Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat



Teks ucapan ini boleh didapati dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan di [SINI]


10 Oktober 2025 - Jumaat (18 Rabiulakhir 1447H)
Ucapan Belanjawan Madani Keempat Tahun 2026 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2026) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 10 Oktober 2025. Mengangkat Tema: Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat


'Politik harus menjadi cerminan luhur manusia, tidak sekadar perhitungan mahupun percaturan kuasa'—Vaclav Havel (penyair, pemikir dan mantan Presiden Republik Czech) [m/s 4]
Belanjawan MADANI Keempat adalah saksi bahawa kita memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh

'Kemuliaan tidak diukur dari kekayaan tetapi dari keberanian dan ketegasan dalam menterjemah amanah kepada tanah air'— Pericles (negarawan Athens, seperti dikutip sejarawan Yunani purba Thucydides) [m/s 5]

MENGAPA DITUMPUKAN PENGUATKUASAAN?Rasuah, penyelewengan dan ketirisan merugikan negara. Penguatkuasaan tanpa pilih kasih dapat mengembalikan hasil negara yang hilang berbilion ringgit dan ini dapat membiayai dan menyegerakan pelaksanaan projek seperti Rancangan Tebatan Banjir dan Pan Borneo Sabah. [m/s 6]
Seyogia, mengangkat tema Belanjawan MADANI Keempat:Belanjawan Rakyat — setelah berani mengusung reformasi, kini masa memulangkan hasil kepada rakyat. Selaku belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Belanjawan 2026 menetapkan sembilan Tekad Utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI. m/s 6]
Sejak di bawah MADANI, badan-badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memperoleh hasil rampasan dan kutipan penalti hampir 15.5 bilion ringgit. Terbaru, PDRM berjaya menumpaskan sindiket haram terancang di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang. Demikian maksud kami tatkala menekankan tatakelola dalam pemerintahan. Bayangkan wang yang disakau dan dirompak yang dapat dikembalikan dalam tempoh dua tahun mencecah 15.5 bilion ringgit. [m/s 9]
'Kuasa tanpa pertanggungjawaban adalah permulaan kepada kezaliman'– Montesquieu (hakim dan filasuf Perancis era Pencerahan) [m/s 10]

MEMENUHI KEUTAMAAN RAKYAT – Penyasaran Subsidi: Semua pimpinan Kerajaan sebelum ini mengakui keperluan melaksanakan penyasaran subsidi. Namun, ia tertangguh kerana tiada tekad politik yang jitu. Memaknai subsidi ialah keistimewaan rakyat Malaysia — dan bukan untuk warga asing, bukan syarikat besar. Kerajaan menyasarkan subsidi supaya dana awam sampai kepada rakyat. m/s 14]
MELIPUTI:Pengapungan Harga AyamPengapungan Harga TelurPenyasaran Aubsidi dan Penstrukturan Tarif Elektrik PurataPenyasaran Subsidi DieselPenyasaran Subsidi RON 95Urusan BUDI95

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Melaka dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atas kejayaan Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 di Melaka bulan lalu. Tahun hadapan tentunya istimewa, kerana kita menyambut dunia untuk berkunjung ke Malaysia — menghayati keindahan alam yang mempesona, menyelami kerencaman budaya yang tiada tara, merasai aneka juadah memikat selera, sambil disantuni layanan mesra rakyat Malaysia. [m/s 41]
Justeru, seperti yang dirumuskan dari ungkapan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam buku 'The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time' oleh Kee Beng Ooi: 'Kita tidak hanya membina semula dinding dan bumbung tetapi membangkitkan semangat agar kota ini kembali berbicara tentang siapa kita, dari mana asal kita dan ke mana kita menuju'. m/s 44]

KETENTERAMAN AWAN DAN PERTAHANAN NEGARA
Seperti diungkap dalam hikmah klasik Tamadun China purba,居安思危,思则有备,有备无患 —《左传·襄公十一年》atau pinyin: Jū ān sī wēi, sī zé yǒu bèi, yǒu bèi wú huàn yang bermaksud, 'dalam damai, kita wajar berwaspada akan ancaman dan marabahaya'

Falsafah besar dari karya sejarah agung dalam Catatan Musim Bunga dan Luruh berjudul Zuo Zhuan mengingatkan kita betapa kebijaksanaan pemerintahan menuntut kesiapsiagaan, bukan kealpaan dan bahawa kestabilan hanya teguh apabila disertai keinsafan akan rapuhnya nasib bangsa sekiranya leka dan alpa. m/s 65]

BULI ialah jenayah senyap yang mesti dinoktahkan. Gejala ini sama ada di sekolah, universiti, tempat kerja mahupun di alam maya, telah membunuh potensi, menanam trauma berpanjangan, malah meragut nyawa insan. Kita mesti putuskan rantaian kezaliman ini sampai ke akar, melalui didikan empati dan penguatkuasaan tanpa kompromi. m/s 67]
Kerajaan bersetuju untuk membentangkan RUU Antibuli 2025 pada sesi mesyuarat ini juga. Seluruh kekuatan dan tenaga jentera merentasi kementerian digembleng bagi mengekang gejala buli. [melibatkan: KPM, KPT, KPWKM, Kementerian Komunikasi dan Rakan Muda] - m/s 68

KOS SARA HIDUP RAKYAT
Kedum Perukkamum Illalla NenjaththukKotaamai Saandrork KaniTerjemahan: Susah dan senang silih berganti, namun keteguhan hati nurani adalah mercu tertinggi kemuliaan insan. [m/s 88]

KEDIAMAN RAKYAT
'Jangan biarkan kota menjadi megah tetapi hati manusia di dalamnya kontang dan kering. Hati yang subur adalah kota sebenar bagi peradaban'—Buya Hamka (dipetik dari ‘Tasauf Moden’) [m/s 114]

PENJAWAT AWAM SEJAHTERA
Mewakili Kerajaan MADANI serta seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang saban hari menjalankan amanah — berkhidmat bagi menjayakan dasar-dasar MADANI demi kesejahteraan rakyat. [m/s 124]
Dalam sejarah peradaban manusia, bangsa yang kekal adalah bangsa yang tahu memelihara maruah sambil bersikap terbuka kepada dunia atau mana-mana blok ekonomi atau kuasa, dan keras menyanggah kezaliman tanpa menolak hikmah, serta menginsafi bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada keteguhan moral serta prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat. [m/s 129]

Kini, ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025, kita berdepan percaturan kuasa dan tragedi kemanusiaan di Gaza akibat kezaliman Zionis Israel. Terkini, Malaysia menyambut baik dan menaruh harapan terhadap usaha damai yang diterajui Amerika Syarikat bersama Mesir dan Qatar bagi memastikan rundingan antara Hamas dan Israel membuahkan hasil yang menjamin kebebasan serta kemerdekaan rakyat Palestin

Parlimen Malaysia juga merakamkan penghargaan setingginya atas usaha murni para sukarelawan yang menunjukkan kecekalan membelah samudera melalui ikhtiar Sumud Nusantara Flotilla yang pastinya telah mencelikkan dunia tentang keperluan mengangkat nilai kemanusiaan dan menegak keadilan. Dunia pasca-Gaza menuntut keberanian moral dan kebijaksanaan diplomasi untuk membina ufuk baharu yang menjanjikan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat. [m/s 129]
'jikalau akarkumerangkak ke tanah iniakan lainlah buahnya nantigetahnya akan jadi anihkental atau bekuatau mengalirmelawan arus'— Petikan bait puisi Muhammad Haji Salleh'Sajak-Sajak Pendatang'

Beg Belanjawan 2026 yang saya bawa hari ini dihasilkan perusahaan sosial Heart Treasures dan Tanoti yang menggunakan bahan kitar semula sarung tangan nitril dan fabrik terbuang dan beg ini hasil kerja tangan Saudara Anthony Liew You Chung, seorang anak muda OKU. [m/s 85]

[Siaran Langsung] Belanjawan 2026

Semoga Belanjawan 2026 ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan rakyat dan kekuatan negara, selaras dengan matlamat Malaysia MADANI yang inklusif serta berdaya tahan
Kemakmuran bukan sekadar angka tetapi kesejahteraan yang dirasai setiap jiwa.@RemajaPurba: Alhamdulillah.. rezeki buat semua



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/10/belanjawan-madani-keempat-belanjawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 274 hits
Belanjawan 2026 Malaysia telah dibentangkan menandakan langkah strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berterusan Bagi yang terlepas ini ringkasan lengkap peruntukan fokus rakyat pembangunan p...
Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Biarpun hari ini merupakan cuti hu...
Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 256 hits
Petang ini guys Belanjawan 2026 Malaysia Madani Kita dengar sendiri lebih baik daripada dengar dari pihak ketiga 6 Nilai Teras Malaysia MADANIKemampananMutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan...
Madani Government Pledges More Affordable Homes Under Rumah Mesra Rakyat Initiative To Ease Burden On B40 Families

Madani Government Pledges More Affordable Homes Under Rumah Mesra Rakyat Initiative To Ease Burden On B40 Families

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 235 hits
Political Secretary to the Prime Minister Chan Ming Kai hands over mock up house keys to some of the recipients of Rumah Mesra Rakyat at the Kedah Rumah Mesra Rakyat key handover ceremony in Kampung Badlishah October 12 2025 Bernama picKULI...
Belanjawan 2026 Bukti Tindakan Berani Hala Tuju Jelas Berpaksikan Rakyat Fahmi Fadzil

Belanjawan 2026 Bukti Tindakan Berani Hala Tuju Jelas Berpaksikan Rakyat Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 196 hits
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan berani dengan hala tuju yang jelas serta berpaksikan kesejahteraan rakyat Katanya Belanj...
Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 221 hits
Setiap kali tiba musim belanjawan ramai tertanya tanya Ada ke bantuan naik Apa yang berubah tahun ni atau Betul ke subsidi makin kurang Belanjawan 2026 yang baru diumumkan ni datang dengan pendekatan berbeza bukan sekadar beri duit tapi bet...
Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 219 hits
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan khas bagi meraikan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotila yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Israel Perhimpunan khas sambut w...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Bans Lack Bite In Malaysia

Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al Abaqirah Maiwp 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Lirik Lagu Amira Othman Irfan Haris Rasa Takdir

Fatin Menyesal Bedah Bariatrik Prince Syed Dedah Dah Lama Dibenci Mentua

Drama Deejay Kampung

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai

Allison Williams Legs And Feet In Tights 7