Cara Solat Jamak Taqdim Takhir Yang Betul Dari Jakim


Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM | Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.


Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.


Gambar ihsan PLUS. Di ambil di Hentian R&R Tangkak, Arah Selatan. Klik untuk saiz yang lebih besar.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.


APA ITU SOLAT JAMAK?Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?UNTUK JAMAK TAQDIM:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


UNTUK JAMAK TAAKHIR:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)


2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

AKHIR KATASemoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.

Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak qasar yang betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.

Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://myinfosolat.blogspot.com/2018/11/cara-solat-jamak-taqdim-takhir-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul

Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1154 hits
ASSALAMUALAIKUMSolat taubat sebenarnya bukan sahaja untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa dosa besar malah yang diri kita hamba yang khilaf ini pun yang biasanya dosa yang kita tak nampak tapi Allah nampak sepatutnya juga untuk solat ta...
Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul

Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 545 hits
Bagaimana cara mandi wajib Panduan ini akan membimbing anda menunjukkan cara mandi wajib atau mandi junub yang betul sempurna dan sah Ia juga menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya Bagaimana niat mandi wajib Apakah rukun mandi ...
Atasi Masalah Ketidaksuburan Suami Isteri Dengan Cara Yang Betul Dan Mudah

Atasi Masalah Ketidaksuburan Suami Isteri Dengan Cara Yang Betul Dan Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 382 hits
Sejak akhir akhir ini ramai pelanggan Mia bertanyakan tentang set kesuburan Rupanya sekarang ni ramai yang mempunyai masalah ketidaksuburan dan sedang mencari cara untuk atasi masalah ketidaksuburan Masalah mereka menjadi lebih teruk apabil...
Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul Baru Berkesan

Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul Baru Berkesan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 391 hits
Makan ubat dengan cara yang betul barulah ubat berkesan untuk mengubati dan mengawal menyakit Kalau tidak sia sia saja makan ubat Makan ubat dengan cara yang betul adalah dengan mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat In...
2 Cara Ini Berkesan Membantu Anda Memperbaiki Solat Walau Dalam Keadaan Sibuk

2 Cara Ini Berkesan Membantu Anda Memperbaiki Solat Walau Dalam Keadaan Sibuk

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 312 hits
Allahuakbar Lalu lintasan lintasan yang pelbagai mula menyusup masuk ke dalam minda ketika kita mengangkat takbir untuk solat Emel pelanggan yang masih belum dibalas Laporan bulanan belum siap Panggilan telefon yang belum dibuat dan bermaca...
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 651 hits
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu BersalinPokok genggam atau Sanggul fatimah
Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 373 hits
Assalamualaikum okay hari ni daku rasa terpanggil untuk share cara terbaru dan terkini untuk membuka akaun PayPal untuk rakyat Malaysia khas untuk korang yang tengah mencari cara untuk daftar Sebenarnya akaun PayPal ni memang bagus kerana d...
Cara Buat Cover Letter Resume Dengan Betul

Cara Buat Cover Letter Resume Dengan Betul

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 270 hits
Ramai Tidak Tahu Tahu Format Menulis Cover Letter Dengan Betul Saya pasti ramai tidak tahu bagaimana cara menulis cover letter dengan baik kadang kala menulis cover letter seperti memohon simpati pihak syarikat menyatakan perkara di luar sk...
Cara Merawat Sakit Sendi Guna 2 Cara Mudah Supaya Tak Perlu Solat Duduk Lagi

Cara Merawat Sakit Sendi Guna 2 Cara Mudah Supaya Tak Perlu Solat Duduk Lagi

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 504 hits
Selalunya kita tengok orang tua tua je kan sakit sendi sampai nak sembahyang pun terpaksa duduk sebab tak larat berdiri Nak sujud pun sakit sebab sendi di lutut tu dah tak kuat Kesian tengok mak ayah kita yang selalu mengalami sakit sakit s...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Asal Usul Coca Cola

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Internet Malaysia Masih Terkesan Dengan Kerosakan Kabel Dasar Laut Di Laut Merah

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat