Zairil Jawab Isu Psr Dibangkitkan Nurul Izzah



GEORGETOWN: Krisis ekonomi yang tercetus akibat pandemik Covid-19 menjadikan tambak laut di perairan selatan (PSR) dan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang sebagai projek penting untuk dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, projek tersebut merupakan pemacu pemulihan utama ekonomi negeri ini ketika dan selepas krisis Covid-19.
Malah jelas beliau, projek PSR amat diperlukan untuk menjadi pemangkin utama bagi membangunkan Pulau Pinang dalam dunia pasca Covid-19.
Tambahnya, satu kajian bebas menunjukkan setelah siap kelak, PSR mampu menarik RM70 bilion pelaburan langsung asing dan mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh 30 tahun.
“PSR juga akan menjadi pemangkin peluang pekerjaan bernilai tinggi supaya kita bukan sahaja dapat mengurangkan penghijrahan keluar modal insan dari negeri ini, malah menarik lebih ramai modal insan yang berbakat dari dalam dan luar negara ke Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu merupakan maklum balas kepada gesaan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar supaya Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membatalkan projek PSR dengan serta-merta.
Nurul Izzah menyifatkan projek tersebut tersasar daripada tujuan asal sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak serta mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan.
Berhubung dakwaan mengabaikan kelestarian alam, Zairil berkata, ketiga-tiga pulau buatan dalam PSR telah dirancang dengan kawasan hijau awam yang luas.
Jelasnya, sebanyak 20 peratus kawasan disediakan untuk taman dan padang, kawasan paya bakau, terusan air dan tanah lembap untuk mencapai penurunan suhu persekitaran.
“Tambahan pula, PSR menyasarkan menurunkan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus dan pencapaian 100 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan permintaan air tawar sebanyak 70 peratus,” katanya.
Berkenaan sumber rezeki nelayan yang terjejas pula, Zairil berkata, adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan pakej ex-gratia yang ditawarkan kepada para nelayan yang terlibat dalam projek itu adalah pakej bayaran berskala besar paling lumayan di Malaysia.
Ini kerana katanya, nelayan terbabit bukan sahaja menerima bayaran tunai malah menerima bot dan enjin baharu, membawa jumlah nilai pakej tersebut kepada hampir RM60,000 setiap seorang tertakluk kepada kategori.
“Bagi meyakinkan Nurul Izzah, kerajaan negeri sedia mengaturkan perjumpaan beliau bersama para nelayan yang benar-benar terlibat agar memperoleh gambaran lebih tepat, bukannya bersandarkan kepada nasihat yang salah,” katanya ~ UM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/zairil-jawab-isu-psr-dibangkitkan-nurul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zairil To Nurul Izzah Covid 19 Necessitates Penang Reclamation Project

Zairil To Nurul Izzah Covid 19 Necessitates Penang Reclamation Project

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 246 hits
Penang exco member in charge of infrastructure and transport Zairil Khir Johari said the Penang South Reclamation Project has become even more critical now due to the damage brought by the Covid 19 pandemic In response to criticisms by Perm...
Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 349 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membatalkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang dengan serta merta Beliau menyifatkan projek tersebut telah t...
Now Nurul Izzah Tolak Tambak In Penang

Now Nurul Izzah Tolak Tambak In Penang

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 253 hits
The PenangTolakTambak campaign received a major boost today when Permatang Pauh MP Nurul Izzah came out with a strong commentary calling for the cancellation of the ecologically damaging Penang South Reclamation mega project The project aim...
Imigresen Lapor Sprm Isu Video Kak Siti Bayar Wang Pelincir Masuk Malaysia

Imigresen Lapor Sprm Isu Video Kak Siti Bayar Wang Pelincir Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 198 hits
Khairul Dzaimee Daud PUTRAJAYA Jabatan Imigresen Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung sebuah video yang tular di media sosial bertajuk Kak Siti kena bayar pelincir untuk masuk ke Malaysia Laporan ...
Eina Azman Mohon Maaf Isu Vaksin Akui Memang Ada Masalah Kesihatan

Eina Azman Mohon Maaf Isu Vaksin Akui Memang Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 218 hits
Selepas tular mengenai isu didakwa memotong barisan untuk mendapatkan vaksin selebriti terkenal Eina Azman telah memadam gambar dan video yang dikongsikan kepada umum kerana menerima pelbagai kecaman daripada netizen Dia juga didakwa mendap...
Panas Hasnul Tempelak Razman Isu Tanah 200 Ekar

Panas Hasnul Tempelak Razman Isu Tanah 200 Ekar

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 182 hits
May 26 2021 Yb Pak Teh saya dan rakan NGO tidak bercakap soal pencerobohan Kita tahu SADC telah beri kebenaran pajakan kpd Koperasi Isunya adalah1 kerosakan alam sekitar2 tiada laporan EIA3 tiada kebenaran merancang4 mengabaikan kepentingan...
Isu Data Bocor Menko Pmk Jamin Pelayanan Bpjs Kesehatan Tetap Aman

Isu Data Bocor Menko Pmk Jamin Pelayanan Bpjs Kesehatan Tetap Aman

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 252 hits
Dia memastikan bahwa saat ini hal tersebut masih dalam proses penyelidikan Menurutnya data data yang dicurigai bocor dan dijual secara online itu juga belum tentu data yang sesungguhnya dimiliki oleh peserta BPJS Kesehatan
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah