Zamani Saya Bukan Sombong Usaha Sendiri






Zamani seboleh-bolehnya mahu berusaha mencari duit dan berikhtiar sendiri bagi merawat masalah tulang bengkoknya yang dihidapinya.

Sejak pendedahan tentang masalah tulang bengkok yang dihadapi semasa menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim kelima sekitar setahun lalu, Zamani yang kini popular dengan lagu Aduh sering menerima tawaran daripada pelbagai pihak untuk merawat penyakitnya.

Bersyukur dengan rezeki yang disifatkan anugerah Allah buatnya, ironi, dalam diam, Zamani sebaliknya sering menolak kesemua tawaran berkenaan.

Akibat tindakan tersebut, terdapat segelintir pihak dengan mudah melabel vokalis kumpulan Slam itu sebagai sombong.

Tidak selesa dengan tohmahan yang diterima, Zamani akhirnya tampil berkongsi alasan peribadi berhubung penolakan kesemua tawaran berkenaan.

Adakah GV memberi impak terhadap kerjaya anda?

Zamani: Alhamdulillah selepas tamat GV rezeki saya melimpah-limpah dengan undangan persembahan pentas. Sejak tamat GV saya belum sempat untuk berehat sepenuhnya walaupun mempunyai hajat untuk merehatkan diri buat seketika.

Serba salah untuk saya menolak tawaran persembahan yang datang. Bagaimanapun, sementara ada pihak yang masih memerlukan khidmat saya, lebih baik saya fokus bekerja.

Sejujurnya saya penat, tetapi disebabkan mempunyai pengurusan yang bagus, jadual saya tersusun rapi di samping mendapatkan rehat mencukupi untuk melunaskan tanggungjawab sebagai penyanyi.

Bagaimana pula dengan dakwaan mengatakan anda telah menaikkan harga persembahan selepas tamat program GV?

Ya, ada sedikit kenaikan. Namun harga berkenaan tidaklah sehingga membebankan penganjur. Saya masih menerima tawaran dengan harga ‘kawan-kawan’ terutama dengan kenalan yang telah lama saya kenal sepanjang berada dalam industri.

Saya tidak pernah memilih tawaran persembahan. Jika tawaran datang kepada saya atau pengurus, insya-Allah saya akan lunaskan sebaik-baiknya.

Khabarnya sejak tamat GV, semakin ramai wanita cuba mendekati diri anda. Adakah benar khabar tersebut?

Jodoh dan maut di tangan Allah. Jika ditakdirkan saya tidak berkahwin dan bujang selama-lamanya, saya terima jika itu merupakan takdir-Nya.

Sudah tentu sebagai manusia saya sering berdoa kepada Allah untuk dipertemukan insan sesuai sebagai peneman hidup.

Untuk menjawab persoalan anda, sememangnya ada yang mendekati. Namun, sebagai kenalan biasa sahaja.

Bagaimanakan dengan masalah tulang bengkok yang anda hidapi. Adakah masih mengganggu perjalanan kerjaya anda sebagai penyanyi?

Seperti semua sedia maklum saya menghidap tulang bengkok. Penyakit itu hanya membataskan pergerakan tetapi saya masih mampu untuk mencari rezeki dengan kudrat yang ada.

Alhamdulillah, rakyat Malaysia ramai yang pemurah kerana ingin membantu saya. Saya menjadi malu dan bersyukur dengan kebaikan yang diterima.

Biarpun menerima pelbagai tawaran daripada insan-insan yang pemurah di luar sana, saya minta maaf kerana terpaksa menolak niat baik mereka.

Mengapa anda tidak menerima bantuan mereka sedangkan anda pernah berkongsi mengenai niat untuk merawat masalah tersebut?

Ya, benar saya ingin merawat masalah yang dihidapi. Bagaimanapun, biarlah saya berusaha sendiri untuk merawat masalah ini kerana saya masih mampu ikhtiar.

Akibat sering menolak bantuan daripada pelbagai pihak, ada yang melabel saya sebagai sombong. Saya tidak sombong, sebaliknya hanya mahu berusaha sendiri.

Mungkin pada masa depan, jika saya tidak lagi mampu untuk berdikari, saya akan menerima bantuan daripada orang ramai. Buat masa ini, Allah masih izinkan saya berikhtiar.

