Zakat Ke Atas Harta Seperti Pinggan Mangkuk Buku Atau Pakaian



SOALAN:
Kalau menyimpan sejumlah wang atau memiliki barangan kemas, orang Islam diharuskan mengeluarkan zakat. Bagaimana pula dengan hukum menyimpan pinggan mangkuk, buku-buku atau pakaian tetapi tidak digunakan? Apa yang perlu dilakukan?

JAWAPAN:
Allah swt berfirman:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Taubah: 103)

Berkata Imam Fakhruddin al-Razi: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menunjukkan kepada bahawa kadar yang diambil dari bahagian harta itu bukan kesemuanya, kerana kadar bahagian tersebut tidak disebut di sini dengan lafaz yang jelas. Akan tetapi perkara yang disebut di sini ialah firman-Nya: “sedekah”, yang dimaklumi sebagai bukan bermaksud untuk menjadikannya nakirah (lafaz umum, bukan spesifik) sehingga memadailah untuk mengambil sebahagian juzuk sahaja, sekalipun jumlah yang paling sedikit, contohnya sebiji bijirin daripada gandum, atau sedikit emas daripada kualiti yang rendah.

Maka mestilah perkara yang dikehendaki daripada ayat ini adakah suatu sedekah yang diketahui sifatnya, caranya dan kuantiti, di sisi mereka, sehingga firman-Nya menyebut: “Ambillah dari harta mereka menjadi sedekah”, suatu arahan untuk mengambil sedakah itu secara yang maklum. Sedekah (atau zakat) yang telah diterangkan oleh Rasulullah saw yakni diambil zakat seekor bint makhad dari dua lima ekor unta dan seekor bint labun dari tiga puluh enam ekor unta, sehingga yang selain dari itu daripada susunannya. Maka jadilah firman-Nya: “Ambillah dari harta mereka menjadi sedekah,” suatu arahan bahawa sedekah itu diambil daripada barang dan bilangan tertentu, yang mana secara zahirnya bermaksud arahan yang wajib.”

[Rujuk Mafatih al-Ghaib (16/134-135)]

Syeikh Muhammad al-Zuhaili berkata: “Sesungguhnya zakat harta itu diwajibkan ke atas pemilik harta. Akan tetapi, zakat itu tidak berkaitan dengan semua jenis harta yang seseorang itu miliki. Hanya sanya zakat itu terhad kepada harta yang boleh dikembangkan secara hakikat, realiti dan perbuatan, atau dengan kekuatan sehingga ia boleh dikembangkan sekalipun pemiliknya tidak mampu mengembangkannya sendiri.

Maka perkembangan itu adalah asas yang berkait dengannya zakat ke atas harta benda itu. Justeru, apabila suatu harta itu menerima perkembangan dan pertambahan maka zakat dikaitkan dengan secara mengikut, lalu dikeluarkan suatu nisbah kecil daripada pertumbuhan itu dan kekallah jumlah asal harta itu kepada pemilik, dan jumlah asal itu tidak dikenakan zakat dan tidak pula mengurangkannya. Oleh itu, wujudlah suruhan untuk menumbuhkan harta daripada pelbagai sudut yang dibenarkan oleh Syarak supaya pemilik itu dapat mengambil faedah daripada pertumbuhan ini dan pihak lain juga.

Adapun harta yang jumud yang tidak bergerak, iaitu harta yang pemilik itu mengkhususkan untuk keperluannya sahaja seperti rumah, kereta, perabot, dan pekakas-pekasan kerja, dan selainnya, maka tidak ada zakat ke atasnya. Ini kerana jika diwajibkan zakat ke atasnya sedangkan ia tidak mampu dikembangkan, nescaya hukum zakat akan menghabiskan harta itu dalam tempoh 40 tahun atau lebih cepat dari itu, sehingga terjadilah bahaya terhadap pemiliknya itu sebagai permulaan, kemudian terhadap masyarakat dan umat sebagai pihak seterusnya. “

[Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/27)]

Terdapat lima jenis harta yang menepati kriteria harta boleh kembang yang dikenakan zakat:

• Haiwan ternakan yakni unta, lembu dan kambing.
• Al-Mu`asysyarat yakni makanan ruji seperti gandum dan beras, dan buah-buahan yakni kurma dan anggur.
• Duit seperti emas, perak dan duit kertas.
• Harta perdagangan.
• Harta galian daripada emas dan perak, termasuk harta karun.

[Rujuk Ibid (2/27)]

Inilah jenis harta yang diwajibkan zakat dalam mazhab Syafie. Namun, sesuai dengan perkembangan zaman, para ulama’ telah meluaskan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat dan ketetapan ini berbeza mengikut mazhab atau negeri-negeri melalui pihak pemerintah. Walau bagaimanapun, perbezaan pendapat itu hanya seputar aplikasi prinsip harta boleh kembang sebagai kriteria wajib zakat.

Adapun barang-barang seumpama buku-buku, pinggan mangkuk, dan pakaian, ia tidak dinaskan oleh syarak sebagai harta zakat. Tambahan lagi sifatnya tidak boleh dikembangkan, kecuali jika dijual beli maka masuklah dalam zakat perniagaan, sedangkan jika ia tidak diniagakan, maka ia tidak dapat dikembangkan lantaran nilainya sebagai keperluan manusia bersifat sangat relatif.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan rezeki yang diberkati apabila kita menunaikan ibadat zakat. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/zakat-ke-atas-harta-seperti-pinggan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Jadi Mak Ayah Budak Tapi Takda Akal Netizen Berang Individu Tak Sensitif Tinggal Pampers Atas Pinggan Kenduri

Dah Jadi Mak Ayah Budak Tapi Takda Akal Netizen Berang Individu Tak Sensitif Tinggal Pampers Atas Pinggan Kenduri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 616 hits
Majlis perkahwinan diadakan adalah untuk meraikan dan juga memperkenalkan pasangan pengantin baru kepada komuniti setempat Tetamu yang datang akan diraikan dengan menghidangkan pelbagai aneka makanan oleh pihak tuan rumah Kenduri yang diada...
Tetamu Majlis Kahwin Paling Bodo Dalam Malaysia Tetamu Tinggalkan Pampers Berisi Najis Atas Pinggan

Tetamu Majlis Kahwin Paling Bodo Dalam Malaysia Tetamu Tinggalkan Pampers Berisi Najis Atas Pinggan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 426 hits
The Reporter Tetamu majlis kahwin paling bodoh dalam Malaysia demikian tweet Faqihuddin mengenai kebiadaban tetamu majlis yang meninggalkan lampin pakai buang berisi najis di atas pinggan Menurut Faqihuddin majlis perkahwinan itu diadakan d...
Nadia Minta Maaf Cara Pakaian Seperti Persenda Islam

Nadia Minta Maaf Cara Pakaian Seperti Persenda Islam

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 450 hits
MALAYSIAKIN Pelakon Nadia Brian mendapat perhatian berikutan cara pemakaiannya yang mengenakan selendang dan baju mendedahkan dada sehingga dikatakan mempersendakan agama Islam Menyedari perkara itu Nadia tampil memohon maaf sekiranya fesye...
Luncurkan Buku Dignity Dita Soedarjo Ajak Perempuan Bangkit Dari Kegagalan

Luncurkan Buku Dignity Dita Soedarjo Ajak Perempuan Bangkit Dari Kegagalan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 242 hits
Lewat buku tersebut Dita menceritakan ingin membantu perempuan muda agar bangkit kembali walaupun mengalami kegagalan
Topeng Muka Perlu Ditukar Atau Dicuci Selepas Pakai Empat Ke Enam Jam

Topeng Muka Perlu Ditukar Atau Dicuci Selepas Pakai Empat Ke Enam Jam

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR 21 Sept Orang ramai dinasihat supaya menukar atau mencuci topeng muka selepas menggunakannya selama empat hingga enam jam bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit lain dalam keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini Penge...
Bukan Facebook Atau Google Ini Perusahaan Pemberi Gaji Terbesar

Bukan Facebook Atau Google Ini Perusahaan Pemberi Gaji Terbesar

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 150 hits
Gaji besar menjadi salah satu faktor pemikat seseorang memilih perusahaan lokasi kerja Situs karier Glassdoor mengumpulkan dana total gaji tahunan dari perusahaan perusahaan beken di Amerika Serikat Ternyata 10 besar perusahaan dengan total...
Manfaat Baca Buku Cerita Kepada Anak Anak

Manfaat Baca Buku Cerita Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 382 hits
Manfaat Baca Buku Cerita Kepada Anak anak As a Parents kita nak beri yang terbaik untuk anak kita Kalau anak kita masih kecil The post appeared first on
Sufian Suhaimi Bakal Lancar Buku Puisi Kisah Hidup

Sufian Suhaimi Bakal Lancar Buku Puisi Kisah Hidup

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 736 hits
Mengikut jejak langkah Fattah Amin Sufian Suhaimi pula bakal melancarkan buku puisi mengenai suka duka kisah hidupnya Buku berjudul Senanduka Sufian Suhaimi The post appeared first on
Diyakini Mengandung Sihir Sungguhan Sd Di As Larang Buku Harry Potter

Diyakini Mengandung Sihir Sungguhan Sd Di As Larang Buku Harry Potter

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 433 hits
Karena diyakini mengandung sihir sungguhan sebuah sekolah di Amerika Serikat melarang buku Harry Potter ditempatkan di perpustakaan Langkah ini diambil setelah pihak sekolah berkonsultasi dengan beberapa pengusir setan di Italia
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi