Sifat Panas Neraka Jahannam



Soalan:
Terangkan sifat panas Neraka Jahanam dan berat azab neraka.

Jawapan:
Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

“Neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga ia menjadi amat merah, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi amat putih, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam pekat.”

Abu Isa mengatakan (mengenai hadis al-Tirmidzi tersebut) bahawa hadis tersebut mauquf, hanya Yahya bin Abu Bukair Abu Syarik yang merafa’kannya.

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Abu Hurairah, dia berkata: “Neraka dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi merah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam gelap seperti gelapnya malam.”

Malik meriwayatkan daripada bapa saudaranya Abu Suhail bin Malik daripada bapanya daripada Abu Hurairah, dia berkata: “Engkau melihatnya seperti api kamu semua. Ia benar-benar lebih hitam daripada asphalt.”

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Sufyan, daripada Sulaiman, daripada Abu Zhibyan, daripada Salman, dia berkata: “Neraka itu hitam, baranya tidak bercahaya api.” Kemudian dia membaca:

كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
“Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Surah al-Hajj: 22)

Malik meiwayatkan daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Api dunia yang kemu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.” (Riwayat Muslim)

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Api kamu semua ini 1/70 kali daripada api neraka. Jika ia dahulu tidak dipadamkan dengan air dua kali, maka ia tidak bermanfaat untuk seorang pun.”

Dalam riwayat lain daripada Ibn Abbas: “Api ini telah disiram dengan air laut sebanayak tujuh kali. Jika tidak maka ia tidak bermanfaat.” (Riwayat Abu Umar)

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Api kamu semua ini 1/70 daripada api Neraka Jahanam. Jika dahulu ia tidak dapat dipadamkan dengan air laut sepuluh kali, maka kamu semua tidak dapat memanfaatkannya.”

Ibnu Abbas ditanya tentang api dunia, daripada apakah ia dicipta, maka dia menjawab: “Daripada api neraka, tetapi telah dipadamkan dengan air 70 kali. Jika bukan sedemikian maka tidak dapat didekati, kerana ia daripada api Neraka Jahanam.”

Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka, dicelupkan sekali ke dalam neraka. Kemudian dikatakan kepada mereka, “Wahai anak Adam, adakah kamu pernah melihat kebaikan? Adakah kamu pernah merasakan kesenangan dalam hidupmu?” Mereka berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan.” Lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia dan dicelupkan sekali ke dalam syurga. Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu melihat kesusahan dalam hidupmu? Adakah kamu merasakan keburukan?” Mereka menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, aku tidak merasakan keburukan dan kesusahan.”

Ibnu Majah meriwayatkan dari hadis Muhammad bin Ishaq daripada Humaid Ath-Thawil, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Pada hari kiamat dikatakan kepada penghuni dunia yang kafir yang paling senang, “Celupkan sekali dia ke dalam nereka.” Setelah dicelupkan dia dikeluarkan. Lalu ditanya kepadanya: “Wahai fulan, adakah kamu pernah mendapat kenikmatan dalam hidupmu?” Dia menjawab: “Tidak ada kebaikan yang pernah kuperolehi.” Kemudian dibawa orang yang beriman yang paling susah dan amat banyak sekali mendapat bencana, lalu dikatakan padanya: “Celupkan dia sekali ke dalam syurga.” Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu pernah merasakan kesusahan dan bencana?” Doa menjawab: “Tidak ada kesusahan dan bencana yang pernah kurasakan.”

Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Jika penghuni Neraka Jahanam mengeluarkan tapak tangannya ke dunia sehingga dapat dilihat, maka dunia terbakar kerana panasnya. Jika penjaga neraka dikeluarkan kepada penduduk dunia sehingga dapat dilihat, maka penghuni bumi mati ketika melihatnya kerana berasal daripada kemurkaan Allah SWT.”

Ka’ab al-Ahbar berkata: “Demi Zat yang memegang jiwa Ka’ab, jika kamu berada di Timur dan api neraka itu di Barat, lalu ia dibuka, maka otakmu keluar melalui lubang hidungmu kerana panasnya. Wahai manusia, adakah terdapat ketetapan bagi kamu semua di dunia? Adakah kamu semua mampu bersabar dengan seksaan akhirat? Wahai manusia, mentaati Allah SWT lebih mudah bagi kamu semua daripada menanggung siksaan ini, maka taatlah kepada Allah SWT.”

Al-Bazzar (meriwayatkan dalam Musnadnya) daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Jika dalam masjid ini terdapat seratus ribu orang atau lebih, kemudian seorang penghuni neraka bernafas, maka mereka terbakar.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Api yang digunakan anak Adam adalah 1/70 daripada api Neraka Jahanam.”

