Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm


Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT Catat Peningkatan Pendapatan 216% Dalam Kalangan Veteren ATM
BUTERWORTH, PULAU PINANG, 17 OKTOBER 2025 – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”) hari ini mencatat satu lagi pencapaian penting dengan kejayaan penutup Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT 2024/2025 yang julung kali diadakan bagi memperkasa keupayaan sosioekonomi dan keusahawanan dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”).
Majlis ini, yang berlangsung bersempena Jelajah Wira LTAT 2025: Edisi Utara di Pangkalan Udara Butterworth, telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Adly Zahari. Timbalan Menteri Pertahanan, bersama Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM, Pengerusi LTAT, En. Mohamad Ashraf Md. Radzi. Ketua Eksekutif LTAT, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara, dan Brigedier Jeneral Tan Lai Hock TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth, serta wakil-wakil kanan dari Kementerian Pertahanan. dan Syarikat Kumpulan LTAT.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Program Usahawan Wira LTAT 2025/2026, yang akan diperluas pelaksanaannya ke negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan GEAR-UP “Raise the Floor yang menekankan pemerkasaan ekonomi rakyat secara inklusif.
Fasa pertama program ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila seramai 29 usahawan veteran ATM berjaya menamatkan latihan dan bimbingan intensif selama enam (6) bulan dengan peningkatan purata pendapatan sebanyak 216%, di samping peningkatan ketara dari segi celik kewangan, kemahiran perniagaan dan daya saing pasaran. Selain kejayaan kewangan, program ini turut berjaya meningkatkan keyakinan diri, kesejahteraan keluarga dan semangat keusahawanan dalam kalangan peserta, melambangkan model pemerkasaan veteran yang menyeluruh dan mampan.
Menurut En. Mohamad Ashraf Md. Radzi, Ketua Eksekutif LTAT, “Program seperti Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT ini mencerminkan visi jangka panjang kami dalam memperkasa kebajikan wira negara, la merupakan model pemerkasaan menyeluruh yang membina ketahanan dan kesejahteraan mampan dalam komuniti veteran ATM.”
Susulan kejayaan fasa pertama, LTAT kini melancarkan Usahawan Wira LTAT 2025/2026 yang akan melibatkan lebih 35 usahawan veteran ATM baharu melalui kerjasama dengan PERHEBAT. Fasa baharu ini akan menggabungkan sesi bimbingan digital dan fizikal selama enam (6) bulan dengan tumpuan kepada literasi kewangan, inovasi dan akses pasaran bagi memperkukuh perusahaan veteran di wilayah utara.
En. Mohamad Ashraf turut menegaskan bahawa Usahawan Wira merupakan manifestasi komitmen LTAT di bawah kerangka Ekonomi MADANI, dalam memperluas keterangkuman kewangan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi seimbang melalui keusahawanan. “Kejayaan program ini membuktikan bahawa pemerkasaan ekonomi dan kemajuan sosial boleh bergerak seiring dalam satu ekosistem yang bersepadu,” tambah beliau.
BACA: Jelajah Tahunan LTAT Kembali Lagi: Memperkasa Celik Kewangan Dan Perlindungan Sosial Wira-Wirawati Negara Di Zon Utara Majlis turut menampilkan usaha bersepadu Syarikat Kumpulan LTAT dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti ATM melalui pelbagai inisiatif syarikat pelaburan. Di bawah inisiatif Kem Santuni MADANI, BHPetrol telah melaksanakan projek penambahbaikan infrastruktur bernilai RM100.000 di KAFA Surau Al-Falah, Bagan Lalang, Butterworth, yang memberi manfaat kepada hampir 70 anak warga ATM dan penduduk sekitar.
Selain itu, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut mengumumkan pelancaran Affin Perkasa oleh Affin Bank Berhad, iaitu rangkaian produk kewangan khusus untuk warga ATM, serta Program Kesetiaan Royale Warisan oleh Boustead Hotels & Resorts, yang menawarkan keistimewaan hospitaliti eksklusif kepada warga ATM dan keluarga mereka.
Kesemua inisiatif ini menyerlahkan komitmen pada LTAT dan Syarikat Kumpulannya dalam memperkukuh keselamatan kewangan, kesejahteraan komuniti dan kelestarian sosioekonomi warga pertahanan negara, selaras dengan semangat aspirasi Ekonomi MADANI. LTAT kekal teguh dengan misinya untuk melindungi, memperkasa dan mengangkat martabat komuniti ATM, daripada khidmat, kepada kejayaan, dan seterusnya.
The post Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT Catat Peningkatan Pendapatan 216% Dalam Kalangan Veteren ATM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/17/program-pemerkasaan-usahawan-wira-ltat-catat-peningkatan-pendapatan-216-dalam-kalangan-veteren-atm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekun Nasional Salur Rm1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998

Tekun Nasional Salur Rm1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 165 hits
TEKUN Nasional Salur RM1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998 KOTA KINABALU 4 Okt Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1 25 bilion kepada 66 992 usahawan di Sabah sejak 1998 sekali gus ...
Penghormatan Terakhir Buat K9 Sue Wira Berbulu Jbpm Sarawak

Penghormatan Terakhir Buat K9 Sue Wira Berbulu Jbpm Sarawak

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum Pada 9 10 25 Saya berpeluang menyaksikan secara langsung satu momen yang cukup menyentuh hati upacara pengembumian buat K9 Sue anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak yang telah menabur bakti s...
Hiburan Artis Umur 30 An Minta Sponsor Kek Sempena Hari Jadi Usahawan Kritik Tak Malu Sungguh

Hiburan Artis Umur 30 An Minta Sponsor Kek Sempena Hari Jadi Usahawan Kritik Tak Malu Sungguh

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 195 hits
Seorang usahawan kek tampil mendedahkan bahawa seorang selebriti terkenal didakwa telah menghubunginya bagi tujuan menaja makanan sempena sambutan hari lahirnya yang ke 38 Menerusi satu hantaran di usahawan berkenaan turut berkongsi tangkap...
Dulu Peguam Kini Usahawan Ayam Goreng Mybaik Fastfood Muslim Buatan Malaysia Pertama Dilancarkan Di Bandar Seri Putra

Dulu Peguam Kini Usahawan Ayam Goreng Mybaik Fastfood Muslim Buatan Malaysia Pertama Dilancarkan Di Bandar Seri Putra

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 254 hits
Dari dunia undang undang ke dunia ayam goreng inilah kisah berani Dato Hifdzi Hamzah bekas peguam korporat ternama yang kini menjadi pengasas kepada jenama makanan segera tempatan iaitu MyBaik Selepas lebih 20 tahun berkhidmat dalam bidang ...
Servis Printing Lengkap Untuk Usahawan Baru Branding Lebih Mudah Menarik

Servis Printing Lengkap Untuk Usahawan Baru Branding Lebih Mudah Menarik

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 217 hits
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif hari ini branding bukan lagi pilihan tetapi keperluan Bagi usahawan baru memiliki rekaan dan bahan promosi yang menarik boleh menjadi faktor utama untuk menarik perhatian pelanggan dan membina ...
Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 225 hits
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif pembungkusan dan penjenamaan memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik perhatian pelanggan Salah satu cara paling murah tetapi sangat berkesan untuk menyerlahkan identiti produk anda ...
23 Wira Negara Sumud Flotilla Dijangka Pulang Dari Turkiye Hari Ini

23 Wira Negara Sumud Flotilla Dijangka Pulang Dari Turkiye Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 191 hits
HarapandailyOctober 6 2025Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla dijangka dapat terbang pulang ke tanah air seawal awalnya hari ini Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul memaklumkan semua proses yang ...
Media Sosial Dipenuhi Ucapan Terima Kasih Kepada Pm Wira Gsf Puji Tindakan Pantas Kerajaan

Media Sosial Dipenuhi Ucapan Terima Kasih Kepada Pm Wira Gsf Puji Tindakan Pantas Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 195 hits
Media Sosial Dipenuhi Ucapan Terima Kasih Kepada PM Wira GSF Puji Tindakan Pantas Kerajaan KUALA LUMPUR 5 Okt Media sosial sejak semalam dibanjiri ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha keras pemimpin...
Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 247 hits
Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Belanjawan 2026 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM470 bilion untuk belanjawan pa...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Jabatan Perikanan Sahkan Kehadiran Ubur Ubur Kotak Di Perairan Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah