Zakir Naik Buat Laporan Polis Terhadap Lima Pemimpin




SHAH ALAM - Penceramah bebas, Dr Zakir Naik menamakan lima individu atas tuduhan memfitnah beliau menerusi laporan polis yang dibuatnya hari ini.

Mereka ialah Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam, Satees Muniandy dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis J Ignatius.

Zakir atau nama sebenarnya Zakir Abdul Karim Naik membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun, Baharudin berkata, laporan itu kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan laporan polis dibuat Zakir, pendakwah dari India itu mendakwa kelima-lima individu yang dinamakan telah memfitnah berdasarkan kenyataan disiarkan di media sosial dan laman sesawang mereka berhubung syarahan dibuatnya di Kota Bharu Kelantan pada 8 Ogos lalu.

Dalam laporan itu, Zakir turut menyenaraikan 11 pautan artikel yang didakwa kenyataan fitnah dibuat oleh lima individu dinamakan itu.

Zakir berkata, kenyataan media dan artikel berkenaan telah memesong dan mengelirukan orang ramai berhubung maksud sebenar ceramahnya semasa berdakwah mengenai keamanan serta keharmonian antara rakyat di negara ini.

"Kelima-lima mereka telah memetik kenyataan di luar konteks dalam jawapan terhadap salah satu soalan diajukan selepas ucapan saya mengenai topik 'Salah fahaman tentang Islam' dan jelas sekali mereka memutar belit dan memanipulasi kenyataan saya untuk agenda politik mereka.

"Semasa ceramah itu, syarahan sebenarnya adalah memuji Malaysia yang mengamalkan cara Islam sebenarnya dalam layanan terhadap minoriti penganut Hindu dan menegakkan hak-hak kepada mereka, yang mana ini adalah sesuatu yang gagal dilakukan oleh kerajaan India dalam menangani masyarakat minoriti negara itu," katanya.

Menurut Zakir, kenyataan memfitnah itu turut merosakkan dan menjejaskan reputasi, kedudukan dan kredibilitinya serta mengaitkan beliau dengan skandal, kebencian dan penghinaan yang tidak terhingga di mata orang ramai.

"Tuduhan dan hasutan tidak berasas itu telah mewujudkan ketidakharmonian dalam masyarakat dan mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat Malaysia yang aman," katanya.

Zakir berkata, pautan kenyataan disenaraikan daripada lima individu yang dinamakan telah memberi gambaran dirinya sebagai seorang yang mempunyai perwatakan tidak baik dan kenyataan itu sama sekali tidak berasas serta fitnah.

Susulan itu, katanya, laporan dibuat bagi membolehkan polis melakukan siasatan ke atas lima nama yang dinyatakan kerana memfitnah dirinya dan menimbulkan ketidakharmonian kaum serta kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/08/zakir-naik-buat-laporan-polis-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 100 Laporan Polis Dibuat Terhadap Zakir Naik

Lebih 100 Laporan Polis Dibuat Terhadap Zakir Naik

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 436 hits
MALAYAIAKINIPolis sedang menyiasat pendakwah Dr Zakir Naik mengenai kenyataannya semasa berucap di Kelantan minggu lalu Menurut Bernama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed memaklumkan sebanyak 115 laporan polis telah ...
Zakir Akan Naik Bukit Aman Lagi Untuk Disoal Siasat Polis

Zakir Akan Naik Bukit Aman Lagi Untuk Disoal Siasat Polis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 406 hits
MALAYSIAKINI Polis akan terus menyoal siasat pendakwah Zakir Naik di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Isnin ini berhubung kenyataannya mengenai warga Malaysia yang beragama Hindu dan berketurunan Cina Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah...
Bekas Ketua Polis Negara Persoal Bukti Waran Tangkap Interpol Zakir Naik

Bekas Ketua Polis Negara Persoal Bukti Waran Tangkap Interpol Zakir Naik

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 471 hits
Jika korang perasan sekarang semakin banyak pihak yang kita dapat lihat takut dan tidak puas hati dengan agama Islam Ini mungkin kerana kebebasan bersuara yang telah diberikan kerajaan sekarang dan ia seakan semakin tidak terkawal Antara is...
Peguam Tiada Undang2 Membenarkan Polis Melarang Zakir Naik

Peguam Tiada Undang2 Membenarkan Polis Melarang Zakir Naik

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 256 hits
Selepas Dr Zakir Naik dilarang menyampaikan ceramah awam timbul persoalan termasuk di media sosial sama ada tindakan polis itu sah Menurut ketua komunikasi korporat polis Asmawati Ahmad sekatan itu dikeluarkan berdasarkan Seksyen 3 Akta Pol...
Dakwaan Ceramah Dr Zakir Naik Berbaur Provokasi Serahkan Kepada Pihak Polis

Dakwaan Ceramah Dr Zakir Naik Berbaur Provokasi Serahkan Kepada Pihak Polis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 483 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Polis Nasihatkan Penganjur Batal Ceramah Zakir Naik Di Perlis

Polis Nasihatkan Penganjur Batal Ceramah Zakir Naik Di Perlis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 399 hits
Polis menasihatkan ceramah Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung di Masjid Al Hussain Kuala Perlis pada jam 10 malam Sabtu dibatalkan Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd arahan itu dikeluarkan bagi menjaga ketenteraman aw...
Polis Akan Siasat Zakir Naik Kata Moorthy

Polis Akan Siasat Zakir Naik Kata Moorthy

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 390 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy hari ini menyeru masyarakat India Malaysia bertenang berhubung ucapan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik mengenai kesetiaan mereka kepada perdana menteri Waytha yang bertanggungjawab ter...
Zakir Naik Disoal Siasat Berjam Jam Polis Kunci Mulut

Zakir Naik Disoal Siasat Berjam Jam Polis Kunci Mulut

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 396 hits
Diterbitkan Hari ini 9 22 malamPendakwah kontroversi Dr Zakir Naik menghabiskan beberapa jam di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk memberi keterangan Pendakwah warganegara India itu dipercayai tiba sebelum jam 3 petang lagi iaitu sebelum pe...
Polis Akan Panggil Zakir Naik Dong Zong Dan Taikun Perak

Polis Akan Panggil Zakir Naik Dong Zong Dan Taikun Perak

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 365 hits
August 15 2019 7 50 PMPETALING JAYA Polis akan memanggil pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan taikun Perak Koon Yew Yin selepas menerima beberapa laporan yang dibuat terhadap mereka Menteri Dalam Negeri...
Nasi Ambeng Di Selangor

Bunuh Diri Atau Dibunuh

Barang Branded Vs Barang Fake Mana Lagi Sesuai

Yummy Healthy Chicken Recipes You Can Freeze

Majlis Khawin Lagi Idlan Nurul

Smooth Morning Traffic Nationwide As School Holidays End

After Timah Whiskey Malaysia Faces Another Alcohol Name Controversy In Santubong Beer

Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta No 7 Ramai Selalu Buat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Roblox Lebuhraya Karak Berwajah Baru Live

Mengapa Ramai Guru Di Malaysia Berasal Dari Kelantan

Resipi Kek Marble Fatimah Tajudin

The Colours Of Life Kembali Ke Sekolah

Fattah Amin Amira Othman Pilih Gaya Sederhana Ketika Bulan Madu Di Switzerland

Memandulkan Kucing Di Klinik Veterinar Ipoh Panduan Lengkap Untuk Pemilik Haiwan