Movie Blood Brothers Bara Naga

Filem Blood Brothers: Bara Naga
Skop Productions Sdn Bhd mempersembahkan filem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ arahan Syafiq Yusof bersama Abhilash Chandra yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 April 2025
Judul: Blood Brothers #bloodbrothersGenre: Aksi, JenayahTarikh Tayangan: 10 April 2025Skrip: Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, Ashraf Modee ZainPengarah: Syafiq Yusof & Abhilash ChandraProduksi: Skop Productions Sdn Bhd
Watak PelakonSharnaaz Ahmad sebagai GhazSyafiq Kyle sebagai AriffShukri Yahaya sebagai FadlanAmelia Henderson sebagai SheilaSyazwan Zulkifli sebagai JakiWan Hanafi Su sebagai Dato ZulZamarul Hisham sebagai DSP AdlinAndy Teh sebagai PabloIrfan Zaini sebagai MalikRazib Salimin sebagai ShamShah Reza sebagai Boss SamHusyairy Hussein sebagai Ayah MusTracie Sinidol sebagai MiraDini Schatzmann sebagai DanielMikael Noah sebagai AdiAmir Nafis sebagai Amir
Lagu Tema (OST)Tajuk: Bara JiwaPenyanyi: Azlan Typewriter & Muzza VelvettonesKomposer: MuzzaLirik : Muzza & Nana
Sinopsis Blood Brothers Bara NagaMengangkat kisah Ariff (Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk menyertai syarikat kawalan keselamatan elit, Silent Guard, di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su) iaitu seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia digeruni, dikenali sebagai Naga
Sejak itu, Ariff mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz dan kemudian satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati
Namun, apabila berlakunya satu pengkhianatan besar yang menggoncang empayar Naga, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai dalang di sebalik musibah tersebut. Dia kini menjadi buruan dan suspek utama dalam konspirasi gelap yang mengancam nyawanya
Dalam usaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan daripada abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Namun, di sebalik pelariannya, Ghaz pula diberi mandat untuk menjejaki dan menangkap Ariff demi menegakkan keadilan keluarga Naga yang menuntut balas dendam
Adakah Ariff mampu membersihkan namanya dan meraih kembali kepercayaan Ghaz? Atau mungkinkah nasibnya berakhir tragis di tangan sahabat yang dianggap seperti abang sendiri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2025/04/blood-brothers-bara-naga.html