Himpunan Resipi Ayam Bakar Enak Dimakan Hingga Menjilat Jari
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dikembang kupu-kupu)
Bahan kisar:
6 biji cili padi (kurangkan sekiranya tidak suka pedas)
1 biji capsicum merah
1 biji lemon (diperah jusnya)
2 sudu makan paprika
2 sudu kecil garam
1 sudu makan oregano
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)
5 ulas bawang putih
4 sudu makan cuka
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil pewarna merah
Cara membuat:
1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmati ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan dua sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sedikit daun ketumbar dan sedikit daun parsli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan satu hingga empat jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.
4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.
5. Panaskan oven ke 170ºC
6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.
7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.
8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang lima minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, tetapkan suhu ke 200ºC dan bakar lima minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak terlalu hitam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/himpunan-resipi-ayam-bakar-enak-dimakan.html