Zakat Fitrah


ESOK kita bakal menyambut hari raya Aidilfitri.

Ini bermakna, umat Islam hanya ada waktu sehingga pagi esok sebelum solat sunat Aidilfitri untuk melaksanakan kewajipan membayar zakat fitrah.

Berdasarkan mazhab Imam Syafie, waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam raya).

Manakala, waktu sunat pula adalah sebelum solat Hari Raya dan makruh jika menangguhkannya sehingga selesai solat tersebut. Zakat fitrah merupakan zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan di bulan Ramadan bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Namun, apakah hikmah yang dapat kita pelajari daripada kewajipan ibadah ini? Berikut adalah beberapa faedah dan hikmah yang bakal diperoleh seseorang pembayar zakat.


Membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil

Memetik artikel dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, selain menjadikan individu dididik dengan sifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban, amalan berzakat boleh membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil dalam diri seseorang.

Hakikat ini dapat dirasai oleh pengeluar zakat itu sendiri.

Ini kerana, dia juga akan menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta.

Sikap memberi bukannya bermakna harta semakin berkurang.


Menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang

Umum mengetahui bahawa sikap memberi itu dapat memupuk kasih sayang antara pemberi dan penerima.

Begitu juga dengan ibadah zakat kerana ia mampu menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain.

Apabila kesedaran ini wujud dalam masyarakat, setiap orang Islam mampu menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat kepada golongan yang berhak menerimanya.


Mengutuhkan institusi sesebuah anggota masyarakat

Zakat berfungsi memelihara masyarakat daripada wujudnya jurang perbezaan taraf sosial yang ketara.

Biarpun begitu, perlu difahami bahawa terdapat pelbagai keadaan dan unsur-unsur yang memperluaskan jurang perbezaan taraf sosial itu seperti bertambahnya golongan yang memerlukan bantuan serta golongan fakir.

Secara jelas, peranan zakat itu sendiri dapat menyempurnakan institusi sesebuah anggota masyarakat itu.


Membantu menyelesaikan masalah pengangguran

Selain itu, zakat juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah pengangguran.

Jika diteliti, isu pengangguran berpunca daripada kemiskinan. Orang yang miskin, umpamanya, tidak mempunyai modal yang minimum untuk menjalankan sesuatu perusahaan atau pekerjaan.

Maka, jika sistem zakat berjalan mengikut haknya, sudah tentu orang yang miskin berhak menerima bahagiannya dan membolehkan mereka menjalankan perusahaan yang dirancang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan yang ada pada mereka.


Membersihkan hati daripada sifat-sifat keji

Mengeluarkan zakat adalah salah satu cara untuk individu membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat seperti sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki.

Ini kerana, sifat keji tersebut akan menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat berkasih sayang, tolong-menolong dan saling bersimpati.

Hikmah membersihkan jiwa daripada sifat keji ini juga telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah al-Taubah ayat ke-103.

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).”

Pembayaran zakat kini serba mudah dan canggih. Susulan penularan wabak COVID-19, pelaksanaannya pula sudah mengikuti normal baharu yang tidak memerlukan seorang pembayar zakat untuk berjumpa depan-depan dengan wakil amil (pengutip zakat).

Sebaliknya, dengan kemudahan teknologi, zakat kini boleh ditunaikan secara dalam talian.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/zakat-fitrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Ramadhan Zakat Fitrah

19 Ramadhan Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah selesai satu lagi kewajipan kita sebagai umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini iaitu membayar zakat fitrah bagi yang berkemampuanKK baru saja bayar zakat sekali dengan mak ayah dan a...
Niat Zakat Fitrah Waktu Mengeluarkan Dan Berapa Besarnya Tahun 2020

Niat Zakat Fitrah Waktu Mengeluarkan Dan Berapa Besarnya Tahun 2020

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 424 hits
Zakat fitrah adalah ibadah maaliyah yang menyertai dan menyempurnakan puasa Ramadhan Bagaimana niat zakat fitrah kapan waktu mengeluarkan dan berapa besarnya untuk tahun 2020 Berikut ini pembahasannya Pengertian Zakat Fitrah Terkadang ada y...
Langkah Demi Langkah Tunaikan Zakat Fitrah Negeri Johor Melalui Fast Pay Zakat Fitrah Online

Langkah Demi Langkah Tunaikan Zakat Fitrah Negeri Johor Melalui Fast Pay Zakat Fitrah Online

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 697 hits
Sebelum ini bayaran zakat fitrah di Johor hanya melalui amil di setiap kariah Tetapi dengan serangan wabak COVID 19 pihak Majlis Agama Islam Johor menetapkan bayaran zakat fitrah tahun ini hanya melalui on line sahaja Ada 5 kaedah untuk kit...
Kewajipan Zakat Fitrah Seorang Perempuan

Kewajipan Zakat Fitrah Seorang Perempuan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 422 hits
Adakah menjadi satu kewajipan bagi seorang perempuan membayar zakat fitrah Haaa satu persoalan yang tetiba sahaja singgah di kepala benak saya Almaklumlah di dalam bulan Ramadhan sering perkara perkara berkaitan akan muncul tanpa diduga Set...
Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 699 hits
Tahniah Tedi ucapkan kepada Boost kerana menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah secara elektronik Kawan kawan tak kenal Boost Boost adalah aplikasi e wallet yang membolehkan kita membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar Ada beb...
Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 442 hits
Apakah hukum jika terlupa niat semasa bayar zakat fitrah Adakah zakat fitrah itu tidak sah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Seorang yang telah ...
Senarai Laman Web Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Malaysia

Senarai Laman Web Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 624 hits
Kali ini twitter Kewangan Graduan kongsikan pautan potal atau laman web bayar zakat online untuk negeri negeri di Malaysia Ini mungkin kali pertama kiita membayar Zakat Fitrah melalui portal selalunya bayar melalui Amil yang dilantik Sebab ...
Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 566 hits
Siapakah orang yang tidak wajib bayar zakat fitrah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Bagaimanakah keadaan seseorang itu dikatakan tidak wajib me...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Gubal Undang Undang Yang Keras 5 Warga Asing Didenda Rm1 200 Kerana Merusuh


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150

Kek Batik Paling Sedap Di Meru Klang

Babylon Jambatan Chord

No Discrimination In Civil Service Hiring Says Jpa

Students Unfazed By Rm5 Million Threat Plan Second Sabah Anti Graft Rally