Sajat Lolos Bukit Aman Siasat Siapa Membantunya


 
 
‘Sajat jadi Bella’
 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang usahawan kosmetik dalam buruan Nur Sajat daripada Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan, berkata proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand.
"Sebab itu, saya tidak boleh beri jangka masa bila Nur Sajat akan dibawa pulang. Saya juga tidak boleh sahkan usahawan kosmetik itu akan dibawa pulang dalam masa terdekat ini.
"Permohonan ekstradisi ada prosesnya. Apabila kita membuat permohonan, pihak berkuasa Thailand juga perlu meluluskannya bagi membolehkan Nur Sajat dibawa pulang," dia dipetik sebagai berkata kepada BH, semalam.
Polis semalam Sajat ditahan imigresen Thailand pada 8 September.
Media melaporkan, dia kemudian diheret ke mahkamah dan dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) serta diminta melapor diri kepada pihak imigresen setiap 14 hari.
Sementara itu, Harian Metro pula melaporkan Sajat menggunakan nama Bella selepas melarikan diri ke Bangkok.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga terdiri daripada kalangan mak nyah.
‘Guna pembantu kemas kini media sosial dari Malaysia’
Sementara itu, sumber mendakwa Sajat mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan pembantunya di Malaysia untuk memuat naik status media sosial, bagi menggambarkannya berada di negara ini.
"Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.
"Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media.
“Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu," katanya.
Sementara itu, selepas ditahan dan dihadapkan di mahkamah Thailand, Sajat juga dilihat masih aktif di media sosial.
Usaha Harian Metro menghubungi Sajat gagal. Individu yang menjawab pertanyaan menerusi nombor telefon yang tertera di media sosialnya mendakwa ia bukan milik Sajat.
"Saya bukan Nur Sajat mak cik pak cik, maaf sangat," balas individu itu melalui WhatsApp.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Sajat.
Sajat diburu polis Malaysia selepas menjadi suspek kes menghalang tugas penjawat awam.
Mahkamah syariah di Selangor juga mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal hadir untuk prosiding kes lelaki berpakaian wanita.
Media melaporkan dia melarikan diri daripada Malaysia dengan memakai purdah dan menggunakan bantuan individu yang mahir dalam selok-belok sempadan serta mempunyai kerakyatan bertindih (Malaysia dan Thailand).
Sumber : Malaysiakini

 
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/09/sajat-lolos-bukit-aman-siasat-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Lengkapkan Dokumentasi Bawa Pulang Sajat

Bukit Aman Lengkapkan Dokumentasi Bawa Pulang Sajat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 352 hits
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam proses melengkapkan segala dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajjad dari Thailand ke negara ini Sajjad sebelum ini dikategorikan sebagai orang dike...
Proses Ekstradisi Sajat Sedang Berjalan Kata Bukit Aman

Proses Ekstradisi Sajat Sedang Berjalan Kata Bukit Aman

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 154 hits
AGENDA DAILY Polis Diraja Malaysia Pihak berkuasa negara sedang dalam proses mengekstradisi usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang sudah berjaya ditahan di Thailand baru baru ini Beberapa isu berhubung dokumentasi d...
Bukit Aman Siasat Lhdn Selepas Najib Dakwa Salah Guna Kuasa

Bukit Aman Siasat Lhdn Selepas Najib Dakwa Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 232 hits
Najib Razak mempertikaikan tindakan kerajaan meminjam RM11 5 bilion dalam tempoh terlalu singkat PETALING JAYA Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penggunaan dokumen palsu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri susulan lap...
Bukit Aman Arah Najib Serah Bukti Selepas Tuduh Lhdn Guna Dokumen Palsu

Bukit Aman Arah Najib Serah Bukti Selepas Tuduh Lhdn Guna Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 181 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuatnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membolehkan siasatan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mengarahkan beka...
Nur Sajat Lolos Diri Ke Thailand Ktmb Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Segala Isi Kontena

Nur Sajat Lolos Diri Ke Thailand Ktmb Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Segala Isi Kontena

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 278 hits
PUTRAJAYA Keretapi Tanah Melayu Berhad tidak bertanggungjawab ke atas segala isi kandungan kontena yang disewa para pelanggan sama ada kosong atau bermuatan Operator rel tempatan itu bagiamanapun memberi jaminan bahawa pihaknya sedia melaku...
Kronologi Cara Sajat Lolos Ke Thailand Pakai Purdah Siap Naik Gerabak Keretapi Barang

Kronologi Cara Sajat Lolos Ke Thailand Pakai Purdah Siap Naik Gerabak Keretapi Barang

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 274 hits
Kini sudah diketahui lokasi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad yang ditahan di sebuah condominium di Bangkok Ramai yang tertanya macam mana Sajat boleh loloskan diri ke negara jiran Maklumlah Sajat seorang yang ama dikenali ramai Melalui lapora...
Sajat Wan Besi Dalang Lolos

Sajat Wan Besi Dalang Lolos

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 337 hits
Harian Metroam hmetro com myKuala Lumpur Pengkhianat negara Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih di...
Tudia Kecoh Dakwaan Sajat Lolos Ke Thailand Guna Kereta Api Ini Jawab Ktmb

Tudia Kecoh Dakwaan Sajat Lolos Ke Thailand Guna Kereta Api Ini Jawab Ktmb

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 221 hits
Kecoh dakwaan Sajat lolos ke Thailand guna kereta api ini jawab KTMBNur Sajat ditahan di Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah KECOH dakwaan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak kere...
Sajat Lolos Ke Thailand Sembunyi Dalam Kontena Kereta Api

Sajat Lolos Ke Thailand Sembunyi Dalam Kontena Kereta Api

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 247 hits
AGENDA DAILY Sajat dikatakan bersembunyi di dalam kontena kereta api barang ketika memasuki Thailand dari Padang Besar Perlis sebelum bertolak ke Bangkok Usahawan kosmetik dalam buruan pihak berkuasa Malaysia Muhammad Sajad Kamarul Zaman at...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11