Zuraida Ada Orang Panik Polis Makin Hampir Dedah Dalang


News | Diterbitkan Hari ini 10:58 malam

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata ada pihak tertentu yang panik apabila polis semakin hampir mendedahkan dalang di sebalik penyebaran klip video seks yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

"Sementara siasatan polis semakin hampir mendedahkan dalang di sebalik plot (penyebaran klip video seks), nampaknya ada pihak tertentu yang panik," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Zuraida berkata demikian sebagai merujuk kenyataan "pemimpin kanan politik tertentu" yang menggesa agar ahli politik yang dikaitkan dengan klip video seks itu bercuti, selain menekankan kesahihan video.

Meskipun tidak menyebutkan nama pemimpin yang dimaksudkan, Zuraida dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang dikeluarkan beberapa jam sebelum itu.

Shamsul dalam kenyataan medianya menggesa pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku supaya bercuti sementara daripada menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai sepenuhnya.

Shamsul juga mempersoalkan proses penyiasatan polis berhubung video seks itu yang menurutnya "beralih kepada penyebaran video lucah dan bukannya ketulenan video".

Meskipun tidak menyebut secara langsung, kenyataaan Shamsul itu dipercayai merujuk kepada Azmin yang dikaitkan dengan video seks sejenis bersama bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Azmin menyifatkan gesaan Shamsul itu sebagai tindakan "munafik".

Beri ruang polis siasat

Mengulas lanjut, Zuraida mempersoalkan ahli politik yang menurutnya setiap hari mengulas isu klip video seks berkenaan sedangkan polis sedang melakukan siasatan.

"Polis perlu diberikan ruang untuk melakukan tugas tanpa diberi tekanan politik daripada mana-mana pihak," katanya.

Baca berita berkaitan: Jangan munafik, kata Azmin pada Shamsul

Dalam kenyataan itu juga, Zuraida mengungkit bahawa klip video seks yang mengaitkan Presiden PKR Anwar Ibrahim pernah disebarkan, namun, katanya, pemimpin PKR bersatu mengecam ia sebagai konspirasi politik.

"Kini, orang yang mengambil pendirian itu dulu memberi ruang kepada politik longkang dengan bercakap tentang kesahihan video.

"Malah, ada yang menggesa agar pihak yang dikaitkan supaya melepaskan jawatan dalam kerajaan. Kami tidak membuat gesaan seperti itu apabila video seks yang mengaitkan Anwar sebelum ini disebarkan.

"Kami, termasuk Azmin, berdiri teguh bersama Anwar ketika itu. Atas semangat reformasi, kami menolak politik longkang. Kini apa sudah jadi dengan semangat politik bersih untuk membina negara?" katanya

Justeru, Zuraida menggesa semua pihak berhenti membuat kenyataan yang menurutnya hanya bagi kepentingan dan agenda sendiri serta membenarkan polis menjalankan siasatan secara profesional.

Azmin dikaitkan skandal seks sejenis dengan Haziq setelah beberapa rakaman video seks yang didakwa mirip wajahnya tersebar sejak sebulan lalu.

Haziq mengaku merupakan individu dalam video tersebut manakala Azmin menafikan dirinya terlibat dan mendakwa ia adalah komplot untuk memusnahkan karier politiknya.

Dalam perkembangan terbaru hari ini, polis menahan tiga lagi individu di sekitar Johor Bahru, menjadikan sembilan kesemuanya yang ditahan berhubung kes penularan video seks berkenaan.

Semalam, Haziq dan lima yang lain direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 292A Kanun Keseksaan, berkaitan pengedaran bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/zuraida-ada-orang-panik-polis-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Bingung Kenapa Bukan Azmin Yang Ditahan Dedah Setpol Anwar

Polis Bingung Kenapa Bukan Azmin Yang Ditahan Dedah Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 957 hits
Setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan polis bingung kenapa dia yang ditahan dalam siasatan terhadap video seks sejenis melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang menteri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak b...
Polis Dedah Video Saat Cemas Nahas Udara Dua Pesawat

Polis Dedah Video Saat Cemas Nahas Udara Dua Pesawat

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 381 hits
ITALI Polis mendedahkan dua video nahas udara membabitkan sebuah helikopter dan pesawat ringan di pergunungan Alps Itali hingga menyebabkan tujuh maut dalam kejadian pada Januari lalu Pertembungan di udara itu berlaku pada 25 Januari berham...
Polis Kenal Pasti Dalang Di Sebalik 039 Video Haziq 039

Polis Kenal Pasti Dalang Di Sebalik 039 Video Haziq 039

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 325 hits
POLIS mengenalpasti dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks dikaitkan dengan seorang menteri kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Siasatan mendapati wujud konspirasi pakatan tertentu dalam pembikinan itu untuk menjatuhka...
Pencarian 15 Jam Akhirnya Polis Temui Mayat Kanak Kanak Dalam Kereta Dengan Keadaan Suhu Hampir 50 C

Pencarian 15 Jam Akhirnya Polis Temui Mayat Kanak Kanak Dalam Kereta Dengan Keadaan Suhu Hampir 50 C

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 338 hits
Pencarian pihak Polis di Denton Texas selama 15 jam berakhir tatkala mereka menemui sesuatu yang mengejutkan Ketika itu mereka sebenarnya sedang mencari seorang kanak kanak berusia 2 tahun yang dilaporkan Ya benar mereka berjaya menjumpainy...
Polis Tahan Tiga Suspek Dalang Jual Pil Kuda Gua Musang

Polis Tahan Tiga Suspek Dalang Jual Pil Kuda Gua Musang

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 485 hits
Tiga lelaki dipercayai dalang aktiviti penjualan pil kuda di Gua Musang Kelantan ditahan Selasa lalu Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata tangkapan itu dilakukan di dua lokasi berasingan di kampung berkenaa...
Masuk 6 Bulan Elfira Makin Nervous Bab Kelahiran Kalau Boleh Nak Bersalin Normal

Masuk 6 Bulan Elfira Makin Nervous Bab Kelahiran Kalau Boleh Nak Bersalin Normal

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 580 hits
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya...
Seruan Ini Yang Buat Perusuh Aksi 21 22 Mei Di Sarinah Makin Panas

Seruan Ini Yang Buat Perusuh Aksi 21 22 Mei Di Sarinah Makin Panas

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 247 hits
PMJ menggunakan metode scientific investigation menggunakan face recognition ini memerlukan waktu harus diperiksa satu per satu jelas Dedi
Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti Aura Kemenangan Pru15 Makin Dirasai

Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti Aura Kemenangan Pru15 Makin Dirasai

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 566 hits
Hari ini hari ketiga Zahid kembali menjadi Presiden selepas enam bulan berehat ekoran desakan dalaman parti yang mahukan beliau berbuat demikian Meskipun pada awal desakan mahu beliau berundur oleh Pemuda UMNO dijawab dengan kenyataan tegas...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Lyodra Teganya Kau Chord

Iman Troye Khianati Chord

Cerita Di Sebalik Lagu Qyiam

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero