Zara Sayang Mama Rakaman Terakhir Yang Meruntun Hati Warganet


Sebuah video berdurasi satu minit memaparkan perbualan telefon antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan ibunya, Noraidah Lamat, kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan warganet. Video itu dikongsikan oleh penceramah bebas, Marhamah Rosli, di laman Facebook miliknya dan segera menjadi tular kerana meruntun hati sesiapa yang menontonnya.
Rakaman Penuh Kasih Sayang Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara manja Zara Qairina, satu-satunya anak tunggal Noraidah, yang meluahkan kasih dan rindu kepada ibunya. Ucapannya seperti “I love you, ma. Zara sayang mama. Sayang. Cinta. Rindu.” menzahirkan betapa eratnya ikatan kasih sayang antara ibu dan anak tersebut. Noraidah pula berulang kali menasihati anaknya agar kuat dan berhati-hati menghadapi dugaan.
Suasana sayu dalam video itu telah mengundang air mata ramai yang menonton, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa itu merupakan antara perbualan terakhir antara mereka sebelum tragedi menimpa.
Tragedi Yang Meragut Nyawa Zara Qairina dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu. Dia kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) pada keesokan harinya.
Tragedi itu kini dalam siasatan pihak polis selepas timbul dakwaan kemungkinan berlaku unsur buli di sekolah tersebut.
Solidariti Warganet: #JusticeForZara Paparan suara penuh kelembutan dan kasih antara Zara dan ibunya nyata menyentuh perasaan masyarakat. Rata-rata warganet meluahkan simpati dan sebak terhadap nasib yang menimpa keluarga ini. Dalam masa yang sama, tanda pagar #JusticeForZara terus digunakan sebagai simbol solidariti dan gesaan agar siasatan dijalankan secara telus serta keadilan diberikan kepada arwah.
Suara Terakhir: Bukti Kasih Yang Tidak Ternilai Menurut Marhamah Rosli, rakaman suara tersebut dikongsi dengan keizinan ibu arwah sebagai bukti kasih sayang yang tulen. Beliau menegaskan bahawa suara itulah satu-satunya kenangan terakhir seorang ibu terhadap anak tunggalnya yang telah pergi buat selamanya. Kata Marhamah, “Rakaman ini disimpan kemas, kenangan terakhir. Suara satu-satunya anak yang ALLAH pinjamkan buat seorang ibu.”
Menangkis Fitnah, Menegakkan Kebenaran Namun, di sebalik kesedihan, Marhamah mendakwa wujud pihak yang menyebarkan naratif palsu mendakwa kononnya Zara membenci ibunya, selain dakwaan tidak berasas tentang punca sebenar kematian remaja itu.
Marhamah membidas tuduhan tersebut dengan tegas, menyatakan bahawa rakaman itu disiarkan bukan untuk memenangi hujah, tetapi demi menegakkan kebenaran yang tidak sempat disuarakan oleh arwah Zara sendiri.
Beliau turut menyeru masyarakat agar menilai rakaman itu dengan hati terbuka dan ikhlas. “Begitukah suara seorang anak yang membenci ibunya? Kalau benar kita masih punya hati dan perasaan, dengarlah rakaman ini dengan ikhlas,” katanya.
Menuntut Keadilan, Menolak Kebencian Marhamah turut menegaskan pentingnya mempertahankan maruah arwah yang tidak lagi mampu membela diri. Beliau menyeru agar fitnah dihentikan dan mengingatkan bahawa kebenaran akan tetap terbongkar akhirnya. Kata beliau, “Zara sudah tiada, tetapi maruahnya masih perlu kita pertahankan… fitnah itu mungkin nampak berjaya hari ini, tetapi lambat-laun ia akan berpatah balik kepada yang memulakannya.”
Beliau juga memberi peringatan bahawa kebencian tidak boleh dijadikan perisai untuk mempertahankan diri, dan menyeru kepada empati, bukan caci maki.
“Di mana hilangnya simpati? Ke mana tenggelamnya empati? Mempertahankan diri dengan menumbuhkan benci,” tulis Marhamah penuh kesal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/zara-sayang-mama-rakaman-terakhir-yang-meruntun-hati-warganet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 289 hits
Kes tragis yang menimpa adik Zara Qairina bukan sahaja menyayat hati malah mencetuskan trauma mendalam dalam kalangan ramai ibu bapa di Malaysia Segala bentuk perkongsian daripada pihak keluarga termasuk rakaman suara perbualan antara ibu d...
Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 265 hits
Di sebalik penderitaan fizikal dan tekanan hidup yang mencengkam sebuah keluarga kecil membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan adalah kekuatan utama dalam menghadapi ujian Kisah menyayat hati ini tular di TikTok apabila seorang warg...
Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 864 hits
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular di media sosial memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan seorang individu digelar Kak M adalah...
Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina No 7 Paling Meruntun Jiwa

Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina No 7 Paling Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 343 hits
Seluruh negara tersentak apabila berita kematian tragis pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir 13 yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar Sabah mengundang gelombang kesedihan dan desakan keadila...
Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Dan Ibu Tulen Minta Henti Sebar Spekulasi

Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Dan Ibu Tulen Minta Henti Sebar Spekulasi

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Seorang peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkenaan Kak M adalah rakaman sebenar Peguam Hamid Isma...
Tragedi Zara Qairina Dia Tengok Tengok Sudah Zara Takut Rakaman Suara Tular Dedah Tekanan Emosi

Tragedi Zara Qairina Dia Tengok Tengok Sudah Zara Takut Rakaman Suara Tular Dedah Tekanan Emosi

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 214 hits
Tragedi Zara Qairina Dia tengok tengok sekilas sudah Zara takut rakaman suara terbaru ini sekali lagi meruntun hati rakyat Malaysia Suara seorang anak yang cuba bersuara dalam ketakutan kini menjadi bukti betapa pentingnya ibu bapa dan piha...
Hti Hati Pkr

Hti Hati Pkr

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 207 hits
Zusdin YBM Ep 7 10 Kerusi Terakhir Kalau Reformis Gugur PKR Pun Terkubur 1 PKR menang 31 kerusi PRU15 Tapi Rafizi hanya yakin 10 kerusi yang benar benar selamat untuk PRU16 Baki 21 Silap langkah semua boleh hilang Mari kita tengok siapa jag...
Soffi Jikan Kembali Dirawat Di Hospital Disyaki Jangkitan Kuman Di Hati

Soffi Jikan Kembali Dirawat Di Hospital Disyaki Jangkitan Kuman Di Hati

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 186 hits
Pelakon terkenal Soffi Jikan dilaporkan kembali dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi kesihatan meskipun baru sahaja keluar daripada wad sebelum ini Menerusi perkongsian video di TikTok oleh kenalannya Hasyim aktor berusia 55 ...
Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia

Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Hari Malaysia Sara One Off

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi

Rose Merah Leha Manja Tulong Jago Hati Chord

Congested Bm Hospital To Be Expanded Says Mp

Hadi S Son In Law Allegedly Arrested Over Kg Sungai Baru Issue

Nothing Grows Forever