Ziana Zain Cari Kekuatan Dari Surah Yasin
Setahun sudah berlalu, rumah tangga yang dibina selama 20 tahun akhirnya terlerai dalam rona putus terpaksa. Meskipun, kelibatnya tetap lincah, riaksinya sering bercanda ketika berurusan dalam mana-mana acara seni, namun siapa sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terbuku di sebalik hati insan seni bernama Ziana Zain
Untungnya Ziana, dia masih punya ibu bapa yang cukup memahami dirinya. Sebagaimana dua jiwa kesayangannya itu menyokong kerjaya seninya sedari dahulu, sebegitu erat juga pautan tangan ibu bapanya tatkala dia diuji dalam bahtera perkahwinan yang telahpun karam tahun lalu
Bangkit daripada kekecewaan, Ziana Zain bersandarkan seluruh kekuatan kepada Yang Maha Esa. Tuntutan agama menjadi sandaran bahu dalam menongkah ujian takdir yang tertulis
“Saya tinggal bersama bapa dan ibu saya. Mereka sangat rajin beribadat. Mereka tidak pernah tinggal solat Duha dan baca Yassin setiap kali selepas subuh. Saya tahu hikmah membaca surah Yassin sebab saya pernah buat satu ketika dahulu dan ianya menjadi apa yang saya minta pada waktu itu. Sekarang saya memberitahu diri saya at least sekali sehari untuk membaca Yassin. Tetapi waktu terbaik untuk membaca Yassin adalah di awal pagi. Sebab Yassin memberi satu semangat dan energi yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan. Saya rasa sangat seronok setiap kali selepas membaca Yassin. Sekarang baru saya faham nikmat itu apabila ibu saya berkata nak kalau boleh Yassin tu baca pagi-pagi kerana ia adalah pembuka kehidupan kita. Jikalau terlampau sibuk sekali pun, at least berzikir 33 kali dan selawat supaya Allah memudahkan urusan kita”, kata Ziana kepada team portal online patuh syariah Salam Today
Menurut Ziana lagi pada fasa kehidupannya sekarang tiada apa yang dipohonnya kepada Allah SWT melainkan diberikan kebahagiaan yang hakiki kepada dirinya dan anak-anak. Ziana juga tidak putus-putus berdoa kepada yang maha Esa supaya dipulihkan kembali semangatnya dan anak-anak supaya mereka sekeluarga dapat meneruskan kehidupan dan lupakan tentang kisah lalu
Kami doakan yang baik-baik buat insan bernama Siti Roziana Zain bersama keluarganya dalam kehidupan peribadi dan kerjaya. Semoga mendung berarak lalu, menghadirkan pelangi indha menghiasi langit biru. Stay stong, diva
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2019/05/ziana-zain-cari-kekuatan-dari-surah.html