Zaid Kata Kerajaan Gila Khairuddin Balas Kamu Yang Gila Sewel


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membalas kenyataan “ini kerajaan gila” yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Khairuddin berkata: “Yang gila serta sewel sebenarnya adalah Zaid.”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid yang menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘gila’ kerana tidak mendedahkan laporan akhir Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
“Sesungguhnya, Zaid Ibrahim adalah kalangan atau ahli PH yang kecewa kerana beliau tidak diberi apa-apa jawatan masa kini.
“Beliau penat melompat dari satu parti ke satu parti tetapi berkesudahan dengan tidak dapat sebarang jawatan masa kini! Zaid ibrahim amat ‘merapu’ dan ‘merepek’ sejak kebelakangan ini,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Dalam kemas kini di Twitter hari ini, Zaid berkata kerajaan mesti telus dalam membendung rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan sepatutnya laporan berkenaan CEP perlu didedahkan kepada orang awam supaya dapat membaca dan membincangkannya.
Menurutnya, Tun Daim Zainuddin dan anggota CEP lain bekerja keras untuk menyediakan laporan itu.
“Kita perlu membaca laporan itu dan berbincang. Tetapi kerajaan Pakatan Harapan mengklasifikasikannya sebagai rahsia rasmi. Kerajaan ini gila,” katanya dalam entri tersebut.
Khairuddin yang juga Penyelaras Parlimen Jasin membidas Zaid sebagai bekas menteri undang-undang langsung tidak memahami undang-undang dan hanya pandai bercakap, selain tidak menghormati peraturan kerajaan.
Katanya, Zaid sepatutnya faham dan akur mana-mana laporan kerajaan yang diklasifikasikan sebagai ‘OSA’ tidak boleh dizahirkan sebagai bahan untuk tatapan umum.
“Ini hal ehwal pentadbiran kerajaan yang tidak boleh dihebahkan. Bukan semua fakta-fakta pentadbiran kerajaan yang boleh diuar-uarkan secara terbuka kepada pengetahuan umum.
“Apa masalah dengan Zaid Ibrahim? Kenapa beliau kalut sangat nak tahu rahsia-rahsia kerajaan?! Beliau tiada kaitan dengan kerajaan dan bukan penjawat awam!
“Mana ada kerajaan di dalam dunia ini yang akan melayani permintaan orang awam untuk mengetahui hal ehwal pentadbiran kerajaan yang diklasifikasikan sebagai sulit. Ada risiko tertentu sekiranya kita berbuat demikian,” katanya.
Khairuddin turut melontarkan pertanyaan kepada Zaid, adakah beliau secara sewenang-wenangnya menzahirkan matlumat sulit kerajaan kepada orang awam ketika memegang jawatan sebagai menteri undang-undang suatu ketika dulu.
“Sebab itu saya kata Zaid adalah politikus yang tidak relevan lagi!! Beliau hanya mahu perhatian serta mencari publisiti murahan saja,” katanya.
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Zaid kata kerajaan gila, Khairuddin balas kamu yang gila sewel appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191325/zaid-kata-kerajaan-gila-khairuddin-balas-kamu-yang-gila-sewel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Gila Dan Sewel Sebenarnya Zaid Ibrahim Khairuddin Hassan

Yang Gila Dan Sewel Sebenarnya Zaid Ibrahim Khairuddin Hassan

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 404 hits
Astro Awani Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan itu berkata yang gila serta sewel sebenarnya adalah Zaid Gambar Astro AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Ibarat memberikan bola tanggung Datuk Seri Khairuddin Hassan pantas m...
Ini Gerakan Terancang Untuk Gulingkan Dr Mahathir Kata Khairuddin

Ini Gerakan Terancang Untuk Gulingkan Dr Mahathir Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 514 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai kepayahan beliau bekerja di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai bekas diktator yang telah banyak merosakkan negara dan keluarganya mendapat reaksi dari rakan rakan Pakatan ...
Maklumat Lama Kata Kerajaan Mengenai Dakwaan Terhadap Taib

Maklumat Lama Kata Kerajaan Mengenai Dakwaan Terhadap Taib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 425 hits
Kerajaan menepis dakwaan terbaru mengaitkan Yang di Pertua Negeri Sarawak Taib Mahmud dengan rasuah dan salahguna kuasa mengatakan maklumat tersebut maklumat lama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata Peguam Negara Tommy...
Gila Kerajaan Kedah Gelar Askar Jepun Sebagai Hero Dan Wira

Gila Kerajaan Kedah Gelar Askar Jepun Sebagai Hero Dan Wira

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 746 hits
Pada pendapat saya langkah kerajaan PH Kedah untuk merasmikan Tugu Wira Jepun minggu lepas serta memberi gelaran wira atau hero kepada askar askar Jepun yang menyerang dan menjajah Tanah Melayu pada masa itu adalah tidak wajar Khamis 21 3 2...
Kerajaan Takkan Pinda Perlembagaan Kembalikan Kuasa Agong Kata Dr Mahathir

Kerajaan Takkan Pinda Perlembagaan Kembalikan Kuasa Agong Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 302 hits
Kerajaan tidak akan meminda semula Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang undang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini ker...
Indeks Kebahagiaan Jatuh Sebab Najib Bukan Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Kata Khalid Samad Viralhancing

Indeks Kebahagiaan Jatuh Sebab Najib Bukan Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Kata Khalid Samad Viralhancing

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 505 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengulas kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak yang berkata kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu merosot teruk kerana rakyat ditipu kerajaan P...
Malaysia Anwar Dihalang Jadi Pm Khairuddin Kecam Zaid

Malaysia Anwar Dihalang Jadi Pm Khairuddin Kecam Zaid

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 428 hits
Khairuddin Abu Hassan penyokong tegar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tampil membidas bekas menteri di jabatan perdana menteri Zaid Ibrahim Ini susulan kenyataan yang mencadangkan terdapat cubaan untuk menghalang presiden PKR Anwar Ibra...
Hanya Kerajaan Boleh Iktiraf Uec Kata Pm

Hanya Kerajaan Boleh Iktiraf Uec Kata Pm

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 324 hits
Hanya kerajaan boleh iktiraf UEC kata PM Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Apr 2019 9 06AM
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich