Zul Ariffin Bersungguh Demi Sangkar






Zul Ariffin kini semakin mendapat kepercayaan untuk membawakan watak-watak yang lasak dan ekstrim.

Bermula dengan watak Jay Zulkarnain menerusi filem J Revolusi, kredibilitinya sebagai pelakon aksi terus diuji menerusi filem adaptasi novel, Tombiruo: Penunggu Rimba.

Tidak hanya cemerlang di atas kertas, penglibatan pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu turut mendapat maklum balas positif, khususnya dalam kalangan penggemar filem tempatan.

Terus mengembangkan portfolio seninya, Zul kini kembali dengan naskhah baharu berjudul Sangkar.

Berlainan dengan filem aksi yang pernah dilakonkan, naskhah arahan Kabir Bhatia tersebut menampilkan sisi berbeza Zul yang memegang watak sebagai peninju Mixed Martial Arts (MMA).

Ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan di ibu kota baru-baru ini, Zul mengakui teruja menantikan tayangan filem tersebut yang dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos depan.

Selain pertama kali menyaksikan sukan MMA diangkat ke layar lebar, idea penghasilan filem berkenaan juga merupakan buah fikiran Zul bersama rakannya, Saiful Reza.

Dalam masa yang sama, Zul turut berkongsi mengenai cabaran yang dilalui sepanjang sesi penggambaran dan kerjasama keduanya bersama Remy Ishak.



Zul, benarkah idea asal bagi filem Sangkar datang daripada anda?

ZUL: Sebenarnya, idea penghasilan filem Sangkar ini datang daripada saya dan sahabat saya, Saiful Reza. Idea tersebut timbul apabila menyaksikan sukan MMA semakin berkembang di Malaysia.

Jadi, mengapa tidak kita hasilkan sebuah filem yang berpaksikan sukan tersebut? Kami berasa sangat gembira kerana produser bagi filem ini, iaitu Infinitus Gold dan rakan-rakan kolaborasinya, Primeworks Studios, Astro Shaw serta mm2 Entertainment menyambut baik idea kami.

Penerimaan baik ini sekaligus menunjukkan bahawa pelakon juga mempunyai peluang untuk memberikan idea dan diolah dijadikan sebuah naskhah filem.

Individu yang terlibat dalam sukan MMA biasanya dilihat mempunyai bentuk tubuh yang tegap. Jadi, bagaimanakah anda mempersiapkan diri bagi menjayakan filem tersebut?

Secara realistik, berat badan ideal bagi seorang peninju MMA adalah sekitar 120 kilogram. Agak mustahil untuk saya menambah berat badan sebanyak itu.

Maklumlah, saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuat persediaan.

Tambahan pula, projek untuk Sangkar bermula selepas tamatnya penggambaran filem Misteri Dilaila.

Jadi, saya hanya berjaya mencapai berat 93 kilogram sahaja. Tetapi, asalkan tubuh saya nampak okey dalam skrin, itu sudah memadai.

Adakah anda mengalami kecederaan sepanjang menjalani penggambaran bagi filem berkenaan?

Tidak ada kecederaan parah tetapi kedua-dua lutut saya melecet kerana berlaku terlalu banyak pergeseran di lantai. Disebabkan hal itu, saya terpaksa membalut bahagian yang melecet tersebut sepanjang penggambaran.

Bagaimanakah pula dengan aksi lasak yang diketengahkan?

Ada beberapa babak yang kami lakukan secara betul-betul. Sebagai contoh, saya meminta Remy yang membawakan watak Johan untuk benar-benar memukul saya agar kami tidak perlu mengulangi babak berkenaan berkali-kali. Tetapi, perkara tersebut memerlukan persetujuan kedua belah pihak agar tiada yang berkecil hati.

Adakah ini merupakan kali pertama anda bekerjasama dengan Remy dalam sebuah filem?

Sebelum ini, saya pernah bekerja dengannya dalam filem Evolusi KL Drift 2. Ketika itu Remy sudah popular dan saya pula baru tiga bulan bergelar pelakon. Tidak sangka kami dipertemukan sekali lagi dalam filem ini. Jadi, rasa sangat istimewa dapat kembali bekerja dengannya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/zul-ariffin-bersungguh-demi-sangkar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekitar Pelancaran Filem Sangkar Lakonan Zul Ariffin Remy Ishak Mira Filzah

Sekitar Pelancaran Filem Sangkar Lakonan Zul Ariffin Remy Ishak Mira Filzah

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1261 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Saya Memang Tampar Betul Betul Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali

Saya Memang Tampar Betul Betul Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 391 hits
Pelakon Mira Filzah mengakui terpaksa menampar pelakon Zul Ariffin sebanyak enam kali bagi menjayakan sebuah babak menerusi filem terbaru Sangkar BACA Saya Bayangkan Zul Ariffin Sebagai Suami Saya Fathia LatiffMenurut Mira dia perlu berbuat...
Sinopsis Telefilem Sempurnakah Aku Lakonan Zul Ariffin Dan Erra Fazira

Sinopsis Telefilem Sempurnakah Aku Lakonan Zul Ariffin Dan Erra Fazira

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 2866 hits
First time tengok lakonan gandingan dua dua ni Lakonan Zul Ariffin masih lagi sweet dan berbisa macam sebelum ni juga walaupun sekarang hero pujaan ramai ini kelihatan lebih berisi Sebenarnya kalau tak silap telefilem ini dah ditayangkan da...
Demi Tekan Kekerasan Anak Menpora Apresiasi Program Pemuda Sahabat Anak

Demi Tekan Kekerasan Anak Menpora Apresiasi Program Pemuda Sahabat Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 301 hits
Terima kasih semoga program ini dapat memunculkan pemuda yang hebat bertanggung jawab dalam kepemimpinan keluarga dan sukses menjadi pemimpin publik Harus dimaksimalkan ini dengan pelatihan hingga penguatan karakter kata Menpora
Saya Akan Lakukan Apa Saja Demi Leon Rihana

Saya Akan Lakukan Apa Saja Demi Leon Rihana

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 262 hits
Saya Akan Lakukan Apa Saja Demi Leon RihanaKUALA LUMPUR 22 Julai Bekas isteri Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Rihana Oksana Petra akan melakukan apa sahaja untuk membesar anaknya Leon yang kini berusia dua bulan
Berjuang Demi Melayu Islam Negara Taik Kucing Tengok Jubor Pun Dah Gugur Iman

Berjuang Demi Melayu Islam Negara Taik Kucing Tengok Jubor Pun Dah Gugur Iman

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 1685 hits
Itupun ada hati penyokong balaci minta pemimpin taik kucing mereka jadi khalifah Memang lingkup Malaysia ni Itu jawapan aku pada pecacai najib yang kini tiba menyokong munafiqin dulupun tersungkur di PRU14 dah tewas tak serik Harap sangat c...
Korban Sarah Suhairi Demi Seni

Korban Sarah Suhairi Demi Seni

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 649 hits
Pada usia setahun jagung dalam industri penyanyi genit Sarah Suhairi antara yang dilihat konsisten melakar nama Sejurus tamat saingan program pertandingan nyanyian Big Stage dan menjuarai pertandingan tersebut pada tahun lalu Sarah pantas m...
Wow Pernah Bergelut Habiskan Nasi Lemak Demi Sara 7 Adik Dedah Rahsia Masak Sambal Paru Yang Sumpah Win

Wow Pernah Bergelut Habiskan Nasi Lemak Demi Sara 7 Adik Dedah Rahsia Masak Sambal Paru Yang Sumpah Win

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 658 hits
Pernah bergelut habiskan nasi lemak demi sara 7 adik gadis ini tak lokek kongsi rahsia masak sambal paru yang sumpah win Mimi membantu ibunya berniaga di bawah flat kediaman mereka JATUH bangun lumrah dalam perniagaan Bagi sesiapa yang tida...
Demi Bermain Game Online Tiga Pemuda Di Deli Serdang Nekat Curi Sepeda Motor

Demi Bermain Game Online Tiga Pemuda Di Deli Serdang Nekat Curi Sepeda Motor

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 311 hits
Tiga pemuda ditangkap polisi karena diduga telah melakukan pencurian sepeda motor di Tanjung Morawa Deli Serdang Sumut Dua di antaranya mengaku melakukan tindak pidana itu untuk mendapatkan uang yang digunakan untuk main game online di waru...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur