Rm200 Pun Orang Sanggup Pinjam Tahun 2026 Along Pula Semakin Licik Harian Metro 01 01 2026


 

Kuala Lumpur: RM200 pun terpaksa pinjam along.
Nilai terbabit mungkin dianggap kecil, namun itulah gambaran sebenar betapa parahnya tekanan hidup dihadapi segelintir masyarakat sehingga sanggup terjerumus dengan pinjaman daripada ceti haram.
Itu antara 'catatan duka' Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang tahun lalu yang merekodkan kes pinjaman along masih menjadi antara yang tertinggi sejak 2007.
Setiausaha Kerjanya, Zharif Johor berkata pelbagai cabaran diterima pihaknya untuk membanteras kegiatan along yang semakin 'berkembang' sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, secara purata antara 40 hingga 50 aduan berkaitan along diterima setiap hari, membabitkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja buruh dan berpendapatan rendah.
"Sekarang ini, pinjam RM200 pun terpaksa pergi kepada along, ada RM300. Ini jelas menunjukkan tekanan kos sara hidup yang sangat tinggi.
"Dulu kes along biasanya membabitkan jumlah besar, kebanyakannya peniaga.
"Tetapi sekarang, kita terima aduan daripada pengawal keselamatan, buruh, pekerja kecil malah warga asing juga mula terjebak," katanya kepada Harian Metro.
Zharif berkata, peningkatan kos sara hidup menjadi faktor utama mendorong orang ramai membuat pinjaman segera tanpa memikirkan risiko jangka panjang.
Katanya, walaupun nilai pinjaman kecil, kesannya sangat besar apabila mangsa dikenakan faedah melampau, ugutan serta tekanan berpanjangan daripada sindiket along.
"Kes-kes kecil inilah yang sebenarnya lebih menyedihkan.
Mereka pinjam untuk keperluan asas seperti makan, tambang atau kos harian. Bila tak mampu bayar, mereka jadi mangsa ugutan," katanya.
Beliau berkata, sejak hampir dua dekad menangani isu itu, corak dan modus operandi along juga semakin berubah dan licik, termasuk penggunaan media sosial dan aplikasi atas talian bagi menjerat mangsa.
Menurut Zharif, keadaan itu membimbangkan kerana sindiket along sentiasa berevolusi dan berpotensi bertindak lebih agresif terhadap mangsa, termasuk tindakan balas atau ugutan melampau.
Beliau berkata, selagi tiada penyelesaian holistik, isu along akan terus berlarutan, khususnya bagi golongan terdesak yang memerlukan bantuan segera.
Zharif menegaskan, pihaknya tidak berputus asa dalam membantu mangsa, namun mengakui cabaran semakin besar apabila sindiket terus mencari ruang memerangkap pengguna.
"Justeru, kita cadangkan kepada pihak berkuasa untuk menambah baik bantuan seperti pusat zakat termasuk di negeri-negeri untuk mempelbagaikan kemudahan sedia ada," katanya.
Zharif berkata, berdasarkan rekod PPIM, isu membabitkan penipuan pelaburan juga mencatatkan jumlah kes yang tinggi sepanjang 2025.
Menurutnya, semua kes berkenaan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk tindakan susulan.
Beliau berkata, pihaknya menasihatkan pengguna di negara ini agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pinjaman atau pelaburan yang berisiko.
"Kita faham, dalam keadaan tertentu, kita tak punya banyak pilihan. Apa yang ada, itulah yang kita cuba.
"Tapi sepanjang PPIM membantu, kita dapati tidak ada yang selamat dari cengkaman along, serta penipuan sindiket," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
'RM200 PUN ORANG SANGGUP PINJAM, TAHUN 2026 ALONG PULA SEMAKIN LICIK'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1306110/rm200-pun-orang-sanggup-pinjam-tahun-2026-along-pula-semakin-licik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2026/01/rm200-pun-orang-sanggup-pinjam-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2026 Bakal Jadi Tahun Yang Sukar Pada Pengguna

2026 Bakal Jadi Tahun Yang Sukar Pada Pengguna

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 108 hits
Di sebalik kepesatan kemunculan AI dan pusat data pengguna bakal terkesan dengan kenaikan harga memori dan storan Tahun 2026 dijangka menjadi tempoh mencabar buat pengguna peranti digital apabila harga RAM dan storan menunjukkan trend penin...
Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 147 hits
Selamat tahun beru 2026 buat semua pembaca maya dan semua yang mengenali Blog Pesona Etuza
Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 162 hits
Hujung minggu pertama di tahun 2026 nak ke mana Tak perlu pergi jauh sangat jom lepak di Cari baju bundle untuk OOTD 2026 anda atau cari barang hiasan bilik yang one of a kind Suasana aman tak berbasahan kalau hujan insha Allah Tingkat 1 8 ...
Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 179 hits
Bismillah Assalamualaikum pembaca semua Alhamdulillah hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru di mana saya yakin semua orang akan mula mengeluarkan azam baru wishlish dan macam macam lagi refleksi terhadap tahun yang sudah berlalu Insya...
Sarapan Indian Cuisine Di Awal Tahun Baru 2026

Sarapan Indian Cuisine Di Awal Tahun Baru 2026

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum WBTMALAM tadi PI cakap esok babah nak sarapan idli kat Ashoka Sk terus cakap nak ikutttt Eh lepas tu dia kata ambil dia kat pejabat Nanti dia dah sampai dia whatsapp Baiklahhh hahaha PI kata dua hari lepas dia mimpi makan id...
Catatan Pertama Di Tahun 2026

Catatan Pertama Di Tahun 2026

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 107 hits
Hari ini 1 Januari sepatutnya bukan cuti umum bagi negeri Perlis tetapi semalam Menteri Besar yang baru dilantik mengumumkan I Januari 2026 sebagai Cuti Peristiwa Dapatlah Encik Suami cuti kerja Tiada apa yang istimewa saya lakukan pada har...
Datuk Seri Anwar Ibrahim Lancar Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Bukit Bintang

Datuk Seri Anwar Ibrahim Lancar Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 127 hits
Suasana di jantung kota Kuala Lumpur malam tadi cukup luar biasa apabila ribuan warga kota dan pelancong asing berkumpul membanjiri kawasan Bukit Bintang bagi meraikan ambang tahun baharu Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim t...
Selamat Tahun Baru 2026 Dari Blog Mekyuhhh

Selamat Tahun Baru 2026 Dari Blog Mekyuhhh

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum dan hai semua pembaca setia Lagi sekali kita sampai ke penghujung tahun tahun yang penuh dengan cerita cabaran gelak tawa penat lelah dan momen yang mengajar kita jadi lebih kuat Hari ini MekYuhhh nak buka tirai 2026 dengan ...
Hiburan Apple Diramal Keluarkan Iphone Foldable Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

Hiburan Apple Diramal Keluarkan Iphone Foldable Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 143 hits
Kini kita sudah mempunyai gambaran awal tentang rupa iPhone boleh lipat keluaran Apple Pada 24 Disember YouTuber Jon Prosser berkongsi paparan 3D terperinci peranti yang digelarnya sebagai iPhone Ultra menerusi platform penstriman video Pap...
Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hiburan Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki Hantaran Haqiem Rusli Buat Isteri Curi Tumpuan Ramai

Lirik Lagu Perlu Mendidik Bukan Merosakkan Mufti Wilayah Persekutuan

Muhyiddin Lepas Jawatan Pengerusi Pn Langkah Bijak Kata Veteran Bersatu

Good Education Should Override Political Cost

Preacher Wan Ji Leaves Pkr

Customer Tak Jumpa Kedai Anda Sebab Apa