Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu Dan Gulai Kawah Pantai Timur Di Restoran Senyum Sokmo Gm Klang



"Kedai Makan Sekitar GM Klang"

GM Klang tidak asing bagi mereka yang gemarkan membeli barangan pukal atau barangan secara banyak.


Nasi Kerabu Ayam Senyum SokmoItu tipikal pandangan mengenai GM Klang yang terletak di Bandar Botanik Klang.


Shopping Di GM Klang Bandar Botanik

GM Klang bukan sahaja untuk barangan pukal malah untuk belian biasa banyak. Banyak pilihan barangan menjadikan GM Klang yang berhampiran Lebuhraya KESAS ini begitu popular.

Pernah penulis terserempak seumpama lawatan cik kiah dengan bas datang ke GM Klang.

Penulis bukan ingin bercerita tentang GM Klang. Secara normalnya yang datang ke GM Klang walaupun tidak ramai adalah yang datang dari jauh.

Mencari Tempat Makan

Bagi penduduk sekitar tidak begitu sukar untuk mengetahui kedai makan yang ada di kawasan sekitar, untuk yang baharu menjejakkan kaki sukar juga untuk mengalas perut sebelum atau selepas shopping di GM Klang.

Terdapat beberapa kedai makan sebenarnya sekitar GM Klang. Namun, penulis akan cuba kongsi akan kedai makan yang biasa penulis singgah dan cuba.

Tempat Makan Kurang Memuaskan

Terdapat juga satu kedai makan di sekitar GM Klang ini yang sudah di'banned' penulis. Penulis tidak akan menyebut nama kedai namun berhadapan bulatan kecil GM Klang. Mahal, kurang sedap dan layanan kurang memberikan ketenangan.

Penemuan Restoran Selera Pantai Timur

Dari kisah tersebutlah penulis menemui satu kedai makan yang kena dengan selera penulis. Sebuah kedai makan yang terletak bertentangan dengan parkir paling jauh GM Klang di deretan rumah kedai.


Restoran Senyum Sokmo GM Klang
"Restoran Senyum Sokmo"

Melalui namanya sudah menggambarkan masakan pantai timur. Sebuah restoran yang baharu sahaja di buka di sekitar ini. Mula beroperasi sekitar bulan Mac 2018.

Konsep Restoran

Restoran ini menggunakan konsep makan siang. Bukan tipikal kedai tom yam yang ditemui. Kebanyakan menu makanan adalah bergulai dan berkuah.

Menu yang Dicuba

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Satu makanan yang pantang penulis kalau terjumpa adalah nasi kerabu.
Disini penulis mencuba nasi kerabunya, adakah betul-betul nasi kerabu pantai timur atau sekadar celupan nama sahaja.


Nasi Kerabu Ayam Panggang MaduNasi kerabunya cukup lengkap dengan pelbagai ulaman dengan nasi bewarna biru.
Diletakkan juga telur masin dan keropok keping bersama.

Pengunjung boleh memilih pelbagai lauk untuk di makan bersama nasi kerabu ini.
Penulis memilih ayam bakar yang baharu sahaja siap dipanggang di hadapan kedai makan ini.

Rasa Nasi Kerabu

Dari segi rasa, sedap dan mengena dengan citarasa nasi kerabu yang penulis cari.
Ulaman masih segar, ranggup lagi rasanya. Dengan kerisik kelapa yang ada rasa ikan dan nasinya tidak terlalu lembik atau keras.

Nasi kerabu ini adalah nasi kerabu biasa tidak bertumis, boleh tambah kuah bergulai jika rasakan ia terlalu kering.

Lauk Pauk Gulai Kawah Pilihan

Apa yang menarik akan kedai makan ini (selain hidangan nasi kerabu) adalah jenis lauk pauknya. Kebanyakan adalah lauk pauk masakan pantai timur.


Lauk Pauk Gulai KawahGulai ayam, gulai ikan, jika dikira periuk yang menyediakan hidangan bergulai lebih dari lima periuk. Gulai kawah jika nama gelaran yang biasa didengar.

Untuk lauk pauk lain, seperti di kedai makan biasa yang menyediakan hidangan nasi campur atau nasi pilih sendiri.

Isiapadu Air Minuman yang Banyak

Bagi air minumannya cukup isitmewa jika dikira isipadu. Penulis tidaklah menggunakan bekas yang memiliki sukatan untuk mengira isipadu air minuman di kedai ini akan tetapi melihatkan gelasnya yang agak besar sudah cukup membuktikan kedai makan ini tidak kedekut air.


Teh O Ais LimauKurang dari RM2.50 sukar untuk penulis menghabiskan teh o ais limau yang dipesan. Teh o ais limau yang sedap-sedap dihirup, rasa limau yang tidak begitu pahit dan rasa teh yang tak begitu kelat, kehadiran gula masih ada.

Air kosongnya juga dalam isipadu yang sama.  

Ulasan Penulis

Dari rasa nasi kerabu yang dicuba, nilai nasi kerabu pantai timur masih ada berbanding nasi kerabu celup atau ciplak yang pernah penulis terbeli. 

Jika nasi kerabunya sama dengan nasi kerabu dari Kelantan, tidak hairan jika makanan lain menyerupai makanan dari sana.

Pilihan Lauk 

Pilihan lauk pauk lain juga cukup banyak. Istimewanya terdapat lauk pauk bergulai dan berkuah yang rasanya ala-ala masakan pantai timur, deria rasa pantai timur penulis mampu mengesannya.


Ayam Sedang DipanggangAyam bakar antara lauk pauk menjadi kegemaran ramai. Walaupun terdapat kesan hangus rasa perapan pada ayam tersebut masih jelas bak kata Hafiz Suip.

Air Minuman

Isipadu air minuman boleh dipuji jika anda sedang kehausan selepas membeli sakan di GM Klang. Cukup banyak jumlah airnya.

Suasana Persekitaran Restoran

Suasana kedai agak romantik dalam tema rock kapak, tidak terlampau romantik dan tidak terlampau ganas. Seumpama sedang melayani lagu-lagu kumpulan Slam.

Layanan Pekerja

Dari segi layanan staf, cukup baik setakat ini dan sentiasa memberikan apa yang pelanggan inginkan.

Bagi penulis, ini adalah antara alternatif untuk mendapatkan makanan selera pantai timur dengan harga yang berpatutan.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Agak jauh sedikit dari pintu masuk GM Klang, jika yang parkir di petak parkir GM Klang yang paling baharu boleh melihatnya.

Berhadapan juga dengan gerai-gerai penjaja di hadapannya.

Restoran Senyum Sokmo,
NO. 3, 
Jalan Kasuarina 4/KS 07, 
Bandar Botanik, 
41200 Klang, 
Selangor



Harga Makanan

Nasi Kerabu Ayam Bakar - RM7.50
Teh O Ais Limau - RM2

Waktu Operasi Restoran

Dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam

Anda fikir anda tahu Nasi Kerabu Ayam Bakar Di Restoran Senyum Sokmo GM Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2018/12/nasi-kerabu-ayam-bakar-madu-dan-gulai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Resepi Pes Mudah Masak Pes Ikan Bakar Pes Sambal Tumis Pes Gulai Ikan Pes Nasi Goreng Kuah Black Pepper Asam Pedas

6 Resepi Pes Mudah Masak Pes Ikan Bakar Pes Sambal Tumis Pes Gulai Ikan Pes Nasi Goreng Kuah Black Pepper Asam Pedas

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 620 hits
6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR PES SAMBAL TUMIS PES GULAI IKAN PES NASI GORENG KUAH BLACK PEPPER PES ASAM PEDAS Balik kerja dah penat nak masak lagi nak siapkan anak anak lagi Huhu terus rasa stress nak masak Dengan bahan tak siap ...
Restoran Rasa Wau Punyai Keaslian Dan Keunikan Masakan Pantai Timur

Restoran Rasa Wau Punyai Keaslian Dan Keunikan Masakan Pantai Timur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 891 hits
RESTORAN RASA WAU PUNYAI KEASLIAN DAN KEUNIKAN MASAKAN PANTAI TIMURKali ini AlongMurni berkesempatan untuk singgah ke Restoran Rasa Wau yang terletak di Sunway Giza AM memang sangat menggemari masakan Pantai Timur terutamanya masakan berasa...
Cara Masak Gulai Ayam Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

Cara Masak Gulai Ayam Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 1316 hits
Nasi Kak Wok menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni Lauk pauknya mudah sahaja Ia merupakan nasi putih yang dimakan b...
Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 338 hits
AssalamualaikumMinggu lepas hari khamis Cik Nor bersama rakan blogger dan rakan media yang lain telah dijemput ke satu majlis komuniti yang di anjurkan oleh McDonald s Malaysia Majlis ini berlangsung di McDonald s Pandu Lalu Pengkalan Chepa...
Himpunan Resipi Ayam Bakar Enak Dimakan Hingga Menjilat Jari

Himpunan Resipi Ayam Bakar Enak Dimakan Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 398 hits
Bahan bahan 1 ekor ayam Bahan kisar 6 biji cili padi 1 biji capsicum merah1 biji lemon 2 sudu makan paprika2 sudu kecil garam1 sudu makan oregano1 2 sudu kecil serbuk cili1 2 cawan minyak sayuran 5 ulas bawang putih4 sudu makan cuka1 sudu k...
Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1220 hits
Saya sebelum ini tidak pernah mengalami kecederaan kaki atau pembedahan kaki Tidak seperti yang dijangkakan kesakitan agak berpanjangan Selepas lebih 3 minggu ianya masih sakit dan berdenyut Bertambah lagi selepas bandage dibuka Kaki akan m...
Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 365 hits
Usaha McDonald s Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji Alhamdulillah gembira rasa di hati ini tatkala dapat bersama masyarakat di dalam sebuah majlis yang penuh berhemah bertempat di perkara...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11