Bukan Saja Muhyiddin Seluruh Jemaah Menteri Turut Dikira Derhaka Kepada Agong




 Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Oleh yang demikian, titah baginda, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.
Seterusnya, Agong bertitah, perkenan baginda terhadap proklamasi darurat hanyalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung penularan Covid19.
Sebelum itu, orang yang mengumumkan Parlimen digantung berikutan proklamasi darurat dikuatkuasakan adalah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Beliau mengumumkannya sehari selepas Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang dicadangkan kerajaan.
Dalam hal ini, ternampak Muhyiddin seperti telah memperdaya Agong berhubung cadangan darurat yang dipohonnya di mana penggantungan Parlimen seolah-olah tidak dibangkitkan langsung ketika beliau memohon perkenan daripada baginda.
Sebaliknya, perkara itu hanya ditimbulkan setelah perkenan darurat diperolehi.
Berikutan perkara itu telah menjadi bualan yang meluas di kalangan rakyat dengan rata-rata tidak setuju dengan penggantungan Parlimen ketika tempoh darurat, Agong akhirnya bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dan baginda tidak pernah menitahkan penggantungan Parlimen itu.
Dalam maksud lain, titah Agong itu bermakna baginda sebagai ketua negara, mahu Parlimen dibuka untuk bersidang dalam tempoh darurat.


Setelah lebih seminggu membisu dan tiada mana-mana anggota kabinet, termasuk Muhyiddin sendiri memberi sebarang maklum balas terhadap titah Agong itu, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan Parlimen tidak akan bersidang dalam tempoh darurat.
Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.
Kata Takiyuddin, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang Parlimen mesti dibuat oleh kabinet.
“Jadi sekarang ini, jemaah menteri menasihatkan Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen.
“Itulah keadaan sekarang ini,” kata beliau lagi.
Takiyuddin turut menambah, keputusan penangguhan itu juga dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan Covid19 di dalam bangunan Parlimen.

Ternampak di sini bahawa titah Agong bukan saja diderhakai, malah cuba dimanipulasi sekali lagi.
Jika sebelum ini Muhyiddin memperdaya Agong dengan memasukkan penggantungan Parlimen dalam proklamasi darurat, sedangkan ia bukan termasuk dalam perkenan baginda, kali ini kedudukan kabinet pula cuba dikaitkan.
Dalam titah Agong, sangat jelas baginda menyebut, sidang Parlimen boleh diadakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Langsung tidak disebut nasihat itu perlu diberikan oleh kabinet atau jemaah menteri.
Tetapi, mengapa jemaah menteri yang tiba-tiba tampil menasihatkan Agong dan seterusnya memberi nasihat tidak ada sidang Parlimen perlu diadakan?
Kenapa tidak Perdana Menteri sendiri yang memberi nasihat kepada Agong sebagaimana dititahkan baginda?
Lagi pun, jika difahami titah Agong itu, ia bukan berkaitan baginda perlukan nasihat sama ada Parlimen boleh bersidang atau tidak, tetapi khusus berkaitan penetapan tarikh untuk Parlimen dibenarkan bersidang.
Mengapa Muhyiddin dan jemaah menteri tidak mahu faham titah Agong itu atau sengaja cuba mengelirukan rakyat?
Jika diperhalusi dalam hal ini, bukan saja Muhyiddin yang dilihat derhaka kerana telah memperdaya dan enggan patuh kepada titah Agong, malah jemaah menteri juga turut derhaka lantaran menolak keinginan baginda agar Parlimen dibuka, selain melencongkan maksud sebenar titah yang dikeluarkan pada 24 Februari lalu.
Layakkah Muhyiddin dan jemaah menteri yang derhaka ini terus dibiarkan mengurus negara? 


(Shahbudindotcom 04/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/bukan-saja-muhyiddin-seluruh-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembentukan Pn Sebenarnya Gerakan Mahathir Hanya Mereka Saja Tahu Ujar Setiausaha Sulit Muhyiddin

Pembentukan Pn Sebenarnya Gerakan Mahathir Hanya Mereka Saja Tahu Ujar Setiausaha Sulit Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 217 hits
tuncarlos comKUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya mengetuai kerajaan Perikatan Nasional kerana beliau sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi Februari tahun lalu Setiausaha Sulit kepada Perdana ...
Isu Darurat Anwar Tidak Derhaka Agong Benar Sidang Parlimen

Isu Darurat Anwar Tidak Derhaka Agong Benar Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 226 hits
Penegasan Yang di Pertuan Agong secara memanggil Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang seperti biasa sewajarnya mematikan propaganda kononnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri A...
Kritik Pm Tiada Kena Mengena Derhaka Agong

Kritik Pm Tiada Kena Mengena Derhaka Agong

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 121 hits
Oleh February 21 2021Isu pemimpin Pakatan Harapan menderhaka titah Yang di Pertuan Agong kerana membuat semakan kehakiman di mahkamah ke atas perisytiharan darurat yang dikuatkuasakan sejak 11 Januari lalu masih menjadi persoalan panas di m...
Muhyiddin Makin Besar Kepala Perlekehkan Titah Agung Dan Sudah Berani Derhaka

Muhyiddin Makin Besar Kepala Perlekehkan Titah Agung Dan Sudah Berani Derhaka

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 321 hits
Dalam tragedi Sultan Mahmud mangkat dijulang yang berlaku di Kota Tinggi Johor sebelum menikam Al Marhum Sultan Mahmud yang sedang dijulang ketika mahu menunaikan fardu Solat Jumaat kata kata terakhir Laksamana Bentan adalah Raja adil raja ...
Muhyiddin Sertai Solat Hajat Dengan 500 Jemaah Sempena Setahun Pn Mentadbir

Muhyiddin Sertai Solat Hajat Dengan 500 Jemaah Sempena Setahun Pn Mentadbir

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 221 hits
Muhyiddin Yassin menyertai solat hajat perdana sempena setahun pemerintahan kerajaan PN di Masjid Putra Putrajaya malam ini PUTRAJAYA Lebih 500 jemaah termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet menyertai solat hajat perda...
Adakah Muhyiddin Telah Memperdaya Agong Berkenaan Perlaksanaan Darurat

Adakah Muhyiddin Telah Memperdaya Agong Berkenaan Perlaksanaan Darurat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 168 hits
Yang Di Pertuan Agong bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato Indera Ahmad Fadi...
Ph Gesa Muhyiddin Segera Nasihat Agong Untuk Sidang Parlimen

Ph Gesa Muhyiddin Segera Nasihat Agong Untuk Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 223 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Feb 2021 6 20 pmPH menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera menasihati Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah untuk memanggil sidang Parlimen Ia ...
Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 312 hits
Nak tanya Muhyiddin semalam mana yang lebih sakit Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami