Zakat Fitrah Tak Sempat Bayar Apa Nak Buat




Ramadan dah tamat, ramai orang kita yang agak terkejut dengan pengumuman tadi bahawa kita semua akan menyambut 1 Syawal pada esok pagi.
Seronok itu seronoklah juga. Kelam-kabut pun ada, sebab perubahan tidak dijangka berlaku. Apatah lagi masing-masing sudah bersemangat nak beraya.
Namun, perasan atau tidak, tidak mustahil ada yang merancang untuk membayar zakat fitrah pada esok hari, iaitu pada hari terakhir Ramadan (sebelum pengumuman dibuat).
Tapi malam ini semua dikejutkan dengan pengumuman rasmi bahawa Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei pagi esok. Jadi mungkin mereka ‘tukar pelan’, nak bayar sebelum solat raya pagi esok.
Tapi andaikata esok pagi kalut nak ke masjid, langsung lupa terus nak bayar zakat. Jadi apa hukumnya di sisi syarak? Dikira berdosa ke?
Bagi menjawab soalan ini, Siakap Keli mahu siarkan semula pengisian mengenai ‘terlupa bayar zakat fitrah’ seperti yang pernah dimuat naik oleh JAKIM sebelum ini.
Semoga artikel ini menjadi rujukan buat semua. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ramadan Dah Tamat & Terkejut Esok Raya, Tapi Zakat Fitrah Tak Sempat Bayar, Apa Nak Buat?
Berikut adalah jawapan kepada persoalan di atas.
Jawapan:
Zakat fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita, khususnya memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa.
Ibnu Abbas menyatakan:
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah (dengan tujuan) untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tiada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberi makanan kepada orang miskin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Cuba lihat, apabila kita berpuasa, maka kita diwajibkan menahan makan dan minum selama berjam-jam. Maka kita dapat merasai sendiri betapa peritnya orang-orang fakir dan miskin menahan lapar.
Maka, zakat fitrah yang difardukan adalah pelengkap kepada puasa tersebut. Ini kerana, andai kita insaf betapa deritanya para fakir miskin, maka berkongsilah sedikit harta dengan mereka agar terangkat sedikit derita. Inilah roh zakat fitrah di sisi Ramadan.
Atas dasar itulah, dalam perbahasan fiqh, zakat fitrah itu boleh dilunasi lebih awal daripada waktu wajibnya.
Bahagian waktu yang ditetapkanMemanglah masa wajib zakat fitrah, adalah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum mendirikan solat aidilfitri, itulah waktu yang paling utama di sisi Allah; namun tidak pula menjadi kesalahan andai kita bertindak menyegerakannya.
Maka, dalam hal ini para fuqaha telah membahagikan waktu menunaikan zakat fitrah kepada empat fasa, iaitu fasa harus bermula satu Ramadan, fasa wajib bermula terbenamnya matahari sehingga terdirinya solat sunat aidilfitri, fasa makruh selepas mendirikan solat aidilfitri dan fasa haram selepas terbenamnya matahari satu Syawal, yakni masuknya dua Syawal (Rujuk buku Zakat Terapi Kekayaan, hal. 395).
Gambar sekadar hiasanJadi, bagaimana jika terlupa?Andai kata saudara sudah terlupa, dan hanya teringat selepas terbenamnya matahari satu Syawal, maka kala itu saudara sudahpun melewati waktunya dan pastilah hukumnya haram dan berdosa.
Samalah orang yang melewatkan solat fardu sehingga melewati batas waktunya tanpa uzur, maka jelaslah berdosa orang berkenaan.
Namun, itu tidak bermakna saudara tidak wajib mengqadakannya.
Dalam hal ini, saudara hendaklah dengan segera mengeluarkan zakat fitrah tersebut, walaupun sudah masuk waktu haram.
Kala itu, zakat fitrah saudara sudah dianggap sebagai qada di sisi Allah SWT.
Agihan zakat dapat dilakukan dengan berkesan kepada asnaf jika bayaran zakat diserahkan kepada para amil yang dilantik.
Hikmah syara’Inilah keindahan Islam, ibadat yang dianjurkan kepada kita adalah satu bentuk disiplin yang jika ditaati mampu membentuk keperibadian dan akhlak yang cantik di sisi manusia, apatah lagi di sisi Allah SWT.
Ini kerana, setiap amalan ada batas waktunya yang tersendiri, sama ada solat, zakat, puasa dan haji.
Kita wajib solat bila masuk waktunya, wajib zakat bila sampai tempoh haulnya, wajib puasa hanya pada Ramadan sahaja dan wajib haji hanya pada musim haji sahaja.
Kita tidak boleh menukarkan waktunya, mengikut kalendar dan kehendak hati kita, dan inilah disiplin namanya.
Oleh itu, hendaklah saudara lebih berhati-hati pada hari muka.
Jangan sampai terlepas lagi waktu berzakat ini.
Bayangkan, andai saudara terlepas pesawat untuk terbang ke luar negara kerana kelalaian sendiri, sedangkan harga tiketnya ribuan ringgit, pasti sahaja saudara terasa betapa ruginya diri.
Demikianlah juga dalam hal ibadah, setiap kelalaian akan mengakibatkan kerugian.
Lebih malang jika kita tidak sempat pula menggantikannya, kerana ia kelak akan menjadi hutang di sisi Allah SWT.
Menurut fuqaha, hutang di akhirat hanya dapat dilunasi dengan pahala.
Maka, banyak manakah pahala kita untuk melunasinya. Andai pahala sudah habis, maka apa lagi modalnya.
Maka, qadalah amalan yang terhutang di dunia, demi mengelakkan hutan akhirat yang melanda.
Wallahua’lam.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/zakat-fitrah-tak-sempat-bayar-apa-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Gopayz

Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Gopayz

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 429 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Aplikasi GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile Ia juga mudah diakses dan lengkap dengan pelbagai perkhidmatan kewangan digital Ini termasuklah pembayaran zakat fitrah dan negeri yang menyokong termasuklah...
Kadar Zakat Fitrah Negeri 1443h 2022m Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Kadar Zakat Fitrah Negeri 1443h 2022m Cara Bayar Zakat Fitrah Online

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 421 hits
WAKTU TERBAIK TUNAI ZAKAT FITRAHHari ini dah pun 22 Ramadan antara perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah berkenaan pembayaran zakat fitrah Bilakah waktu terbaik untuk kita menunaikan zakat fitrah Jom kita baca info pada poster di b...
Pemimpin Parti Amanah Meninggal Dunia Ketika Mahu Bayar Zakat Fitrah

Pemimpin Parti Amanah Meninggal Dunia Ketika Mahu Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 234 hits
Pemimpin Parti Amanah Meninggal Dunia Ketika Mahu Bayar Zakat Fitrah ALOR SETAR Timbalan Pengerusi Tetap Parti Amanah Negara Adnan Saad 54 meninggal dunia apabila rebah tiba tiba sewaktu beratur bagi menunaikan zakat fitrah di Masjid Zahir ...
Apa Hukumnya Bersedekah Lebihan Zakat Fitrah Kepada Amil

Apa Hukumnya Bersedekah Lebihan Zakat Fitrah Kepada Amil

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 422 hits
Soalan Ustaz ramai orang suka memberi lebihan duit bayaran fitrah kepada amil yang telah ditugaskan memungut zakat fitrah daripada umat Islam yang layak membayar zakat Apakah hukumnya lebihan zakat fitrah kepada amil ini Jawapan 1 Selalu te...
Cara Mudah Tunaikan Zakat Fitrah Guna Aplikasi Mae Beberapa Klik Sahaja Siap

Cara Mudah Tunaikan Zakat Fitrah Guna Aplikasi Mae Beberapa Klik Sahaja Siap

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 284 hits
Bayar Zakat Fitrah anda bulan Ramadhan ini dengan aplikasi MAE Anda cuma perlu memilih badan zakat pilih jenis zakat untuk dibayar dan masukkan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri Kami akan mengira jumlah zakat yang perlu dibayar dan de...
Ada Netizen Yang Tak Kisah Bayar Rm8000 Sehari Sewa Kereta Mewah Demi Tak Nak Kalah Ketika Balik Kampung Beraya

Ada Netizen Yang Tak Kisah Bayar Rm8000 Sehari Sewa Kereta Mewah Demi Tak Nak Kalah Ketika Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 375 hits
nbsp Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasanGara gara ingin nampak bergaya ketika pulang ke kampung menyambut Aidilfitri selepas dua tahun terkurung akibat C0vid 19 ada warga kota yang sanggup berhabis duit seh...
Ini Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Yang Paling Utama

Ini Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Yang Paling Utama

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 198 hits
Waktu pelaksanaan mengeluarkan zakat fitrah terbagi menjadi 5 macam penjelasannya sebagai berikut Pertama waktu wajib Yaitu ketika menemui bulan Ramadhan dan menemui sebagian awalnya bulan Syawwal atau menemui terbenamnya matahari di hari t...
Puji Sam Amp Syatilla Kongsi Foto Bayi Ketiga Diva Aa Sempat Perli Seseorang Baby Dah Mereput Pun Nak Cover Muka

Puji Sam Amp Syatilla Kongsi Foto Bayi Ketiga Diva Aa Sempat Perli Seseorang Baby Dah Mereput Pun Nak Cover Muka

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 174 hits
Siapa tidak kenal dengan Azwan Ali lebih dikenali sebagai Diva AA antara selebriti Malaysia yang tidak pernah gentar dalam mengeluarkan kenyataan pedas sehingga menjadi perhatian ramai Terbaharu pengacara sensasi tersebut memuat naik ciapan...
Masjid Istiqlal Mulai Buka Layanan Pembayaran Zakat Fitrah

Masjid Istiqlal Mulai Buka Layanan Pembayaran Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 155 hits
Masjid Istiqlal Mulai Buka Layanan Pembayaran Zakat Fitrah Baznas Masjid Istiqlal mulai membuka layanan pembayaran zakat fitrah senilai Rp50 ribu atau 3 5 liter beras per orang
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda