Muhyiddin Makin Besar Kepala Perlekehkan Titah Agung Dan Sudah Berani Derhaka



Dalam tragedi Sultan Mahmud mangkat dijulang yang berlaku di Kota Tinggi, Johor, sebelum menikam Al Marhum Sultan Mahmud yang sedang dijulang ketika mahu menunaikan fardu Solat Jumaat, kata-kata terakhir Laksamana Bentan adalah :
"Raja adil, raja disembah, raja zalim zalim, raja disanggah"

Tetapi bagaimana pula apabila kita berhadapan dengan pemimpin yang zalim

Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana sekarang ini kita mempunyai seorang Ketua Negara yang memegang jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung yang sangat berjiwa rakyat

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memang sangat dikenali sebagai seorang raja yang sentiasa prihatin dengan rakyat baginda.
Sekiranya baginda mendapat perkhabaran rakyat berada dalam kesusahan, baginda turut sama merasakan kesusahan yang sedang ditanggung oleh rakyat.
Sekiranya baginda dimaklumkan dengan penderitaan rakyat, baginda turut sama rasa terbeban dengan penderitaan rakyat.
Kita amat yakin, SPB YDP Agung amat memaklumi, keadaan politik yang tidak stabil dan penularan wabak Covid-19 telah membuatkan rakyat dan negara yang berada di bawah naungan baginda kini berada dalam kesusahan dan penderitaan yang seakan-akan belum nampak lagi di mana penghujungnya.
Kita juga amat yakin, keadaan ini menimbulkan keresahan dan perasaan dukacita yang di lubuk hati dan sanubari baginda.
Tetapi apakan daya, ibarat tangan terikat di langit dan kaki terpasak ke bumi, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak dalam membetulkan keadaan.
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, di mana SPB YDP Agung juga adalah tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di dalam setiap keputusan yang hendak diambil.

Memburukkan penderitaan negara dan rakyat, apabila kita mempunyai seorang Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang lemah dan ternyata telah gagal tetapi tetap tamak dan mabuk mahu kekal berkuasa.
Beraja di mata dan bersultan di hati, Perlembagaan Persekutuan disalah gunakan oleh Muhyiddin untuk kekalkan kuasa dan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Lebih memualkan kita semua, apabila kini Muhyiddin sudah semakin besar kepala dan sudah berani derhaka kepada titah SPB YDP Agung.

24 Februari 2021, baginda YDP Agung telah berkenan menerima mengadap Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara.
Ada sumber yang mengatakan sebenarnya baginda YDP Agung telah menitahkan supaya kedua-dua speaker tersebut supaya mengadap baginda di Istana Negara.

Dalam pertemuan tersebut dan melalui satu kenyataan media (perenggan 3,4 dan 5) yang dikeluarkan oleh Istana Negara selepas pertemuan itu, baginda YDP Agung telah menzahirkan pandangan bahawa sepanjang tempuh darurat, Parlimen BOLEH bersidang dan tidak perlu digantung seperti yang 'dititahkan' oleh Perdana Menteri tak ada majoriti, Muhyiddin Yassin.
Pandangan baginda YDP Agung itu bukanlah sekadar pandangan yang tidak berasas tetapi ianya terdapat di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Secara sinis, baginda juga menyindir Muhyiddin dengan menyatakan bahawa tanggapan sesetengah pihak bahawa perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen dari bersidang adalah salah!!!
Ini jelas menunjukkan bahawa SPB YDP Agung menitahkan supaya demokrasi dihidupkan semula dan Parlimen dipanggil bersidang walau pun negara masih lagi berada di bawah Perintah Darurat.

Tetapi Muhyiddin tetap berdolak dalih dan menggunakan alasan mahu mengawal penularan Covid-19 sebagai alasan untuk  mengisytihar darurat dan menggantung Parlimen dari bersidang.

Muhyiddin juga menafikan dakwaan bahawa darurat yang diisytiharkan ini sebenarnya adalah darurat politik demi untuk mengekalkan kuasa beliau.

Malah dengan angkuhnya Muhyiddin mendakwa beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.
Kalau benar Muhyiddin merasa sangat yakin masih lagi mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat, kenapa masih lagi takut untuk membenarkan Parlimen bersidang sedangkan sekarang ini hampir semua sektor ekonomi telah dibuka semula, malah pelajar sekolah yang berada dalam golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 juga telah dibenarkan kembali ke sekolah.
Tambahan lagi bukankah kesemua Ahli Parlimen adalah kumpulan yang akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19?

Satu lagi persoalan yang berlegar di fikiran kita, kalaulah betul Muhyiddin merasa sangat yakin dan tiada yang tidak yakin melainkan yakin sahaja bahawa beliau masih mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen, mengapa perlu memancing 2 orang Ahli Parlimen PKR untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) sokongan ke atas beliau?
Kepada Muhyiddin, lakukanlah apa sahaja yang disukainya tetapi jangan lupa, rakyat marhaen hanya menunggu masa untuk menghukum segala kezaliman dan salah guna kuasa yang Muhyiddin lakukan.

Kalau sebelum ini, melalui satu undian yang dilakukan oleh Utusantv mendapati Barisan Nasional menjadi pilihan pengundi sama ada bersama atau tidak dengan PAS dan Perikatan Nasional menjadi pilihan terakhir pengundi, kini melalui satu lagi undian yang dilakukan, Muhyiddin nyata jauh ke belakang dari 2 calun Perdana Menteri ke 9 dari parti UMNO/Barisan Nasional.
Admin yakin, dengan penderhakaan Muhyiddin kepada SPB YDP Agung, kedudukan Muhyiddin akan jatuh lebih teruk lagi sekiranya undian dilakukan sekali lagi kerana pantang Melayu menderhaka kepada rajanya!!!


 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/muhyiddin-makin-besar-kepala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 358 hits
Nak tanya Muhyiddin semalam mana yang lebih sakit Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen...
Titah Agong Mimpi Ngeri Buat Muhyiddin Halang Kerajaan Pn Berkuasa Penuh

Titah Agong Mimpi Ngeri Buat Muhyiddin Halang Kerajaan Pn Berkuasa Penuh

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 197 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Titah Yang di Pertuan Agong membenarkan persidangan Parlimen kembali diadakan dalam tempoh proklamasi darurat akan memberi kelegaan dan harapan agar amalan demokrasi berparlimen dapat disambung sekali gus menghala...
Penguasa Mesti Berani Tangani Sindiket Dadah Kartel Orang Besar

Penguasa Mesti Berani Tangani Sindiket Dadah Kartel Orang Besar

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 202 hits
ATarik balik gelaran Tan Sri Datuk Seri malukan institusi diraja BANGI Semua agensi penguatkuasaan kerajaan digesa bertindak tegas dan berintegriti ketika mengekang sindiket pengedaran dadah dalam kalangan individu bergelar Tan Sri atau Dat...
Bukan Saja Muhyiddin Seluruh Jemaah Menteri Turut Dikira Derhaka Kepada Agong

Bukan Saja Muhyiddin Seluruh Jemaah Menteri Turut Dikira Derhaka Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 566 hits
Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri Oleh yang demikian titah baginda tang...
Berani Tolak Pn Dan Bersatu Bukti Umno Kuasa Besar Sebenar

Berani Tolak Pn Dan Bersatu Bukti Umno Kuasa Besar Sebenar

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 247 hits
Walaupun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada UMNO berhubung keputusan sebenar mesyuarat MT Jumaat lalu desas desus mengenai pendirian parti itu dalam menghadapi PRU15 akan datang tampaknya amat meresahkan Bersatu dan PN Diperka...
Sidang Parlimen Muhyiddin Membisu Tak Hormat Titah Agong

Sidang Parlimen Muhyiddin Membisu Tak Hormat Titah Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 305 hits
Perdana Menteri kerajaan darurat Muhyiddin Yassin didesak segera mengadakan sidang Parlimen selepas seminggu Yang di Pertuan Agong menitahkan sidang perlu dilaksanakan pada masa yang sesuai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anw...
5 Kesilapan Besar Yang Nampak Biasa Pada Suami Isteri Tapi Buat Rumah Tangga Makin Hambar

5 Kesilapan Besar Yang Nampak Biasa Pada Suami Isteri Tapi Buat Rumah Tangga Makin Hambar

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 498 hits
Dalam melayari bahtera perkahwinan memang tidak semuanya indah Disebabkan itu suami isteri perlu sentiasa upgrade ilmu mengekalkan kebahagiaan perkahwinan supaya tidak buat rumah tangga makin hambar Setiap hari di media sosial sering kita l...
Terkini Menteri Besar Kedah Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Terkini Menteri Besar Kedah Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 203 hits
Ikuti siaran langsung Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang akan mengambil suntikan vaksin COVID19 serta pelancaran Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan peringkat negeri Kedah MyVaksinCOVID19 HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord