Zikir Hari Sabtu Laa Ilaha Ilallah
Zikir Hari Sabtu - Laa Ilaha Illallah. Mudahnya nak dapat pahala iaitu hanya dengan berzikir. Berzikir tak perlu waktu tertentu, dalam berbaring, tengah memandu, tengah makan sekalipun, masih boleh berzikir. Amalan zikir tak semesti kena laung kuat-kuat, tunjuk semua orang. Tidak ya kekawan. Cukup sekadar antara dirimu dengan Allah. Yang Maha Mendengar, walau kamu hanya membacanya di dalam hati sahaja. Mudah kan? Jomlah kita berzikir. Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Zikir Hari Sabtu Laa Ilaha Illallah. Zikir maksudnya mengingati Allah. Ia dilakukan berulang-ulang menyebut dan memuji Allah Yang Maha Besar, Pengasih dan Penyayang. Jika kita kasihkan Allah, percaya segala takdir yang ditimpakan ke atas kita adalah atas kehendak dan rencananya, maka ketepikan sedikit masa untuk mengingatinya bersungguh-sungguh dengan berzikir. Paling tidak, selepas solat fardhu, bacalah 33 kali zikir tersebut. Jika ada 5 waktu, anda dah buat 165 kali dengan mudahnya. Senang kan?
Jadi, apa amalan yang menenangkan hati tetapi mudah je nak buat. Tak perlu modal, tak payah pergi jauh-jauh untuk nak merawat hati yang risau tanpa sebab. Apa caranya? Ya... dengan berzikir maka hati jadi tenang.Baca juga:
1. Berdoa dengan asmaul husna ar Rahman2. Keberkatan Surah Yasin Dalam Kehidupan
Zikir Hari Sabtu Laa Ilaha Illallah
Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa.
Laa Ilaha Illallah
Maksudnya : Tiada Tuhan selain Allah
Bacalah 1,000 kali sehari
Bacaan zikir Laa Ilaha Illallah yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Sabtu, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah
Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir Laa Ilaha Illallah sunat dilazimi dibaca pada hari khamis supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu
Fadhilat berzikir Laa Ilaha Illallah Pada Hari Sabtu
1. La Ilaha Illallah Menjadi Pelindung Api Neraka Kalimat ‘La ilaha ilallah’ adalah pelindung api neraka, Dari Umar rodhiyallohu ‘anhu ia berkata : saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati diatas keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Yaitu kalimat laa ilaha illallah.” (HR. Hakim – Shohih Targhib wa Tarhib : 1528 ).
2. Kalimah Laa Ilaha Illallah menjadi jaminan masuk syurgaBaca juga:
1. Doa Bila Mendengar Berita Kematian2. Ayat al Quran Pagar Diri Dari Orang Jahat
Fadhilat dan kebaikan berzikirAda banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:
1. Allah sentiasa mengingatinya2. Menghalau syaitan3. Menanam rasa syukur4. Menambah cinta kepada Allah5. Membersihkan hati6. Membuang kebimbangan7. Mendapat kebaikan di dunia8. Mendapat ganjaran dari Allah9. Mendapat kebaikan di akhirat
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang luas dan banyak kepada kita semua. Jika sebelum ini kita malas nak buat, tak tahu nak susun zikir kita, maka diharap mulai sekarang kita dah mula bergerak. Kita ni pendosa yang nak ke syurga, jika tak dapat menandingi amalnya ulamak, jadilah kita seorang pendosa yang menangisi kisah silamnya dan mengharapkan ampunannya
Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/10/zikir-hari-sabtu-laa-ilaha-ilallah.html