Lagu baharu anda bertajuk Aduh sentuhan Faizal Tahir menerima maklum balas positif daripada peminat. Bagaimana pula pendapat anda mengenai lagu berkenaan?

Saya terlibat secara langsung dengan lagu itu bermula daripada proses penulisan sehingga rakaman. Faizal seorang yang genius, dia masih mengekalkan elemen Zamani dalam sisi muzik yang dibawa.

Biarpun telah merakamkan banyak lagu, Aduh antara yang saya kategorikan sebagai mencabar. Apabila mendapat respons positif, saya amat bersyukur.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/zamani-saya-bukan-sombong-usaha-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengintip Pekerjaan Anak Konglomerat Indonesia Usaha Sendiri Tanpa Bantuan Ortu

Mengintip Pekerjaan Anak Konglomerat Indonesia Usaha Sendiri Tanpa Bantuan Ortu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 372 hits
Padahal orangtua anak anak ini konglomerat di Indonesia dengan kekayaan berlimpah Namun mereka tetap mandiri dengan menjalani karier sesuai keahliannya
Terkini Pengundi Rantau Berdebat Sesama Sendiri

Terkini Pengundi Rantau Berdebat Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 260 hits
Rata rata pengundi yang ditemui pada 2 hari terakhir kempen berdebat sesama sendiri mengenai pilihan masing masing pada 13 april ini Ada yang menyokong tokmat ada yang menyokong dr streram tetapi semuanya akan terjawab pada malam sabtu ini ...
Dulu Dik3cam Kini Pada Umur 12 Tahun Gadis Ini Mampu Beli Kereta Bmw Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

Dulu Dik3cam Kini Pada Umur 12 Tahun Gadis Ini Mampu Beli Kereta Bmw Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 808 hits
Masih ingatkah anda dulu waktu kecil terutamanya bagi budak perempuan yang diam diam mencuba barangan kosmetik milik ibu hanya untuk berdandan dan berangan dihadapan cermin Sama halnya dengan Natthanan seorang gadis cilik berasal daripada T...
Maksud Mimpi Melihat Tubuh Sendiri

Maksud Mimpi Melihat Tubuh Sendiri

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 574 hits
Adakah awak ada baca apa apa doa sebelum tidur Mungkin ia sekadar mimpi mainan tidur atau usikan syaitan yang nak takutkan awak Abaikan sahaja dan minta perlindungan dengan Allah daripada sebarang bahaya dan jika anda pernah bermimpi tentan...
Tmj Jangan Ajar Itik Berenang Perhati Siasah Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Tmj Jangan Ajar Itik Berenang Perhati Siasah Diri Sendiri Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 853 hits
Tolong jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan persekutuan TMJ jangan ajar itik berenang Urusan dan pentadbiran kerajaan persekutuan tiada kena mengena dengan TMJ Sebenarnya TMJ tak menghormati undang undang serta tidak memahami perlemba...
Nadiya Nisaa Selesa Jaga Anak Sendiri Berat Hati Ambil Maid Sebab Macam Macam Kes

Nadiya Nisaa Selesa Jaga Anak Sendiri Berat Hati Ambil Maid Sebab Macam Macam Kes

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 851 hits
Pelakon Nadiya Nisaa dan suami Saiful Razman punya pendirian sendiri untuk membesarkan kedua dua anaknya yang masih kecil Tegas Nadiya dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak anaknya terutama anak bongsunya Aminah Rose ...
Jom Buat Sendiri Aiskrim Coklat Van Houten Homemade

Jom Buat Sendiri Aiskrim Coklat Van Houten Homemade

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 364 hits
Buat sendiri aiskrim homemade untuk kudapan seisi keluarga Kita boleh pantau bahan bahannya terutama gula Kalau rasa nak kurangkan gula pun OK Tidaklah manis sangat kan RASA kongsikan resipinya untuk anda semua AISKRIM COKLAT VAN HOUTENBaha...
Tergiur Bonus Barang Antik Guru Renang Tertipu Teman Sendiri Rp 95 Juta

Tergiur Bonus Barang Antik Guru Renang Tertipu Teman Sendiri Rp 95 Juta

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 224 hits
Sri yang berprofesi sebagai pelatih renang mengatakan awalnya dirinya ditawari oleh Anita barang barang antik berupa keris pusaka dan pedang milik seorang bos dengan harga Rp 95 juta
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash