Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri


PURWAKARTA – Nasib tragis menimpa seorang pekerja kedai serbaneka, Dina Oktaviani, apabila dia ditemukan mati di dalam Sungai Citarum, Karawang pada Selasa (7 Okt). Lebih memilukan, mangsa disahkan dibunuh oleh penyelianya sendiri, Heryanto, 27 tahun, dalam kejadian yang mengejutkan penduduk setempat.
Menurut laporan awal polis, siasatan mendapati mangsa telah dianiaya dengan teruk sebelum meninggal dunia. Heryanto, yang juga bekerja di kedai sama, berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian di kawasan Rehat & Rawat (R&R) KM 72A, Desa Cigelam, Purwakarta.
“Suspek berjaya ditangkap di tempat kerjanya di Purwakarta dan kini ditahan untuk siasatan lanjut,” kata Pegawai Penerangan Polis Karawang, Ipda Cep Wildan, kepada media pada Khamis (9 Okt).
Motif Disebabkan Masalah Kewangan
Siasatan awal mendapati suspek bertindak kejam akibat desakan kewangan dan cuba menguasai harta milik mangsa termasuk perhiasan, motosikal serta telefon bimbit.
Difahamkan, Heryanto memanggil Dina ke rumahnya, sebelum menjerut dan menekup muka mangsa hingga tidak bernyawa. Lebih menyayat hati, suspek kemudian memperkosa mangsa sebelum melarikan semua barangan berharga.
Pasukan Taktikal Sanggabuana berjaya merampas beberapa barangan bukti, termasuk sebuah motosikal, kereta dan dua telefon bimbit. Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 351 Kanun Keseksaan Indonesia atas kesalahan penganiayaan berat yang mengakibatkan kematian.
Buang Mayat Guna Kereta Sewa
Ketika ditahan, Heryanto mengaku telah menyewa sebuah kereta untuk membuang mayat mangsa ke Sungai Citarum.
“Saya buat sendiri, terus bawa ke Citarum,” katanya dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.
Menurut pengakuan suspek, mangsa masih memakai pakaian seragam kerja ketika mayatnya dibuang. Barang kemas milik mangsa pula telah dijual dengan nilai sekitar Rp4 juta (lebih RM1,000), manakala barangan tiruan dibuang.
Selain itu, motosikal milik mangsa turut disembunyikan di sebuah rumah kosong di daerah Wanawali, Purwakarta. Beg tangan mangsa pula dimusnahkan kerana dikatakan mengandungi “data penting”.
Kes Diserahkan Kepada Polis Purwakarta
Susulan itu, Polis Karawang menyerahkan kes kepada Polis Purwakarta, memandangkan lokasi sebenar pembunuhan dan rogol berlaku dalam kawasan tersebut.
“Oleh kerana tempat kejadian berada di wilayah hukum Purwakarta, suspek dan barang bukti akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak mereka,” jelas Ipda Cep Wildan.
Terdahulu, penduduk di Desa Curug, Karawang, gempar dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam Sungai Citarum, yang kemudian dikenal pasti sebagai Dina Oktaviani, pekerja kedai serbaneka di R&R KM72A Purwakarta.
Suspek berusia 27 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala pihak berkuasa terus menjalankan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan keadilan buat mangsa dan keluarganya. – The Malaysian Update
The post Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai, Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/10/pekerja-kedai-serbaneka-ditemui-mati-di-sungai-disahkan-dibunuh-oleh-penyelia-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 238 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGPASUKAN operasi SAR menemui kereta Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor Pagoh Muar malam ini Foto IHSAN BOMBAMUAR Sebuah kereta Proton Saga yang dilaporkan terbabas selepas terlibat dalam kemalangan sebelum...
Pekerja Dakwa Tidak Dibayar Gaji Tauke Kedai Makan Dikecam Selepas Video Kedua Tular

Pekerja Dakwa Tidak Dibayar Gaji Tauke Kedai Makan Dikecam Selepas Video Kedua Tular

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 599 hits
KUALA LUMPUR Tular sekali lagi di media sosial rakaman video memaparkan seorang pekerja kedai makan menuntut gajinya daripada majikan dipercayai berlaku di sebuah premis yang tidak dinyatakan lokasi dan tarikhnya Video Kedua Jadi Perhatian ...
Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Klang

Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Klang

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 175 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mayat lelaki berpakaian lengkap ditemukan terapung dan tersangkut bersama longgokan sampah di Sungai Klang sekitar USJ 1 Subang Jaya semalam Menurut Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat mayat berketinggian ...
Lapan Perompak Kedai Emas Di Sungai Golok Larikan Diri Ke Kelantan

Lapan Perompak Kedai Emas Di Sungai Golok Larikan Diri Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 144 hits
HarapandailyPasukan Gerakan Am kini sedang memperketat kawalan di sempadan susulan perkembangan dari pihak berkuasa Thailand yang tidak menolak kemungkinan penjenayah merompak kedai emas di Sungai Golok lolos ke Malaysia Pemangku Komander B...
Suami Isteri Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

Suami Isteri Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 197 hits
ASLIZA MUSAPASANGAN suami isteri warga emas ditemukan maut di kediaman mereka di Desa Lang Indah Ipoh hari ini IPOH Sepasang suami isteri warga emas berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Desa Lang Indah di sini ha...
Kelantan Mayat Lelaki Ditemui Tepi Sungai Di Belakang Masjid Muhammadi

Kelantan Mayat Lelaki Ditemui Tepi Sungai Di Belakang Masjid Muhammadi

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 226 hits
Hidayatidayu RazaliKOTA BHARU Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui di tepi sungai di belakang Masjid Muhammadi di sini semalam Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis D...
Pemancing Hilang Selepas Terjatuh Dari Bot Di Sungai Kedaik Lama Muadzam Shah Ditemui Lemas Pagi Tadi

Pemancing Hilang Selepas Terjatuh Dari Bot Di Sungai Kedaik Lama Muadzam Shah Ditemui Lemas Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 530 hits
ROMPIN Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kampung Kedaik Lama dekat Muadzam Shah di sini semalam ditemui lemas oleh pasukan Mencari dan Menyelamat pagi ini Mayat mangsa Saharudin Harun 44 yang juga ...
Sukarelawan M Sia Dipukul Diberi Makanan Haiwan Oleh Tentera Israel Peguam

Sukarelawan M Sia Dipukul Diberi Makanan Haiwan Oleh Tentera Israel Peguam

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 187 hits
Malaysiakini nbsp Sebahagian daripada 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza mendakwa mereka dipukul di muka ditarik rambut dan diberikan makanan haiwan ketika berada dalam tahanan rejim Isr...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com

Quick Beef Goulash Recipe Nigella

Cara Terminate Unifi Online Je

Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing

Melly Lee Kamu Istimewa Chord

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia