Yang Gila Dan Sewel Sebenarnya Zaid Ibrahim Khairuddin Hassan


Hasimi Muhamad, Astro Awani Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH) itu berkata, yang gila serta sewel sebenarnya adalah Zaid. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR  

KUALA LUMPUR: Ibarat memberikan bola tanggung, Datuk Seri Khairuddin Hassan pantas melemparkan balik kenyataan "ini kerajaan gila" yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim kepada Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH) itu berkata: "Yang gila serta sewel sebenarnya adalah Zaid."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid yang menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai 'gila' kerana tidak mendedahkan laporan akhir Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

“Sesungguhnya, Zaid Ibrahim adalah kalangan atau ahli PH yang kecewa kerana beliau tidak diberi apa-apa jawatan masa kini.

“Beliau penat melompat dari satu parti ke satu parti tetapi berkesudahan dengan tidak dapat sebarang jawatan masa kini! Zaid ibrahim amat 'merapu' dan 'merepek' sejak kebelakangan ini,” katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.

 Dalam kemas kini di Twitter hari ini, Zaid berkata kerajaan mesti telus dalam membendung rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan sepatutnya laporan berkenaan CEP perlu didedahkan kepada orang awam supaya dapat membaca dan membincangkannya.

Menurutnya, Tun Daim Zainuddin dan anggota CEP lain bekerja keras untuk menyediakan laporan itu.

“Kita perlu membaca laporan itu dan berbincang. Tetapi kerajaan Pakatan Harapan mengklasifikasikannya sebagai rahsia rasmi. Kerajaan ini gila,” katanya dalam entri tersebut.

BACA: "Yang gila dan sewel sebenarnya Zaid Ibrahim" -  Khairuddin Hassan

BACA: Kenyataan Nurul Izzah beri kesan negatif kepada PH - Khairuddin

Bidas Khairuddin yang juga Penyelaras Parlimen Jasin, Zaid sebagai bekas menteri undang-undang langsung tidak memahami undang-undang dan hanya pandai bercakap, selain tidak menghormati peraturan kerajaan.

Katanya, Zaid sepatutnya faham dan akur mana-mana laporan kerajaan yang diklasifikasikan sebagai 'OSA' tidak boleh dizahirkan sebagai bahan untuk tatapan umum.

“Ini hal ehwal pentadbiran kerajaan yang tidak boleh dihebahkan. Bukan semua fakta-fakta pentadbiran kerajaan yang boleh diuar-uarkan secara terbuka kepada pengetahuan umum.

“Apa masalah dengan Zaid Ibrahim? Kenapa beliau kalut sangat nak tahu rahsia-rahsia kerajaan?! Beliau tiada kaitan dengan kerajaan dan bukan penjawat awam!!

“Mana ada kerajaan di dalam dunia ini yang akan melayani permintaan orang awam untuk mengetahui hal ehwal pentadbiran kerajaan yang diklasifikasikan sebagai sulit. Ada risiko tertentu sekiranya kita berbuat demikian,” katanya.

Khairuddin turut melontarkan pertanyaan kepada Zaid, adakah beliau secara sewenang-wenangnya menzahirkan matlumat sulit kerajaan kepada orang awam ketika memegang jawatan sebagai menteri undang-undang suatu ketika dulu.

“Sebab itu saya kata Zaid adalah politikus yang tidak relevan lagi!! Beliau hanya mahu perhatian serta mencari publisiti murahan saja,” ujarnya.

LIHAT TWITTER DI SINI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/yang-gila-dan-sewel-sebenarnya-zaid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaid Kata Kerajaan Gila Khairuddin Balas Kamu Yang Gila Sewel

Zaid Kata Kerajaan Gila Khairuddin Balas Kamu Yang Gila Sewel

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 440 hits
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membalas kenyataan ini kerajaan gila yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin berkata Yang gila serta sewel sebenarnya adalah Zaid B...
Malaysia Anwar Dihalang Jadi Pm Khairuddin Kecam Zaid

Malaysia Anwar Dihalang Jadi Pm Khairuddin Kecam Zaid

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 489 hits
Khairuddin Abu Hassan penyokong tegar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tampil membidas bekas menteri di jabatan perdana menteri Zaid Ibrahim Ini susulan kenyataan yang mencadangkan terdapat cubaan untuk menghalang presiden PKR Anwar Ibra...
Pkr Must Be Defeated In Rantau To Kill Off Anwar Ibrahim

Pkr Must Be Defeated In Rantau To Kill Off Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 391 hits
For the immediate future Mahathir is no longer under threat like he was ten months ago So he can go on and do all those things he plans to do with no resistance from anyone Mahathir needs a year or two to complete his plans And he has that ...
Jangan Lupakan Sejarah Anwar Ibrahim

Jangan Lupakan Sejarah Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 362 hits
Foto sumber internetSEREMBAN 4 April Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pendukung perjuangan parti itu supaya tidak melupakan sejarah bagi memastikan perkara yang sama tidak diulangi Sambil memetik ungkapan novelis dan ahli fals...
Makanan Jiwa Tingkatkan Jati Diri Bersama Encik Sukur Bin Ibrahim

Makanan Jiwa Tingkatkan Jati Diri Bersama Encik Sukur Bin Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1023 hits
Ceramah Jati Diri Bersama Encik Sukur Bin Ibrahim Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca dan rakan rakan semua Buntu juga bila tak ada idea nak menulis dan biarkan blog sunyi tapi hari ini panas panas Sha nak berkongsi hasil mendenga...
Sultan Ibrahim Jangan Persoal Kuasa Negeri Terhadap Hutan Tanah Dan Islam

Sultan Ibrahim Jangan Persoal Kuasa Negeri Terhadap Hutan Tanah Dan Islam

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 332 hits
MALAYSIAKINI Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titah ucapan sempena hari keputeraan mengingatkan bahawa baginda mempunyai hak dan kuasa ke atas sumber air hutan dan tanah selain perkara berhubung agama Islam Suka saya tegaskan di sini ba...
Anwar Ibrahim Dan Keluarga Akan Terus Sokong Pimpinan Tun Dr Mahathir

Anwar Ibrahim Dan Keluarga Akan Terus Sokong Pimpinan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 567 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya dan keluarga terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap semua pemimpin Pakatan Harapan untuk terus memberikan sokongan yang sama Secara konsisten kita pi...
Pembangkang Boleh Menang 132 Kerusi Parlimen Jika Muafakat Berjalan Baik Tn Ibrahim

Pembangkang Boleh Menang 132 Kerusi Parlimen Jika Muafakat Berjalan Baik Tn Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 372 hits
Pembangkang boleh memenangi lebih 132 kerusi Parlimen jika kerjasama Umno BN dan PAS dapat direalisasikan dengan baik dalam pilihan raya umum akan datang kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan presiden PAS itu berkata perkiraan itu dibuat berd...
Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

12 Biodata Finalis Dewi Remaja 2025 Menyambut 40 Tahun Legasi Gemilang

If You Love Two People At The Same Time Choose The Second Because

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 03 10 2025

Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Siri 5 Throwback Mohon Sampai Di Jannahmu

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sertifikasi Halal Dapur Mbg Salah Satu Kebutuhan Mendesak Yang Tak Bisa Diabaikan

Sistem Jaminan Produk Halal Panduan Lengkap Untuk Pelaku Usaha Di Indonesia

Percayakah Anda Akan Keupayaan Luar Biasa Orang Melayu Yang Boleh Terbang

Tia8king 31 Tia8king Top 54 By Delila

Baj88thb 7 November Baj88thb Top 92 By Emery

Harapan