Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun



Disini aku nak kongsikan pengalaman iaitu kesilapan pertama ketika berada di Jepun pada tahun 2016 yang lepas.
Kenapa selepas 3 tahun baru nak kongsikan? Ini kerana aku terlihat dan terbaca posting daripada pengguna facebook di Group Road To Japan dimana beliau kongsikan pengalaman beliau kesilapan pertama ketika berada di Jepun.
Sebelum ini aku pernah kongsikan pengalaman aku berada di negara matahari terbit, Jepun pada tahun 2016 yang lepas. Disana, aku kongsikan pengalaman aku berada di Jepun selama 7 hari. Rata-rata meluahkan rasa terujua ketika berada di sana.

Ianya tidak boleh disangkal lagi, Jepun antara negara yang patut anda lawati sekali seumur hidup. Terdapat pelbagai keindahan dan keistimewaan yang ada di Jepun.
Dari segi budaya, cara hidup, pemandangan, teknologi, makanan dan pelbagai lagi. Di luar negara la, pelbagai perkara yang kita boleh pelajari. Jadi jika ada kesempatan dikurniakan rezeki lebih, pergi lah melawat negara-negara luar.
Melalui posting individu di group Road To Japan tersebut, secara tidak langsung, perkara yang aku rasa menyesal tiba-tiba muncul dalam kepala. Perkara inilah yang membuatkan aku nak sangat pergi ke Jepun sekali lagi.

Jika melalui perkongsian daripada Aedy Ramli, beliau sedikit menyesal dengan kesilapannya kerana tidak membuat persiapan rapi ketika berada di Jepun sehingga hangus RM400 untuk satu teksi sahaja. Jadi beliau mengeluarkan persoalan kepada group member tersebut, apa kesilapan anda di Jepun?
Apa Kesilapan Ketika Berada Di Jepun? Jika dilihat beberapa perkongsian pengalaman mereka yang sudah berada di Jepun di bahagian komen, terdapat banyak suka dukanya. Antara yang sempat aku dapatkan daripada komen posting tersebut :
Bawak anak waktu summer... Panas dia tak boleh bawa bincang oii.. Anak ckp jepun tak best rawang lagi best - Hawa Cikgu Din Kesilapan saya tgalkan mber sebab nk tgk muzium luffy, tgalkan 3 jam kat menara tu hahaha , tp yg bestnya kat dalam tue dpt kwn baru dr korean otaku - Wan Budak Comic  Kesilapan saya, Bawa makanan dari Malaysia terlampau banyak utk seminggu, akhirnya sedekah pada Malaysian. Nasib musim luruh dah masuk suhu rendah. Lapar sentiasa. Habis jugak makanan sikit2. Berpada bawak makanan. Beratkan luggage. - Nurul Farahin Mat Sharif Kesilapan saya adalah cuai... Pernah terhilang tiket bas kat kobe... So end up dpt pegi a few tempat je.. Rugi2.. So kawan2 yg lain, be careful ye... Sila jaga brg2 anda betol2... - Ilmiah Moksin  Kurang persediaan mental kot, kalah dengan suhu sejuk sampai demam - Zura Rais Kesilapan saya tak try ramen sana, tak g kedai hello kitty, tak g daiso sana, g labi sekejap je, tak borong green tea matcha byk2, 😭😭 - Haliza Nita  Untuk kes aku tidaklah silap sehingga terpaksa mengeluarkan duit, tetapi kesilapan aku adalah aku tidak membawa kamera canon DSLR sahaja. Hahaha mungkin beberapa dari anda tidak terkesan pada kesilapan aku ni, tetapi tidak bagi aku. Kenapa aku rasa ianya sebuah kesilapan?

Pertamanya, ini kerana kamera DSLR tersebut bagi aku masih baru dibeli dan juga tiada sesiapa pun menggunakannya ketika itu. Keduanya, ketika itu aku sudah sedikit mahir menggunakan DSLR sebab di zaman universiti, aku telah terlibat beberapa program berkaitan multimedia dan kamera ini juga aku sudah biasa. 

So, kenapa aku tak membawa kamera DSLR tersebut? Juga ada beberapa sebab. Antaranya adalah bidang tugas. Perjalanan aku di bumi Jepun bukanlah semata-mata bercuti tetapi ianya adalah melawat sambil belajar, kerana ia adalah dibawah program Universiti.
Jadi kami telah pun diberi tugas dan jawatan masing-masing ketika berada di Jepun dan aku kawan aku telah pun ditugaskan sebagai pengurusan multimedia merangkap multimedia. Jadi mereka sudah pun membawa kamera sendiri. Jadi kenapa aku perlu bawa bukan? Itulah apa yang aku fikirkan ketika itu.
Selain itu, pada tahun 2016 tersebut, buat pertama kali aku pakai iPhone dan katanya kamera iPhone la yang paling cantik. Jadi aku yakin dengan iPhone aku sahaja. Padahal ketika itu, iPhone aku hanya berkapasiti 16GB sahaja. Mana nak cukup nak tangkap gambar banyak-banyak kan. Ketika itu aku terlalu yakin.
Akibat daripada kesilapan aku ini, aku rasa gambar yang aku tangkap tidak cukup cantik kalau dibandingkan dengan kamera DSLR dan juga tidak cukup banyak kerana kapasiti iPhone yang tidak cukup besar.
Jika nak buat perbandingan dengan kualiti gambar ketika aku berada di Perth dan Jepun, jurangnya terlalu besar. Ini kerana ketika di Perth aku bawa kamera. Jadi banyak gambar dan cantik kualiti gambar. Di Jepun juga sangat cantik pemandangan dan gambaran di sana. Tapi sayang aku rasa tidak berapa cukup tangkapan aku di Jepun.
BACA JUGA : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia
Jadi kesilapan pertama ketika berada di Jepun untuk pengalaman aku adalah tidak membawa kamera DSLR yang aku sendiri ada. Akhirnya telah memberikan aku galakan yang lebih untuk aku nak pergi lagi Jepun. hehe 
Kepada yang berkenaan, moh la rodong ke Jepun!
Mungkin anda ada juga pengalaman kesilapan ketika berada di Jepun atau negara-negara lain. Kongsikan dibahagian komen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2019/10/kesilapan-pertama-ketika-berada-di-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerari Ke Tokyo Jepun Pengalaman Pertama Kali Di Jepun

Itinerari Ke Tokyo Jepun Pengalaman Pertama Kali Di Jepun

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 260 hits
Alhamdulillah sejak zaman belajar ini kali ke 3 aku dapat jejak kaki di negara orang Sebelum negara ini aku dapat jejak kaki di bumi Jadi untuk kali ke 3 ini dapat jejak kaki di bumi samurai bumi matahari terbit bumi yang pedat dengan manus...
Anak Pemimpin Gisbh Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Ke Thailand

Anak Pemimpin Gisbh Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Ke Thailand

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 97 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Anak pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd antara lima individu yang ditahan dalam Op Global di sempadan Bukit Kayu Hitam Kubang Pasu Kedah hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...
Ajal Menjemput Ketika Berniaga Wanita Maut Dihempap Pokok

Ajal Menjemput Ketika Berniaga Wanita Maut Dihempap Pokok

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 139 hits
Kejadian pokok tumbang di Pantai Penunjuk Kijal di sini menyebabkan seorang peniaga wanita maut Mangsa berasal dari Kemboja yang sedang berniaga minuman maut dihempap pokok tumbang disebabkan hujan lebat di Pantai Penunjuk Kijal Mangsa dike...
Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 243 hits
Rosli Ilhamam hmetro com myMangsa maut dihempap pokok tumbang FOTO Ihsan PolisChukai Seorang wanita maut dihempap pokok dalam kejadian ketika hujan lebat di Pantai Penunjuk Kijal dekat sini petang tadi Mangsa Saleha Ashaari 54 warga Kemboja...
Kanak Kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah

Kanak Kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 172 hits
berdepan detik cemas nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah Seorang berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah Kanak kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sek...
Dulu Pakatan Harapan Disuruh Setuju Dgn Syarat2 Ditetapkan Kerajaan Pnyakau Nasional Ketika Itu

Dulu Pakatan Harapan Disuruh Setuju Dgn Syarat2 Ditetapkan Kerajaan Pnyakau Nasional Ketika Itu

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 136 hits
DULU PAKATAN HARAPAN DISURUH SETUJU DGN SYARAT2 DITETAPKAN KERAJAAN PNYAKAU NASIONAL KETIKA ITU KINI PEMBANGANG memang nak main jugak isu 3R Itu antara sebab mereka enggan setuju dgn draft MoUSham Ghaz Cuba baca apa yg Muhyiddin Ismail Hadi...
Pejabat Mb Nafi Dakwaan Sanusi Pergi Bercuti Ketika Kedah Dilanda Banjir

Pejabat Mb Nafi Dakwaan Sanusi Pergi Bercuti Ketika Kedah Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 94 hits
Betul beliau di luar negara tapi Pejabat MB Kedah jawab dakwaan Sanusi bercuti ketika banjirSITI NUR ZAWANIPejabat Menteri Besar Kedah menafikan dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang bercuti di luar negara bersama isteri dalam ke...
Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman Diugut Untuk Mengaku Bersalah

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman Diugut Untuk Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 133 hits
Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu bapa kepada kanak kanak autisme Zayn Rayyan mendakwa anak guamnya diugut untuk mengaku bersalah
Tidur Dalam Kenderaan Ketika Enjin Dihidupkan Keselesaan Yang Membawa Maut

Tidur Dalam Kenderaan Ketika Enjin Dihidupkan Keselesaan Yang Membawa Maut

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 143 hits
Saya yakin hampir semua pemandu yang pernah memandu secara jarak jauh melebihi 6 jam perjalanan pernah terasa mengantuk dan letih terutama yang memandu dengan melibatkan durasi waktu tidur iaitu antara 10 malam sehingga 6 pagi nbsp nbsp Jad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game