Zaloraya 2019 Bertemakan Klasik Wayang Kulit
Acara Pertunjukan Fesyen Zaloraya 2019 kini kembali dengan pengalaman yang berbeza, bertemakan klasik wayang kulit. Sebuah pertunjukan fesyen kolektif yang dinanti-nantikan turut menampilkan ZALORAYA2019 pop-up dalam masa sehari.
Permainan tradisional tempatan adalah tema untuk acara tahun lepas. Bagi ZALORAYA2019, wayang kulit iaitu sebuah peninggalan budaya Malaysia yang biasanya sering ditemui di Kedah dan Kelantan telah menjadi tumpuan.
ZALORA dengan bangganya berkolaborasi dengan Boost mempersembahkan kepulangan ZALORAYA di mana sebuah pertunjukan fesyen tahunan yang kolektif akan berlangsung pada 14 Mac 2019 di Black Box, Publika. ZALORAYA2019 bakal menonjolkan barisan nama-nama unggul dalam arena fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi, Syomirizwa Gupta, Afiq M, Ezzati Amira, Nurita Harith dan banyak lagi. Tahun ini, ZALORAYA2019 akan mengadakan pop-up sehari bersebelahan White Box, memberikan peluang kepada pembeli untuk mendekati fesyen dan jenama Zalora secara peribadi.
Bagi pengalaman khas luar talian , ZALORAYA pop-up di White Box, Publika membolehkan pembeli untuk melibatkan diri ke dalam dunia ZALORA. Pasaran kecantikan khas juga menampilkan pelbagai jenama kecantikan seperti Foreo, Laneige dan The Face Shop yang turut dipamerkan untuk pembelian luar talian on-the-spot serta menawarkan diskaun eksklusif. Semua pembeli di pop-up ini boleh juga mengambil bahagian dalam pengalaman kecantikan secara percuma dengan goodie bag eksklusif ZALORAYA2019 yang penuh dengan produk jenama kecantikan terpilih yang boleh di dapati di ZALORA termasuk Laneige, Benefit Cosmetics, Pure Theory dan banyak lagi. Pembeli hanya perlu melawat setiap vendor kecantikan serta mengambil bahagian dalam acara mereka dan mengumpul beg cenderahati mereka setelah selesai.
Selain itu, pembeli boleh melihat dengan lebih dekat produk dan jenama yang mereka gemari serta ambil gambar di tempat yang terletak di sekitar ruang pop-up. Tarikan lain di ZALORAYA2019 pop-up termasuk penampilan tetamu khas pengasas kecantikan Ameera Khan daripada LMK Cosmetics untuk tampil membuat tutorial kecantikan.
Boost juga akan menawarkan promosi eksklusif apabila anda membeli-belah dengan aplikasi e-wallet mereka. Daripada 14 Mac hingga 30 Jun 2019, pelanggan yang membelanjakan minimum RM250 di ZALORA akan menerima diskaun tambahan 25% dan rebat tunai sebanyak RM18 apabila mereka membayar dengan Boost. Guna kod ‘BOOSTZALORAYA’ semasa check-out mengikut terma & syarat.
Persembahan pereka ZALORAYA 2019 akan dipamerkan dalam tiga slot yang berbeza iaitu pada pukul 2 petang, 5 petang dan 8 petang yang menjanjikan pengalaman fesyen yang belum pernah dilihat sebelum ini. ZALORAYA2019 juga julung kalinya mempamerkan koleksi plus size, di samping penampilan Make Up Forever sebagai penaja solekan. Sewaktu pertunjukan fesyen, peminat fesyen boleh tonton melalui live stream ZALORA di laman web dan aplikasi mudah alih. Selain itu, pelanggan ZALORAYA pop-up juga akan dapat menonton di skrin besar untuk pengalaman yang lebih dekat.
Sejumlah koleksi ZALORAYA2019 sudah disediakan untuk pembelian di zalora.com.my. Ikuti perkembangan terbaru & pelancaran ZALORA di http://www.zalora.com.my/women/hari-raya .
The post Zaloraya 2019 Bertemakan Klasik Wayang Kulit appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/zaloraya-2019-bertemakan-klasik-wayang-kulit/