Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy


ZIANA ZAIN DUTA RASMI CSA ACADEMY | Assalammualaikum semua! Tahniah Ruby ucapkan buat penyanyi kesayangan ramai iaitu Ziana Zain di atas perlantikan sebagai Duta Rasmi CSA Academy! Jelas melalui kredibiliti, integriti dan semangat juang Ziana Zain memikat CSA Academy melantik beliau sebagai duta.
Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain merupakan seorang penyanyi, pelakon, model, duta dan usahawan di Malaysia. Beliau bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, lalu dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara

Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. 
ZIANA ZAIN DUTA RASMI CSA ACADEMY


Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan adalah faktor utama CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang

CSA Academy juga meminjam liku perjalanan dan jerih Diva Pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan

“Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda

“Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat

“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” ujar Pengasas & Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong


Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan

Pelantikan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zin sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung dengan jaya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mac 2024

Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, Semangat Wira digubah. Semangat Wira bakal dilancarkan pada Mei 2024

“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” ujar Dr Jay lagi


Sementara itu Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diwar-warkan kepada semua

“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan

“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak

“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy

“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan

“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” ujar Ziana Zain

CSA ACADEMY MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024
Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024

Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse


Bercakap mengenai kolaborasi mereka, Ziana berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impian kembali mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi

Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran

Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticket2u.com.my/event/33770/csa-academy-mempersembahkan-ziana-zain-concert-2024

Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518

Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman
Jangan lepaskan peluang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/03/ziana-zain-duta-rasmi-csa-academy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 122 hits
SHAH ALAM Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil nafi diberikan notis rasmi peringatan penutupan parkir restoran miliknya Sebaliknya beliau berkata hanya diberikan peringatan berkenaan rancangan penutupan kawasa...
Rasmi Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 Rm500 Dibayar Jumaat Ini

Rasmi Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 Rm500 Dibayar Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 111 hits
Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 Pengumuman terkini daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim Hari ini PM mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini D...
Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 111 hits
Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor DAULAT TUANKU Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta zimYang di Pertuan Agong Merafak Sembah Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah...
Infinix Note 40 Series Rasmi Di Malaysia Selepas Kejayaan Pelancaran Peringkat Global

Infinix Note 40 Series Rasmi Di Malaysia Selepas Kejayaan Pelancaran Peringkat Global

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 108 hits
Infinix jenama teknologi bergaya yang direka untuk pengguna muda melancarkan siri telefon pintar terbaharunya siri NOTE 40 pada skala global semalam di Litar Antarabangsa Sepang Menampilkan kedua dua NOTE 40 dan NOTE 40 Pro 5G siri yang din...
Pn Man Claims Govt Offered Csa To Hamzah

Pn Man Claims Govt Offered Csa To Hamzah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 105 hits
However Ketereh MP Khlir Nor regrets that the confidence and supply agreement offered comes with conditions attached A Perikatan Nasional lawmaker has claimed that a confidence and supply agreement was offered to opposition leader Hamzah Za...
Jisoo Blackpink Jadi Duta Self Portrait Jana Lebih Puluhan Juta Dalam Masa 48 Jam

Jisoo Blackpink Jadi Duta Self Portrait Jana Lebih Puluhan Juta Dalam Masa 48 Jam

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 71 hits
Self Portrait telah mengumumkan kempen kolaborasi bersama Ji soo BLACKPINK buat koleksi musim bunga musim panas mereka ARTIKEL BERKAITAN Ji soo juga telah mencipta sejarah selepas menjadi penyanyi atau pemuzik pertama yang bekerjasama denga...
Ambil Hyeri Terpalit Kontroversi Han Sohee Dilapor Telah Dibuang Sebagai Duta Bank Terkemuka

Ambil Hyeri Terpalit Kontroversi Han Sohee Dilapor Telah Dibuang Sebagai Duta Bank Terkemuka

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 66 hits
Dengan isu yang meningkat mengenai percintaan Han So hee dan Ryu Jun yeol satu bank terkemuka Korea telah dilaporkan menggugurkan pelakon tersebut sebagai duta mereka ARTIKEL BERKAITAN Mengikut laporan media NH Bank telah membuat keputusan ...
Drama Jefri Zain

Drama Jefri Zain

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 103 hits
Saksikan drama penyiasatan Jefri Zain lakonan Ali Reza dan Fify Azmin mulai 18 Mac 2024 setiap Isnin dan Selasa pukul 8 malam di TV2 atau strim di RTMKlik Jefri ZainTarikh Tayangan 18 Mac 2024Waktu Siaran Isnin Selasa 8 00 malamRangkaian TV...
Pekerja Tempatan Paling Terjejas Akibat Boikot Kata Duta As

Pekerja Tempatan Paling Terjejas Akibat Boikot Kata Duta As

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 53 hits
USAHA berterusan memboikot perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel hanya akan merugikan rakyat Malaysia terutamanya pekerja tempatan kata Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Edgard D Kagan hari ini Bercakap kepada media...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024