Zaituna Restaurant Punyai Sajian Masakan Arab Terbaik




 




ZAITUNA RESTAURANT PUNYAI SAJIAN MASAKAN ARAB TERBAIK

HIDANGAN ENAK DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN


Makanan Arab sememangnya memiliki identiti yang tersendiri. Ia bukan sahaja kaya dengan rempah ratus serta aroma yang menawan, malah merupakan hidangan yang sihat dan segar. Oleh sebab itu, makanan Arab memiliki peminat yang tersendiri. Bagi AlongMurni (AM), makanan Arab bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak, malah hidangan utama, pencuci mulut serta hidangan penutup yang tidak kurang juga lazatnya.

 




Baru-baru ini AM telah mencuba menu makanan Arab yang terletak di di Taman Tasek Johor Bahru. Restoran Zaituna ini dibuka setiap hari dari 11:30 pagi hingga 11:00 malam (kecuali Jumaat dibuka 2:30 petang). AM tiba pada jam 5 petang dan melihat restoran ini telahpun dipenuhi orang ramai. Nasib baik, AM telah membuat tempahan awal sebelum datang ke sana.

 

Walaupun ramai pelanggan yang datang menjamu selera, restoran ini sangat selesa dan berhawa dingin. Pelanggan yang datang boleh memilih samada untuk makan di atas kerusi ataupun duduk bersila. AM datang bersama 6 rakan yang lain, jadi kami memilih untuk menjamu di ruangan yang santai iaitu duduk bersila.

 

NASI ARAB - SET DULANG

AM telah memesan 2 Set Dulang Nasi Arab. Dalam Set Dulang ini terdapat 3 jenis Nasi Arab iaitu Mandy, Khabsa dan Maklouba yang dihidangkan bersama Ayam, Kambing, Salad, Hummus dan 1 Jug Air. AM sangat berpuas hati mencuba set Dulang Nasi Arab ini, terutamanya sambal tomato yang enak dimakan bersama  sup dan Nasi Arab. Saiz hidangan Set Dulang yang dihidangkan adalah agak besar dan sesuai dimakan untuk 4 orang. Saiz ayam dan kambingnya juga besar-besar dan mempunyai keenakan rasa yang tersendiri.

 







HUMMUS

Hummus merupakan antara menu yang paling AM suka dan akan pesan jika singgah ke Restoran Arab. Hummus merupakan sos kacang kuda (Chickpeas) yang dibuat khas untuk dimakan bersama roti tradisional berbentuk roti pita dan juga lafa. Ia diperbuat daripada soya, bijan, lentini, bawang putih, garam, minyak zaitun dan juga lemon. Memang sedap dan enak bila cicah Hummus dengan Roti Arab!!

 

SHAWARMA DAGING DAN SHAWARMA AYAM

Shawarma di Zaituna mempunyai pilihan samada berintikan isi ayam atau daging lembu yang dihiris nipis dan disusun memanjang diatas sekeping roti khas yang rata atau seperti roti pita dan laffa. Daging/Ayam yang digunakan akan dimasak bersama rempah ratus termasuklah jintan, buah pelaga, kunyit serta paprika. Shawarma ini turut dihidangkan bersama kentang goreng dan Mayonis.

 




ZAITUNA MIXED GRILL

AM juga turut memesan Zaituna Mixed Grill. Skewer ayam dan kambing dihidangkan bersama Roti Kebab Halabi dan Kentang Gorang serta dipadukan bersama 3 jenis sos. Walaupun Skewer ayam/kambing ini menggunakan Teknik Grill namun masih terasa ‘Juicy’ pada daging kambing dan ayam ini.

 




PIZZA

AM melihat ada menu Pizza di Buku Menu di Zaituna. AM tertarik untuk mencuba Pizza yang dimasak. Semestinya lain dari yang lain kerana Pastri yang digunakan dibuat sendiri (Homemade).

PIZZA CHEESE
Pizza Cheese ini menggunakan 100% Mozarella. Terasa padu cheese bagi setiap gigitan.  





PIZZA SALAMI

Pizza Salami ini mengandungi Hirisan Sosej dengan keju putih pada pastri dengan sedikit rasa pedas. Rasanya sangat enak dan AM amat menyukai paduan Pizza Salami ini.

 




MANISAN

KUNAFA

Kunafa merupakan sejenis pencuci mulut yang seperti mirip sepotong kek yang berintikan keju cair di sebelah dalam. Topping kunafa ini pula diletakkan seakan – akan bihun. Ia kemudiannya dibakar menggunakan oven bagi mendapatkan tekstur luar yang rangup serta cheesy di dalam. Untuk menikmati kunafa ini, air gula pekat yang disediakan perlu dicurah pada bahagian atas kunafa ini. Rasa Kunafa di Zaituna ini memang sedap dan padu. Patutlah Kunafa menjadi bualan dalam masyarakat dan merupakan antara sajian masakan Arab yang wajib dicuba.

 





BAKLAWA

Di Zaituna, terdapat pelbagai pilihan Baklawa. Baklava ialah pencuci mulut pastri berlapis yang diperbuat daripada pastri filo, diisi dengan kacang cincang, dan dimaniskan dengan sirap atau madu. Ia adalah salah satu pastri manis yang paling popular di kalangan masyarakat umumnya. Semuanya sedap dan enak untuk dirasa dan wajib dicuba.

 





Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Zaituna dan membuat tempahan, sila hubungi 07-213 3577. Boleh layari zaituna.my untuk melihat menu-menu Istimewa lain. Jika ke Johor Bharu jangan lupa singgah di Zaituna Restaurant.

 




Zaituna Restaurant مطعم زيتونة

27, Jalan Glasiar,

Taman Tasek,

80200 Johor Bahru, Johor

 


@alongmurni85 Makanan sedap dan harga pun berbaloi.. memang wajib singgah ke sini lagi jika datang ke JB.. Menu hidangan terbaik dari #ZaitunaRestaurant #NasiArabViral #NasiArab ♬ original sound - i'm Dii - ح

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2022/09/Zaituna-Restaurant-Punyai-Sajian-Masakan-Arab-Terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaituna Restaurant Menyediakan Masakan Timur Tengah Dan Nasi Arab Yang Enak Dan Lazat Di Johor Bahru

Zaituna Restaurant Menyediakan Masakan Timur Tengah Dan Nasi Arab Yang Enak Dan Lazat Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 407 hits
Tiba tiba aja Seri Wangi and my bestie ajak makan angin ke Johor dan Muar On jerlah kami berempat berpakat Jalan jalan ke Johor Seri Wang dah bertahun tidak ke Johor sebab tak ada urusan apa apa Dah puas round Johor perut pun dah berbunyi k...
Makan Nasi Arab Terbaik Di Zaituna Restaurant Johor Bahru

Makan Nasi Arab Terbaik Di Zaituna Restaurant Johor Bahru

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 549 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku sangat teruja untuk berkongsi tentang sebuah lokasi yang menyediakan makanan Arab sedap dan cukup menyelerakan Untuk anda yang tidak t...
Wajib Singgah Nasi Arab Paling Sedap Di Zaituna Restaurant Johor Bharu

Wajib Singgah Nasi Arab Paling Sedap Di Zaituna Restaurant Johor Bharu

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum Setiap bulan kami mesti nak pergi bercuti Kalau tak bercuti kami akan pergi bercamping Untuk bulan Ogos kami dah rancang untuk ke Johor Staycation kami di Johor lama juga 4 hari 3 malam Kat mana kami stay nantilah Fiza updat...
Hanya Yang Mempunyai Kemahuan Politik Yang Baik Akan Dapat Melaksankan Yang Terbaik

Hanya Yang Mempunyai Kemahuan Politik Yang Baik Akan Dapat Melaksankan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 217 hits
MAZLEE MALEK Alhamdulillah Kebenaran akhirnya tertegak keadilan akhirnya terlaksana Kezaliman mengambil hak anak anak Malaysia di Sarawak yang bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu ini terbalas Saya rasa bersyukur kerana apa yang saya...
Plan Data Tanpa Had Terbaik Malaysia

Plan Data Tanpa Had Terbaik Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 352 hits
Boleh dikatakan semua telco ada menawarkan plan data tanpa had dengan ciri tersendiri Tetapi untuk kita letakkan sesuatu telco itu dalam kategori terbaik bukan sahaja perlu memilih plan yang disesuaikan dengan diri sendiri namun juga dari s...
Miliki Foldable Sekarang Galaxy Z Fold4 5g Dan Z Flip4 5g Hadirkan Daya Tahan Terbaik

Miliki Foldable Sekarang Galaxy Z Fold4 5g Dan Z Flip4 5g Hadirkan Daya Tahan Terbaik

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 329 hits
Galaxy Z Fold4 5G dan Z Flip4 5G yang punya daya tahan terdepan untuk mendukung rutinitas dan mobilitas sehari hari pengguna
Pendekatan Terbaik Jangan Habuan Penjawat Awam Orang Kampong Rakyat Dengan Niat Pilihanraya

Pendekatan Terbaik Jangan Habuan Penjawat Awam Orang Kampong Rakyat Dengan Niat Pilihanraya

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 337 hits
This applies in all cases including in the appellate court Did I ask for Pekan MP Datuk Seri Najib Razak to be freed The answer is a clear NO AZALINA
10 Makanan Terbaik Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi

10 Makanan Terbaik Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 280 hits
Apakah makanan yang baik untuk masalah tekanan darah tinggi Artikel ini akan membincangkan 10 makanan yang serba sedikit mungkin boleh membantu masalah tekanan darah tinggi Tekanan darah tinggi merupakan punca utama bagi penyakit kardiovask...
Hiburan Tips Kenal Pasti Penulen Air Terbaik Rm60 Sebulan Dah Dapat

Hiburan Tips Kenal Pasti Penulen Air Terbaik Rm60 Sebulan Dah Dapat

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 258 hits
Meminum 8 gelas air kosong adalah kunci kesihatan badan paling asas Jadi amat penting untuk mempunyai bekalan air bersih untuk minuman seharian Dalam fasa endemik tidak semua orang selesa menerima kedatangan orang asing di dalam rumah atas ...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Allah Tidak Pernah Silap Memilih Bahu Untuk Ujian

Ecentral Kukuh Sebagai Gergasi Kandungan Digital Melayu Serba Digital Catat 365 Juta Capaian Sepanjang 2025