Zakir Naik Boleh Merancang Mencari Negara Yang Sudi Menerimanya




Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menarik balik status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik sekiranya siasatan polis mendapati pendakwah kontroversi itu melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.“Kita (kerajaan) boleh tarik balik status penduduk tetapnya jika dia (Dr Zakir) melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini.“Pada masa ini, polis sedang menyiasat (sama ada) dia melakukan kesalahan itu atau tidak.“Sudah tentu, jika dia melakukan kesalahan, kita perlu menarik balik status penduduk tetapnya,” kata Tun Mahathir lagi.Menurut Tun Mahathir, kerajaan juga akan mengambil tindakan menghalang Dr. Zakir daripada terus membuat ucapan yang provokatif yang dilihat cuba melaga-lagakan masyarakat berbilang kaum di negara ini.Apakah maksud kenyataan Tun Mahathir ini?Adakah kenyataan terbaru Tun Mahathir ini suatu bayangan bahwa status PR Dr. Zakir akan ditarik tidak lama lagi?Rasanya kecenderungan Tun Mahathir memang ke arah itu sekarang ini.Kenyataan beliau ini jelas berbeza dengan pendiriannya beberapa hari lalu yang bertegas menyatakan Dr Zakir tidak akan dihantar pulang ke negara asalnya, India.Kata Tun Mahathir, jika dihantar pulang, pendakwah itu bukan saja tidak akan mendapat perbicaraan yang adil, malah mungkin akan terancam nyawanya.“Kita dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapa, tapi kita tiada pilihan selain melindunginya,” tambah Tun Mahathir lagi.Tetapi, dengan menunggu hasil siasatan polis terlebih dahulu sebelum statusnya PR Dr Zakir boleh dibatalkan, Tun Mahathir nampaknya sudah menyediakan perlindungan buat dirinya daripada kemungkinan kecaman ramai atas tindakan tersebut.Ini bermakna, tindakan membatalkan PR itu sekiranya dilakukan, ia bukan kerana beliau akur atau tunduk kepada desakan menteri-menteri DAP yang mahukan beliau berbuat demikian, tetapi kerana hasil siasatan polis yang mendapati pendakwah itu telah melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.Dengan itu, jika ada kecaman ramai terhadapnya, Tun Mahathir sedia dengan sandaran bahawa beliau lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini.Dan sebagai ketua kerajaan, memang itulah yang sewajarnya menjadi keutamaan beliau sebagai Perdana Menteri.Lebih-lebih lagi kerana polis terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menterinya ialah Muhyiddin Yassin, sekali lagi Tun Mahathir juga ada perlindungan lapisan kedua untuk dirinya dalam pembatalan status PR Dr Zakir itu.Bererti, beliau dan kerajaan hanya bertindak membatalkan status PR Dr Zakir atas faktor keselamatan dan kesejahteraan rakyat setelah disiasat oleh pihak polis serta diperhalusi oleh Kementerian Dalam Negeri.Dalam pada itu, dengan Dr Zakir sendiri sudah diambil keterangannya selama berjam-jam oleh polis Bukit Aman malam tadi, kebarangkaliannya ialah hasil siasatan polis itu akan diserahkan kepada kerajaan dalam waktu yang terdekat ini.Yang pasti, dengan perkembangan terbaru ini, Dr Zakir bolehlah mula mencari mana-mana negara lain yang sedia menerimanya, jika beliau berkeras tidak mahu kembali ke India, negara kelahirannya untuk berdepan perbicaraan di sana.Tempoh beliau dibenarkan berada di negara ini sudah semakin singkat sebenarnya. (Shahbudindotcom 16/08/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/zakir-naik-boleh-merancang-mencari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Polis Negara Persoal Bukti Waran Tangkap Interpol Zakir Naik

Bekas Ketua Polis Negara Persoal Bukti Waran Tangkap Interpol Zakir Naik

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 519 hits
Jika korang perasan sekarang semakin banyak pihak yang kita dapat lihat takut dan tidak puas hati dengan agama Islam Ini mungkin kerana kebebasan bersuara yang telah diberikan kerajaan sekarang dan ia seakan semakin tidak terkawal Antara is...
Alasan Negara Negara Yang Melarang Zakir Naik

Alasan Negara Negara Yang Melarang Zakir Naik

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 339 hits
Zakir Naik dilarang ceramah di negara negara ini Apa alasannya
Isu Zakir Naik Mencari Penyelesaian

Isu Zakir Naik Mencari Penyelesaian

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 347 hits
Lima bulan lalu saya menulis satu artikel untuk The Edge Malaysia Weekly mengenai penceramah Dr Zakir Naik Pada hemat saya ia masih relevan walaupun lima bulan sudah berlalu Artikel asal saya mulakan dengan menghuraikan sebilangan orang Mel...
Pm Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik

Pm Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 365 hits
SEPANG Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata status penduduk tetap pendakwah Islam Dr Zakir Naik boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya terbukti menjejaskan kesejahteraan negara Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan menung...
Dr Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Seluruh Negara

Dr Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 380 hits
Polis Diraja Malaysia melarang pendakwah terkenal Dr Zakir Naik daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporatnya Datuk Asmawati Ahmad yang menyatakan ia dilakukan demi keselamatan negara...
Zakir Naik Tak Boleh Naik Ceramah

Zakir Naik Tak Boleh Naik Ceramah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 525 hits
SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA MENGADU KEPADA TUHAN AND TUNGGU BALA DARI ALLAH S W T MACAM INGATAN MACAM AMARAN Ambil tindakan undang undang adil menyeluruh News Diterbitkan Hari ini 10 44 malam Dikemaskini Hari ini 10 44 malam Mengakui Dr Zaki...
Pendirian Tun M Sudah Jelas Zakir Naik Nampaknya Tidak Diperlukan Lagi Di Negara Ini

Pendirian Tun M Sudah Jelas Zakir Naik Nampaknya Tidak Diperlukan Lagi Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 933 hits
Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad mengenai Dr Zakir Naik barangkali tidaklah sukar difahami oleh sesiapa Daripada sebelumnya beliau mempertahankan pendakwah itu kemudian berkata terserah kepada siasatan polis sama ada ceramahnya menggu...
Fallout In Keeping Zakir Naik

Fallout In Keeping Zakir Naik

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 318 hits
Civil liberties lawyer Syahredzan Johan alleged that he received a death threat via Facebook yesterday after he suggested that authorities rescind controversial India born preacher Dr Zakir Naik s permanent resident status here Syahredzan J...
Zakir Naik Grilled For Hours Bukit Aman Tight Lipped

Zakir Naik Grilled For Hours Bukit Aman Tight Lipped

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 772 hits
Controversial Muslim preacher Dr Zakir Naik spent several hours being questioned at the police headquarters in Bukit Aman The Indian born preacher is believed to have reached Bukit Aman before 3pm which when members of the media arrived Aft...
Keningau Voters Weigh Dynasty Politics Against Village Realities

Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram

Istanbul Aku Datang Day 1

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Nak Makan Rambutan Pun Kena Beli Dah

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi Atau Tidak

Masjid Quba Kali Kedua Pergi Naik Buggy

10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu

Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari