Demam 2 Minggu Suhu Panas Waktu Malam Sayyid Pergi Dengan Tenang Di Pagi Aidiladha


Anak yang dilahirkan sihat, tiba-tiba diuji dengan sakit yang kronik pada usianya 4 tahun dan telah pergi meninggalkan kedua ibu bapa dan adiknya pada pagi Hari Raya Aidiladha lalu cukup menyedihkan.
Menurut ibunya Saidah Malihah, arwah Ahmad Sayyid meninggal kerana Kanser Ganglioneuroblastoma selepas dikesan pada November tahun lalu selepas demam panas dan suhu sentiasa panas setiap malam selama dua minggu berturut-turut. Walaupun dah bawa ke klinik demamnya masih tak kebah.

Selepas itu perutnya juga semakin membesar sehinggalah dia mengadu sakit dan terus di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Selepas di scan Sayyid di rujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan bermula dari situlah kehidupannya berubah sehingga pergi menghadap ilahi pada Aidiladha lalu.

 
Berikut perkongsian ibunya di Facebook mengenai perjuangan Sayyid melalui hari-hari terakhir sebelum dijemput Allah.
Mimpi Sayyid bangun dari tidur
Bismillahirahmanirahim. Hari ini baru ada masa untuk mencoret kenangan buat Ahmad Sayyid. Nama Sayyid diberi kerana mimpi ada tangan yang menulis nama tu masa tengah mengandungkan dia. Masa tu belum tahu jantina dia lagi.
Mami nekad mahukan nama Sayyid yang bererti Penghulu/ Ketua walaupun abahnya nak nama lain. Sesuai la Penghulu untuk anak sulung kan. Lahirnya secara induce pada 12 Ogos 2014 kerana kurang gerak. Membesar sebagai anak yang disayangi ramai. Petuanya masa mengandung bacalah surah Luqman & Ar-Rahman setiap hari dan niatkan khusus untuk anak dalam kandungan.

8 Ogos 2019, Khamis. Abah Sayyid mimpi Sayyid bangun dari tidur, jalan keluar dari bilik (Sayyid dah tak boleh jalan sebenarnya sebab kaki sakit) untuk cium adiknya yang sedang tidur. Dan cakap dengan abahnya, dia nak pergi keluar, tapi ada benda yang halang dia. Tapi takpelah, lain kali je lah. Nanti abah tolong.
9 Ogos 2019, Jumaat. Siang harinya, banyak kali dia tanya, Abah dah balik ke? Setiap kali bunyi kereta lalu depan rumah. Dia banyak cakap juga, tak seperti hari biasa yang banyak tidur sebab penat.
Malamnya, Sayyid tidur kat sebelah mami macam biasa. Mami dengar Sayyid bercakap sambil tidur (dengan anggapan Sayyid mengigau). “Sekejap lagi Sayyid sampai, tak jauh dah” diulangnya 2 kali. Mami kejutkan Sayyid dan Sayyid kembali tidur.
Mata Sayyid dah ke atas
10 Ogos 2019. Seperti biasa Sayyid kurang berselera untuk makan. Oleh kerana satu hari suntuk tak makan, mami bagi Sayyid susu sedikit ikut Ryles tube. Sayyid cakap Sayyid dah tak nak masuk wad. Maghrib tu Sayyid cakap rasa macam nak sendawa tapi tak lepas. Disuruhnya gosok dibelakang dia sehinggalah malam. Pukul 11 malam Sayyid cakap macam nak muntah. Tapi tak muntah pun, dia cuma keluarkan sedikit air liur. Mami nak sedapkan hati Sayyid dan cakap kat Sayyid ni sebab Sayyid tak makan, ada angin la.
Pukul 11.30 malam, mami ajak Sayyid tidur sebab mami dah penat. Mami peluk Sayyid dan tidur. Pukul 1 lebih, Sayyid kejutkan Mami, Sayyid cakap rasa macam nak muntah lagi. Nak tinggikan bantal. Mami ambil bantal mami untuk tinggikan bantal Sayyid. Bila mami nak sandarkan Sayyid pada bantal, mami nampak Sayyid dah nak pergi. Sayyid cuba cakap-cakap, tapi percakapan Sayyid sudah tidak jelas kedengaran. Mami suruh Sayyid pegang tangan mami, Sayyid genggam tangan Mami. Mami panggil Abah juga. Mami mengucap tanpa henti, Lailahaillah.

Mami tengok mata Sayyid dah ke atas, Mami terus doakan pada Allah semoga mudahkan urusan Sayyid. Genggaman tangan Sayyid makin lemah dan mami tahu Sayyid dah pergi. Mami tengok jam, pukul 1.17am. Mami terus cakap pada Sayyid, mami tahu roh Sayyid ada kat sini lagi. Pergilah cari adik (Sayyid ada adik yang meninggal dalam perut masa 8 bulan mengandung) kat sana. Main sama-sama. Mami sayang Sayyid.
Mami suruh abah call 999 untuk panggil doktor datang buat pengesahan. Mami tulis kat Whatsapp family, Sayyid dah takde. Mami call nani bagitau Sayyid dah takde. Doktor dari HTAR sampai dengan ambulans untuk buat pengesahan. Keluarga-keluarga terdekat juga datang ke rumah. Pagi, takbir Aidiladha berkumandang. Mami senyum sebab mami gembira Sayyid pergi di hari yang baik.
Mami redha Sayyid pergi sehari sebelum hari jadi Sayyid yang ke-5. Tiada lagi sakit padamu sayang dan Sayyid terpilih ke “boarding school” untuk jadi anak asuhan Nabi Ibrahim A.S. Mami bangga dengan Sayyid.
Kek ni Sayyid yang pilih design nya. Repeat design bday 4yrs old. Al-Fatihah buat Sayyid
Alfatihah buat Sayyid. 12082014 – 11082019. Buat ibu-ibu lain yang juga punya anak kecil meninggal sebelum baligh, redha lah kerana anak kita akan menjadi saham akhirat kita yang akan memimpin tangan kita ke syurga.
Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud: ” Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya: ” Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab: Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang” (HR. Abu Daud)
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya”
Sumber: FB Saidah Malihah
 
The post Demam 2 Minggu, Suhu Panas Waktu Malam, Sayyid Pergi Dengan Tenang Di Pagi Aidiladha appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/demam-2-minggu-suhu-panas-waktu-malam-sayyid-pergi-dengan-tenang-di-pagi-aidiladha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Perut Aku Gelak Video Terhibur Tengok Kakak Prank Adik Suruh Pergi Sekolah Waktu Malam

Sakit Perut Aku Gelak Video Terhibur Tengok Kakak Prank Adik Suruh Pergi Sekolah Waktu Malam

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 751 hits
Siapa pernah kena prank dengan adik beradik Selalunya anak bongsu yang akan jadi mangsa kena sakat dengan kakak atau abang lagi lagi kalau jenis kuat menyakat Samalah macam dua kanak kanak lelaki ni yang kena prank dengan kakak dorang Video...
Tahukan Anda Pakaian Berwarna Gelap Lebih Sesuai Waktu Cuaca Panas Dan Ini Alasannya

Tahukan Anda Pakaian Berwarna Gelap Lebih Sesuai Waktu Cuaca Panas Dan Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 301 hits
Pakaian berwarna hitam sebenarnya lebih selesa dipakai ketika cuaca panas Foto Sekadar Hiasan PEMILIHAN warna baju yang tepat bukan sahaja dapat mengekalkan suhu tubuh anda pada kadar normal ketika berdepan cuaca panas malah boleh mengelakk...
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 904 hits
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019Ketetapan waktu solat sunat hari raya Aidiladha 2019 bagi seluruh negeri Terengganu ialah pada jam 8 00 pagiSelamat Hari Raya Aidil Adha
Hukum Sembelih Korban Pada Waktu Malam

Hukum Sembelih Korban Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 600 hits
Soalan Adakah diharuskan dan sah menyembelih korban pada waktu malam Jawapan Menyembelih haiwan korban adalah afdhal dan disunatkan pada waktu siang Adapun menyembelih korban pada waktu malam maka sembelihan tersebut adalah sah tetapi hukum...
Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 373 hits
Suhu semasa musim haji pada tahun ini dijangkakan mencapai 50 darjah Celsius pada beberapa hari yang tertentu Pihak Meteorologi Umum dan Perlindungan Alam Sekitar Arab Saudi juga menjangkakan kelembapan mencapai 85 peratus dan secara langsu...
Kaifiat Dan Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha

Kaifiat Dan Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 908 hits
KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR HARI RAYA AIDILADHARujuk Sumber Asal http bit ly kfttkbrryaAlbum Infografik http bit ly albumphf
Terlebih Tidur Pada Waktu Pagi Dan Siang Antara Tanda Awal Penyakit Alzheimer Kajian Terbaru

Terlebih Tidur Pada Waktu Pagi Dan Siang Antara Tanda Awal Penyakit Alzheimer Kajian Terbaru

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 260 hits
Adakah anda sering mengantuk pada waktu pagi dan tidur siang lebih daripada kebiasaan Kajian terbaru menunjukkan bahawa keadaan tidur siang yang berlebihan akan menyebabkan penurunan fungsi kognitif dan tanda awal penyakit Alzheimer atau ke...
Nyonya Pergi Makan Buffet Promotion At Pulai Springs Resort

Nyonya Pergi Makan Buffet Promotion At Pulai Springs Resort

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 517 hits
Assalamualaikum TIDAK kira sama ada meraikan sahabat keluarga atau orang yang tersayang makan makan pastinya menjadi salah satu agenda yang terpenting dalam senarai Terasa janggal meraikan sesuatu tanpa acara makan malah ianya juga saat yan...
Ibu Tak Dapat Pergi Wany Hasrita Belanja Amira Othman Pergi Haji

Ibu Tak Dapat Pergi Wany Hasrita Belanja Amira Othman Pergi Haji

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 511 hits
Penyanyi Wany Hasrita memohon maaf kepada semua kenalan setelah berpeluang ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji semalam Menerusi laman Instagram penyanyi lagu Terlalu Memuja itu memuat naik beberapa keping gambar sebelum berangkat menj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025