Plan Data Tanpa Had Terbaik Malaysia


Boleh dikatakan semua telco ada menawarkan plan data tanpa had dengan ciri tersendiri (dan semestinya ada FUP).
Tetapi, untuk kita letakkan sesuatu telco itu dalam kategori ‘terbaik’, bukan sahaja perlu memilih plan yang disesuaikan dengan diri sendiri, namun juga dari segi kekuatan rangkaian di tempat kita tinggal.
Tak guna plan murah, data banyak, bila menjelang malam, kelajuan seperti melukut di tepi gantang. Kelajuan ditawarkan kononnya 6Mbps, apabila digunakan hanya tinggal 1Mbps, bahkan tak sampai.
Jadi, adakah patut kita mencuba satu demi satu telco semata-mata bagi mengetahui mana yang terbaik dari segi kekuatan rangkaian dan kelajuan?
Tak berbaloi bukan? Jalan termudah ialah dengan bertanya kepada jiran-jiran. Melalui perkongsian, kita akan mudah mendapatkan informasi akan mana satu rangkaian yang dapat memberi prestasi terbaik.
Jangan ikut saya, kerana saya beli semua kad SIM prabayar yang ada untuk mencuba satu demi satu.
Kalau ditanya kepada saya, manakah plan telco terbaik, jawapannya mudah – U Mobile. Hanya bermodalkan RM35 sebulan, pengguna akan dapat menikmati plan data tanpa had berkelajuan 6Mbps, dan hotspot sebanyak 3GB (FUP 100GB).

Pun begitu, seperti yang disebutkan di atas, U Mobile hanya terkenal kerana nilai plannya yang selalu murah berbanding telco lain, cuma apabila digunakan, berkemungkinan kehampaan hati akan menjelma dek kerana kelajuan tidak seperti ditawarkan.
Setelah menguji pelbagai telco, secara peribadi saya sendiri menggunakan Digi Prepaid Next. Malangnya, dalam laman web Digi, tiada lagi ditawarkan Prepaid Next 40 (data tanpa had berkelajuan 6Mbps dengan 999GB FUP – jauh lebih banyak berbanding Hotlink dan Celcom).
Namun, plan tersebut masih ada dalam aplikasi Digi, dan sekiranya tiada, anda boleh chat dengan staf Digi untuk meminta ia diaktifkan.
Plan itu antara yang berbaloi setara dengan tahap jangkauan dan kekuatan rangkaian Digi pada ketika ini.
Yoodo juga agak bagus, dengan RM43 untuk kelajuan 6Mbps. Cuma seperti yang kita tahu, ada ura-ura mengatakan MVNO ini akan ditamatkan perkhidmatannya selepas berlaku penggabungan antara Digi dan Celcom.
Bagaimanapun, sementara masih boleh digunakan, maka gunakanlah sepuasnya. Lagi pula, ura-ura berkenaan masih belum disahkan sepenuhnya apabila pihak Yoodo mengatakan operasi akan diteruskan seperti biasa.
Terbaru, Yoodo menambah fungsi WiFi Calling atau VoWiFi pada rangkaiannya. Ambil perhatian, Yoodo menggunakan rangkaian Celcom, oleh itu jika anda ingin gunakan perkhidmatan mereka, periksa tahap kekuatan liputan Celcom terlebih dahulu.
Jika kekuatan rangkaian unifi di tempat anda bagus, maka unifi Bebas adalah sangat baik untuk dilanggan. Kelajuan dapat mencecah sehingga 8Mbps untuk pelan Bebas Monthly RM35.
Bagaimana pula dengan Hotlink, atau yang lain-lain?
Saya enggan mengulas mengenai Hotlink lagi kerana apa yang disembunyikan dalam T&C/FUP terlalu menyakitkan hati. Sehari hanya dapat gunakan sebanyak 5GB, dan sebulan hanya 50GB. Tanpa had? Ya, tanpa had dengan kelajuan 512kbps selepas mencecah 50GB.
Celcom Xpax Unlimited juga lebih kurang ‘hauk’. FUP 60GB.
Cukup, cukup sudah memperdayakan pengguna.
Yes 4G/5G?
Malaslah nak cakap. Liputan macam siput sedut. Senang cerita pendek kata, kalau liputan bagus di kawasan anda, bolehlah guna. Sila periksa terlebih dahulu di laman web Yes sebelum melanggan.
Apa pun, saya cuma berharap pada masa akan datang, kesemua telco dapat tawarkan plan data tanpa had dengan kelajuan lebih lagi, contohnya 10-20Mbps.
6Mbps mungkin cukup untuk tahun 2011, tetapi kita dah nak masuk tahun 2023. Penambahbaikan harus ada. Takkan umum untung berjuta setiap tahun, pengguna tak sudah dilanyak isu kesesakan trafik internet lagi? Kelajuan perlu ditambah, kestabilan mesti seiring.
Anda pula bagaimana? Gunakan plan yang mana satu?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/plan-data-tanpa-had-terbaik-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Perjalanan Rapid Kl Tanpa Had Selama 1 Hari Pas Keluarga Malaysia Rm15

Pas Perjalanan Rapid Kl Tanpa Had Selama 1 Hari Pas Keluarga Malaysia Rm15

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 272 hits
Bermula pada bulan disember 2021 yang lepas myrapid telah memperkenalkan pas perjalanan Rapid KL tanpa had selama satu hari yang murah dipanggil Pas Keluarga Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam keluar b...
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan Ogos 2022 L Mohon Segera

Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan Ogos 2022 L Mohon Segera

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 244 hits
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan Ogos 2022 l Mohon Segera Makluman terbaru pengambilan jawatan guru tadika taska secara besar besaran di mana mana pusat tadika dan tabika di Malays...
Inilah Senarai Penyakit Jantung Yang Lazim Di Malaysia Jom Ambil Tahu Sekarang

Inilah Senarai Penyakit Jantung Yang Lazim Di Malaysia Jom Ambil Tahu Sekarang

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 295 hits
Tahukah anda apakah jenis penyakit jantung yang lazim di Malaysia Mungkin ramai pernah dengar mengenai sakit jantung dan strok tapi sebenarnya ada banyak lagi penyakit jantung yang anda perlu tahu Penyakit kardiovaskular merupakan punca uta...
Taklimat Khas Umno Perhimpunan Jahanamkan Institusi Keadilan Malaysia

Taklimat Khas Umno Perhimpunan Jahanamkan Institusi Keadilan Malaysia

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 197 hits
Pasca keputusan kes Dato Sri Najib Tun Razak oleh Mahkamah Persekutuan baru baru ini telah menyebabkan pimpinan dan parti Umno secara terbuka menzahirkan kemarahan mereka terhadap dua institusi pentadbiran keadilan di Malaysia iaitu institu...
Bantuan Asasi Rm3 920 Mohon Sumbangan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 L Pelajar Asasi Layak Memohon

Bantuan Asasi Rm3 920 Mohon Sumbangan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 L Pelajar Asasi Layak Memohon

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 371 hits
Bantuan Asasi RM3 920 Mohon Sumbangan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 l Pelajar Asasi Layak Memohon Untuk makluman umum berita baik kepada pelajar asasi tahun 2022 anda layak untuk membuat permohonan bantuan setahun seju...
Sarawakian Evelyn First Runner Up Sabahan Wenanita Is Miss World Malaysia 2022

Sarawakian Evelyn First Runner Up Sabahan Wenanita Is Miss World Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 452 hits
Ting being crowned as the first runner up of Miss World Malaysia 2022 8211 Screengrab from hyperlive tv KUCHING Sarawakian Evelyn Ting emerged as the first runner up in the grand finals of Miss World Malaysia 2022 held at Sabah Internation
Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menubuhkan satu jawatan kuasa siasatan dalam menangani isu daging import halal Desakan dibuat enam NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia P...
Gadis Kuala Penyu Wenanita Angang Pemenang Miss World Malaysia 2022

Gadis Kuala Penyu Wenanita Angang Pemenang Miss World Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 2505 hits
Gadis Sabahan dinobatkan sebagai juara Miss World Malaysia 2022 Sabah Menang Tempat Pertama dan Tempat Ketiga Miss World Malaysia 2022 KOTA KINABALU 28 Ogos Peserta dari Sabah Wenanita Angang 23 muncul sebagai pemenang Miss World Malaysia 2...
Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online

Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 323 hits
Secara umumnya pihak Malaysia Airlines menyediakan 4 cara untuk melakukan check in sebelum penerbangan anda iaitu KaunterKiosk layan diriWebAplikasi mudah alih Semua pelanggan diwajibkan untuk check in dan perkhidmatan ini akan ditutup satu...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package