Maksudnya jika semua api yang digunakan manusia dikumpulkan, maka itu baru satu bahagian daripada Neraka Jahanam. Jika semua kayu api yang ada di dunia dikumpulkan untuk menyalakan api, maka itu di bumi satu bahagian daripada 70 bahagian panasnya dibandingkan dengan panasnya api yang ada di neraka, sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/sifat-panas-neraka-jahannam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asosiasi Indonesia Kekurangan Pasokan Listrik Panas Bumi Sebesar 5 Ribu Mw

Asosiasi Indonesia Kekurangan Pasokan Listrik Panas Bumi Sebesar 5 Ribu Mw

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 154 hits
Ketua Asosiasi Panas Bumi Indonesia Prijandaru Effendi mengatakan untuk mencapai target porsi EBT dalam bauran energi sebesar 23 persen pada 2025 pasokan listrik dari energi panas bumi harus mencapai 7 500 MW
Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 355 hits
APAKAH hukum meniup makanan dan minuman panas Selain itu bagaimana sekiranya seseorang bernafas dalam gelas ketika minum air Rasulullah SAW melarang bernafas dalam bekas minuman Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA bermak...
Resepi Ayam Masak Hijau Petai Bersama Nasi Panas

Resepi Ayam Masak Hijau Petai Bersama Nasi Panas

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 1406 hits
Resepi Ayam Masak Hijau Petai Bersama Nasi PanasMasak ayam buh petaii
Bmkg Pantau Ada 71 Titik Panas Di Riau 51 Berasal Dari Kebakaran Hutan

Bmkg Pantau Ada 71 Titik Panas Di Riau 51 Berasal Dari Kebakaran Hutan

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 187 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mendeteksi kenaikan hotspot atau titik panas di provinsi Riau Sabtu Satelit memantau adanya 71 hotspot atau titik panas di sejumlah kabupaten paling banyak di Siak
Inilah Biang Kerok Pengembangan Energi Panas Bumi Ri Lambat

Inilah Biang Kerok Pengembangan Energi Panas Bumi Ri Lambat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 114 hits
Asosiasi Panas Bumi Indonesia menyebutkan beberapa penyebab lambatnya pengembangan energi panas bumi di Indonesia Salah satunya penetapan harga listrik dari Pembangkit Listrik Tenaga Panas Bumi Salah satunya karena adanya perbedaan antara k...
Lebih 600 Titik Panas Di Kesan Cetus Jerebu Tebal Di Indonesia

Lebih 600 Titik Panas Di Kesan Cetus Jerebu Tebal Di Indonesia

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 228 hits
Sumber dari GoogleSeperti yang kita semua sedia maklum Indonesia kini berdepan masalah kemarau yang panjang Akibatnya kebakaran hutan di negara berkenaan semakin berleluasa berdasarkan jumlah titik panas yang dikesan Pelbagai usaha telah di...
Panas Dingin Hubungan China Australia Karena Demo Hong Kong

Panas Dingin Hubungan China Australia Karena Demo Hong Kong

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 201 hits
Intervensi pemerintah Australia dilakukan menyusul desakan Perdana Menteri Scott Morrison agar Kepala Eksekutif Hong Kong Carrie Lam mendengarkan demonstran serta membuat keputusan perdamaian
Demam 2 Minggu Suhu Panas Waktu Malam Sayyid Pergi Dengan Tenang Di Pagi Aidiladha

Demam 2 Minggu Suhu Panas Waktu Malam Sayyid Pergi Dengan Tenang Di Pagi Aidiladha

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 545 hits
Anak yang dilahirkan sihat tiba tiba diuji dengan sakit yang kronik pada usianya 4 tahun dan telah pergi meninggalkan kedua ibu bapa dan adiknya pada pagi Hari Raya Aidiladha lalu cukup menyedihkan Menurut ibunya arwah Ahmad Sayyid meningga...
3 Cara Kemaskini Mysejahtera Maklumat Keputusan Ujian Dan Kata Laluan

Terima Kasih

Habislah Abahcow Sprm Panggil Dr Maszlee Kongsi Maklumat 1bestarinet

Dapat Barang Daripada Libresse

Menjelang Pru16 Perikatan Nasional Mungkin Sudah Bubar

New Day

Gagal Melepasi Palang Tol Lelaki Bertumbuk Dengan Penjaga Tol

Apa Barang Yang Paling Lama Terperap Dalam Cart Anda


echo '';
5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton

Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton


Ayam Gepuk Top Global Dah Ada Di Alor Setar

Perlu Ke Wanita Risau Tentang Penyakit Jantung

Lesen B Full Nak Bagi Ke Tak

Teksi Tenggelam Dalam Lubang Benam Dipenuhi Air

Hari Kopi Sedunia

Dakwaan Bloomberg Diyakini Kerana Sikap Membisu Pm Dalam Isu Saham Farhash Kata Peguam