28 Tahun Hilang Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Glasier Mencair
28 Tahun Hilang, Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Glasier Mencair
KOHISTAN — Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 tahun lalu ditemui di dalam sebuah glasier yang mencair di kawasan pergunungan terpencil Kohistan, Pakistan, lapor BBC News.
Difahamkan, mayat lelaki itu ditemukan oleh seorang pengembala, Omar Khan yang secara tidak sengaja menjumpai mayat tersebut di Lembah Lady, timur negara itu.
Menurut laporan, mayat tersebut ditemui dalam keadaan masih terpelihara, lengkap dengan pakaian, meskipun telah membeku dalam ais selama hampir tiga dekad.
Turut ditemui bersama ialah kad pengenalan mangsa.
“Apa yang saya lihat amat sukar dipercayai. Mayatnya masih dalam keadaan sempurna. Pakaian langsung tidak koyak,” kata Omar kepada BBC.
Sementara itu, polis mengesahkan identiti mayat itu dikenali sebagai Naseeruddin yang dilaporkan hilang pada Jun 1997, dipercayai terjatuh ke dalam rekahan glasier semasa ribut salji melanda kawasan berkenaan.
Selepas penemuan itu, penduduk tempatan tampil memberi maklumat lanjut mengenai lelaki berkenaan.
Mangsa difahamkan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Pada hari kejadian, mangsa dalam perjalanan bersama abangnya, Kathiruddin, menunggang kuda meninggalkan kampung.
Menurut abangnya, mereka tiba di lembah tersebut sekitar pada waktu pagi sebelum adiknya masuk ke dalam sebuah gua dan tidak kembali.
Dia berusaha mencari adiknya termasuk mendapatkan bantuan penduduk, namun usaha pencarian gagal menemui sebarang petunjuk ketika itu.
Menurut Prof. Muhammad Bilal, Ketua Jabatan Alam Sekitar di Universiti COMSATS Islamabad, apabila mayat manusia terjatuh ke dalam glasier, suhu sejuk melampau akan membekukannya dengan cepat, sekali gus menghalang proses pereputan.
“Mayat itu kemudiannya mengalami proses mumia semula jadi kerana ketiadaan kelembapan dan oksigen di dalam glasier,” jelasnya.
Sumber: BBC News
BACA: Mayat Dua Beranak Ditemukan Terapung Di Pulau Ketam
BACA: Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa
The post 28 Tahun Hilang, Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Glasier Mencair appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/06/28-tahun-hilang-mayat-lelaki-ditemukan-dalam-glasier-mencair/