Saintis Terkejut Glasier Di Argentina Semakin Mencair Susut Dengan Sangat Pantas


Saintis Terkejut Glasier Di Argentina Semakin Mencair, Susut Dengan Sangat Pantas
Glasier Perito Moreno di Argentina telah menyusut dengan lebih pantas daripada jangkaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut satu kertas kajian yang diterbitkan pada Khamis dalam Communications Earth & Environment.
Memetik laporan ABC News, glasier yang berukuran kira-kira 30 kilometer panjang itu telah menyusut hampir 800 meter di beberapa kawasan dalam beberapa tahun lalu dan berpotensi mencair lebih daripada 1.6 kilometer pada masa akan datang, menurut kajian tersebut.
Untuk pengetahuan, glasier ini terbentuk daripada aliran ais yang berasal dari Medan Ais Patagonia Selatan di Pergunungan Andes, sebelum mengalir menuruni gunung dan berakhir di tasik gergasi Lago Argentino.
Penyelidik di Universiti Friedrich Alexander di Erlangen, Jerman dan penulis utama kajian, Moritz Koch berkata sebelum ini ia digambarkan sebagai glasier yang ‘mampu bertahan dalam iklim yang berubah’. Namun para penyelidik mula mengkaji Perito Moreno dengan lebih dekat untuk dibandingkan dengan glasier lain yang kurang stabil.
Ujarnya, para saintis terkejut dengan kadar penurunan permukaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Antara tahun 2000 hingga 2019, Perito Moreno kekal agak stabil berbanding kebanyakan glasier lain yang terbentuk dari Medan Ais Patagonia. Dalam tempoh itu, glasier tersebut hanya menyusut kira-kira 100 meter.
Namun sejak 2019, kadar penyusutan meningkat dengan ketara.
“Kami dapat lihat bahawa kestabilan glasier ini sudah berakhir dan ia telah melepasi titik kritikal. Itulah sebabnya kami melihat penyusutan ini berlaku,” kata Koch.
Pada tahun 2022, semasa dua penerbangan helikopter, para penyelidik menggunakan radar untuk mengukur ketebalan ais. Data ini kemudian digabungkan dengan kajian dasar tasik di hadapan glasier bagi menyiasat perbezaan ketinggian permukaan dan kelajuan permukaan glasier antara tahun 2000 dan 2024.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kadar penipisan ais di hujung glasier iaitu bahagian yang berada di atas air meningkat lebih daripada 16 kali ganda, daripada kira-kira 0.3 meter setahun (2000–2019) kepada purata 5.5 meter setahun (2019–2024).
Kredit: AFP Koch menjelaskan, ada rabung batu besar di bawah hujung glasier yang membantu menstabilkannya selama beberapa dekad, seolah-olah menjadi ‘sauh’ yang memegangnya di tempat asal. Sebelum tahun 2019, glasier ini sebenarnya sudah tidak seimbang dari segi iklim di permukaannya, tetapi masih kekal di kedudukan sama kerana dipegang oleh rabung batu tersebut.
BACA: Detik Runtuhan Glasier Musnahkan Sebahagian Kampung Di Switzerland Namun, jika penipisan ais terus berlaku pada kadar semasa, glasier ini akan terpisah daripada rabung itu dan menyusut dengan cepat. Kedalaman air yang meningkat di bawah glasier akan mempercepatkan kadar runtuhan ais (calving).
Sebagai salah satu glasier paling terkenal di dunia, Perito Moreno adalah destinasi pelancongan utama di Argentina dan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.
“Ia adalah faktor ekonomi yang sangat penting bagi rantau ini,” kata Koch.
Tambah Koch, perubahan iklim berkemungkinan memainkan peranan besar dalam kehilangan ais glasier di rantau Patagonia.
“Kami melihat peningkatan suhu secara beransur-ansur dalam dekad lalu, jadi pemanasan sememangnya memainkan peranan besar mengapa glasier mencair di permukaan,” katanya.
Menurut saintis, glasier di seluruh dunia berisiko tinggi mengalami kehilangan ais yang ketara akibat pemanasan global.
Antara tahun 2000 hingga 2023, glasier di seluruh dunia telah kehilangan kira-kira 7,211 bilion tan ais, bersamaan dengan purata kehilangan tahunan sebanyak 301 bilion tan, menurut kajian yang diterbitkan dalam Nature pada Februari lalu.
Sumber: ABC News
The post Saintis Terkejut Glasier Di Argentina Semakin Mencair, Susut Dengan Sangat Pantas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/08/saintis-terkejut-glasier-di-argentina-semakin-mencair-susut-dengan-sangat-pantas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Tahun Hilang Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Glasier Mencair

28 Tahun Hilang Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Glasier Mencair

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 291 hits
28 Tahun Hilang Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Glasier Mencair KOHISTAN Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 tahun lalu ditemui di dalam sebuah glasier yang mencair di kawasan pergunungan terpencil Kohistan Pakistan lapor BBC ...
Tolong Hentikan Spekulasi Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan

Tolong Hentikan Spekulasi Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 316 hits
Tragedi yang menimpa adik Zara Qairina 13 tahun terus menghantui fikiran masyarakat terutamanya golongan ibu bapa yang kini lebih sensitif terhadap isu buli pengabaian dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah Terbaru ibu kepada Allahyarha...
Jumpa Pm Juga Fadli Apa Ka Hebat Sangat Kata Jumpa Dia Ok

Jumpa Pm Juga Fadli Apa Ka Hebat Sangat Kata Jumpa Dia Ok

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 168 hits
Sebelum pulang saya sempat ketemu saudara Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak di restorannya yang terletak tidak jauh dari Stadium Sultan Muhammad IV Saya zahir simpati pada saudara Amir yang berdepan ujian apabila bapanya menghida...
Terdesak Sangat Rupanya Mana Tak Tak Lena Sedang Dalam Usaha Nak Kena Tangkap

Terdesak Sangat Rupanya Mana Tak Tak Lena Sedang Dalam Usaha Nak Kena Tangkap

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 293 hits
SAMAN WAYTHA MOORTHYWaytha Moorthy kata perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah Dia merujuk Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen boleh dibata...
Hari Raya Sangat Bermakna Apabila Keluarga Jauh Datang Bersama

Hari Raya Sangat Bermakna Apabila Keluarga Jauh Datang Bersama

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 255 hits
Hari Raya Yang Sangat Bermakna Apabila Keluarga Jauh Datang Bersama Updated Blog Lagi Hari raya pasti berseri sekali apabila kehadiran dari keluarga jauh datang bersama Sekian lama tidak bertemu di hari raya yang meriah suasana menjanjikan ...
Awat Buta Perut Sangat Ambik Dia Ni

Awat Buta Perut Sangat Ambik Dia Ni

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 235 hits
Mukhlis Eddie Macam sial Kementerian tak tahu ke mamat ni walaun karat hijau Dia ada cable power kot dalam kementerian
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Drama Jika Itu Salahku

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Sujud Sahwi Dalam Shalat Membahas Bagian Yang Ditinggalkan Keraguan Rakaat Dan Waktu Pelaksanaannya

Jaqlyn Penyanyi Muslimah Pertama Di Awakening Records

Lirik Lagu Dalam Diam By Mojack Hafiz Bersama Zynakal Feat Zamir Harith

Tinggalan Kota Kaum Tsamud Kaum Yang Dilaknat

Betflixtikto 10 June Betflixtikto Truemoney Wallet Top 10 By Arnold

Betm4 26 July Betm4 Top 31 By Kermit