Kekal Dengan Ios 17 Dan Terima Tampalan Keselamatan Terkini

Pengguna Boleh Kekal Dengan Ios 17 Dan Terima Tampalan Keselamatan Terkini

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 56 hits
Apple telah pun mengesahkan iOS 18 akan dilancarkan secara umum pada minggu depan iaitu 17 September 2024 Kemas kini ini akan membawakan sejumlah ciri baharu tetapi sebilangan pengguna mungkin tidak mahu memasangnya serta merta untuk mengel...
4 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Muhyiddin Kekal

4 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Muhyiddin Kekal

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 59 hits
malaysiakini comEmpat pertuduhan salah guna kuasa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa kekal Mahkamah Rayuan pagi ini menolak permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk semakan keputusan awal untuk ...
Pnb Sime Darby Hentikan Pro Zionis Laknatullah

Peran Reza Arap Di Balik Kehadiran Youtuber Ishowspeed Di Indonesia

Pegawai Rendah Polis Ditahan Menyamar Inspektor

Makan Malam Di Hadramawt Kitchen Datum Jelatek

Sebuah Kisah Purbakala

Myself Jpa Cara Daftar Pengguna Kali Pertama Login

Netizen Puji Ishowspeed Behave Jumpa Tmj Makin Ramai Kenal Jdt

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ternyata Sebuah Bahagia Slot Tiara Astro Ria

Kenapa Huruf S Mewakili Skor Terbaik Antara Yang Terbaik

10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb


Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

The Future Of Digital Advertising Trends Shaping The Industry In 2024

Pas Sedia Tolak Bersatu Untuk Kerjasama Dengan Umno

Suami Isteri Antara 5 Ditahan Samun Pukul Pekerja Pemilik Bengkel

Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael