Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata


Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata
GAZA — Ribuan penduduk gaza kembali menjejakkan semula kaki di masjid-masjid bagi menunaikan solat Jumaat pertama selepas gencatan meskipun struktur konkrit itu berada dalam keadaan daif, lapor AFP.
Laungan azan yang berkumandang menerusi pembesar suara kembali bergema serentak di beberapa masjid di Semenanjung Gaza, seminggu selepas gencatan senjata diumumkan di wilayah Palestin yang majoritinya adalah penduduk Muslim.
“Dapat kembali bersatu menunaikan solat berjemaah semula adalah perasaan yang sukar digambarkan selepas dua tahun penuh penderitaan,” kata Ghalid al-Nimra kepada AFP ketika ditemui di Masjid Sayed Hachem di Bandar Gaza.
Masjid Sayed Hachem, antara masjid tertua di bandar terbesar Gaza, terselamat hampir sepenuhnya daripada dua tahun serangan udara dan pertempuran.
Melihat ratusan jemaah yang hadir, Nimra menzahirkan rasa terharu menyaksikan jumlah jemaah yang ramai buat kali pertama sejak serangan tercetus pada 7 Oktober 2023.
Apabila azan dilaungkan pada 12.30 tengah hari waktu tempatan ramai yang bergegas masuk melalui pintu bersejarah era Uthmaniyyah.
Dari golongan tua hinggalah ke muda, terpampang wajah penuh keinsafan menunaikan solat secara berjemaah di dalam masjid itu.
Difahamkan, daripada 1,244 masjid di Gaza, sebanyak 1,160 telah rosak sebahagian atau musnah sepenuhnya akibat serangan Israel.
Tunai Solat Dalam Serba Kekurangan Gambar: AFP “Saya rasa seolah-olah jiwa saya hilang di tengah-tengah kehancuran ini. Kami solat di dalam khemah, saya rindu solat berjemaah dan suara imam.
“Apabila mendengar azan daripada rakaman pembesar suara, saya terasa seperti sebahagian daripada kehidupan kami telah hilang.” kata Abu Mahmud Salha, 52, kepada AFP.
Beliau kini tinggal di kem pelarian Al-Mawasi, di bahagian selatan Semenanjung Gaza, selepas kediamannya musnah.
Sebaliknya beliau menyatakan masjid di kejiranannya, al-Falluja, telah musnah, memaksanya menunaikan solat di jalanan.
Ketika solat kelihatan kebanyakan penduduk masih meneruskan kebiasaan yang terbentuk sejak beberapa bulan lalu ada yang membentang sejadah di atas jalan, di atas timbunan runtuhan atau di dalam masjid yang dindingnya roboh.
Sebahagian yang lain menunaikan solat berhampiran deretan khemah yang menempatkan ribuan penduduk Palestin hilang tempat tinggal di seluruh Gaza, dalam keadaan hidup yang masih serba kekurangan.
Gambar: AFP “Setiap Jumaat kami cuba berkumpul di sebidang tanah kecil di bawah langit terbuka untuk solat.
“Ada kalanya kami solat di atas pasir atau kepingan kadbod, dan itu amat sukar dari segi emosi,” tambahnya,” kata Moataz Abu Sharbi, 27 tahun.
“Masjid ialah nadi kehidupan di kejiranan kami dan sebahagian penting daripada tradisi keagamaan.
“Kehilangan rumah dan tempat perlindungan rohani serentak adalah perkara paling sukar.
“Dulu, masjid tempat kami mencari ketenangan dan menenangkan hati yang gundah,” katanya lagi dengan sebak, kini berpindah ke Deir al-Balah, di tengah Gaza
BACA: BYD Panggil Semula Lebih 115,000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk, Bateri Di kem Al-Shati, Bandar Gaza, Abu Mohammad al-Hattab, 54 tahun, berkata masjid berhampiran rumahnya dahulu menjadi tempat perlindungan, bukan sahaja untuk beribadah, tetapi juga untuk mencari ketenangan dan mengingati Allah.
“Apabila masjid itu dimusnahkan, saya rasa seolah-olah sebahagian daripada hati saya turut hancur,” katanya.
Sementara itu, ratusan penduduk turut berkumpul menunaikan solat di sebuah masjid yang musnah di bandar Khan Yunis, selatan Gaza.
Walaupun dinding masjid berlubang dan rangka bangunan terdedah, para jemaah tetap khusyuk menunaikan solat di bawah pimpinan imam yang menggunakan pembesar suara mudah alih.
“Kami berharap segala-galanya dapat dibina semula di Gaza termasuk masjid-masjid,” kata Salim al-Farra, 22 tahun.
Sumber: AFP via France24
The post Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/18/penduduk-gaza-kembali-ke-masjid-tunai-solat-jumaat-pertama-selepas-gencatan-senjata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata

Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 156 hits
GAZA CITY Ribuan rakyat Palestin mula berjalan pulang dari selatan menuju ke utara Gaza sebaik sahaja gencatan senjata diumumkan pada Jumaat dengan harapan untuk kembali ke rumah selepas dua tahun peperangan yang memusnahkan hampir seluruh ...
Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 150 hits
Laungan azan subuh kedengaran buat pertama kali di Gaza sejak gencatan senjata diumumkan semalam menandakan detik bersejarah selepas bumi itu diselubungi bunyi letupan dan peperangan selama dua tahun Menerusi video dikongsi pengguna TikTok ...
Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata

Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 118 hits
Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata Pada 8 Oktober lalu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan perjanjian gencatan senjata di Gaza yang berkuat kuasa pada Khamis Dalam perjanjian itu ia mer...
480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata

480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 69 hits
480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata ISTANBUL 17 Okt Pihak berkuasa tempatan di Gaza memaklumkan bahawa kira kira 480 trak bantuan telah memasuki wilayah yang dikepung itu pada Rabu di bawah perjanjian gencata...
Ketahui Tentang Perjanjian Baharu Gencatan Senjata Gaza Afp

Ketahui Tentang Perjanjian Baharu Gencatan Senjata Gaza Afp

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 107 hits
Ketahui Tentang Perjanjian Baharu Gencatan Senjata Gaza AFP Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Rabu bahawa Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan untuk fasa pertama gencatan senjata di Gaza Ini selepas beberapa har...
Silaknat Tetap Serang Gaza Walaupun Gencatan Senjata Diumumkan

Silaknat Tetap Serang Gaza Walaupun Gencatan Senjata Diumumkan

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 97 hits
KOSMO ISRAEL menyerang Gaza hari ini Foto AFPBANDAR GAZA nbsp Agensi pertahanan awam Gaza hari ini melaporkan beberapa serangan ke atas wilayah itu selepas pengumuman bahawa Hamas dan Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata Sejak pengu...
Rakaman Disahkan Benar Penduduk Gaza Raih Rezeki Laut Selepas Flotilla Alih Tumpuan Israel

Rakaman Disahkan Benar Penduduk Gaza Raih Rezeki Laut Selepas Flotilla Alih Tumpuan Israel

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 142 hits
GAZA Sebelum ini tular rakaman penduduk Palestin berjaya menangkap ikan dalam jumlah yang banyak di pantai Gaza Ia berlaku selepas perhatian tentera Israel beralih kepada Global Sumud Flotilla Terbaru menurut perkongsian aburatiba my video ...
Israel Bebaskan 88 Tahanan Palestin Sebagai Sebahagian Daripada Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata

Israel Bebaskan 88 Tahanan Palestin Sebagai Sebahagian Daripada Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 99 hits
Israel Bebaskan 88 Tahanan Palestin Sebagai Sebahagian Daripada Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata RAMALLAH 13 Okt Pihak berkuasa Israel telah membebaskan 88 tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup daripada Penjar...
Masjid Quba Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

Masjid Quba Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 137 hits
Assalammualaikum Dunia ini adalah Tentative kami pada 30 April 2025 Termasuk dalam zirah luaran Tersegam indah Masjid Quba Alhamdulillah Selfie napa lah muka nampak besau erk Assalamualaikum wbt esok kita ada ziarah luar 30 APR 2025Hari Rab...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri