Zahid Terus Digesa Berundur Beri Peluang Muka Baharu



SHAH ALAM - Pemuda UMNO Pontian mengulangi gesaan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dan 'berehat' daripada dunia politik dengan rasa terhormat bagi memberi laluan kepada kepimpinan muka baharu menentukan hala tuju parti itu.

Ketuanya, Mohd Helmi Buang berkata, Ahmad Zahid perlu menerima hakikat itu kerana senario yang berlaku pada pasca Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 tidak menampakkan beliau dihormati oleh majoriti kepimpinan tertinggi parti.

Jelasnya, hal ini terbukti menerusi usul penggulungan Ahmad Zahid yang menggesa semua pemimpin UMNO yang memegang jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletak jawatan, akhirnya tidak dituruti mereka.

"Lebih malang, bila Ahmad Zahid menegaskan Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan parti komponen seperti MCA dan MIC, bahkan 'memberi amaran' kepada Pas, perkara itu tidak disenangi pemimpin-pemimpin parti komponen sendiri.

"Bagi saya, PAU 2020 seolah-olah dijadikan medan mempertahankan individu dan menyerlahkan ketidaktentuan hala tuju politik yang cuba dibawa kepimpinan tertinggi UMNO diketuai Ahmad Zahid sendiri.

"Proses merawat atau mengubati parti adalah lebih baik daripada menyokong tanpa arah dan akhirnya sokongan itu membawa rebah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai isu kemelut dalaman yang dihadapi oleh kepimpinan UMNO seusai PAU 2020 diadakan, minggu lalu.

Kemelut dalaman yang timbul difahamkan membabitkan fraksi menyokong Ahmad Zahid serta fraksi pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan PN dan tidak menyokong Presiden parti.

Hal ini berpunca daripada tindakan Ahmad Zahid mencabar mana-mana pemimpin UMNO meletak jawatan dalam kerajaan PN selain memberi bayangan parti itu bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti 'ikhlas' bagi membentuk kerajaan pada pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebelum itu, Mohd Helmi pernah menggemparkan negara apabila mengeluarkan kenyataan terbuka menggesa Ahmad Zahid segera 'berehat' daripada memimpin UMNO dengan rasa terhormat.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Jalaluddin Alias menegaskan, UMNO tidak boleh mengetepikan sebarang pandangan mana-mana pemimpin sekali pun dalam kalangan ahli akar umbi terutama berkaitan jajaran politik baharu.

Ketua UMNO bahagian Jelebu itu berkata, pandangan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mendedahkan kemungkinan terdapat kerjasama 'sedang dibina' antara UMNO-PKR-DAP perlu diberi perhatian serius kerana menyalahi dasar parti.

"Isu berkenaan tidak boleh ditolak bulat-bulat hanya kerana kepentingan pihak tertentu dalam parti.

"UMNO juga perlu menyelesaikan sebelum PRU15 tentang persefahaman antara gabungan parti, antara UMNO dengan Pas, atau pun dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana kalau kita buat selepas PRU, kemenangan kerusi itu tidak akan tercapai kalau gabungan diputuskan sebelum pilihan raya," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/zahid-terus-digesa-berundur-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesaan Zahid Berundur Terus Bergema

Gesaan Zahid Berundur Terus Bergema

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 695 hits
SHAH ALAM Gesaan pemimpin akar umbi UMNO meminta Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur dan memberi laluan kepada kepimpinan baharu semakin kuat bergema Kali ini tuntutan itu datangnya daripada Ketua Pemuda dan Ketua Puteri U...
Jumlah Kes Baharu Covid 19 Di Thailand Terus Melonjak

Jumlah Kes Baharu Covid 19 Di Thailand Terus Melonjak

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 213 hits
Jumlah kes baharu Covid 19 di Thailand terus melonjak Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Apr 2021 11 41PM
Ketika Pau Baru Bermula Annuar Musa Terus Menyerang Zahid Hamidi

Ketika Pau Baru Bermula Annuar Musa Terus Menyerang Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 400 hits
1 Insyaallah PAU2020 perhimpunan paling tersusun dan paling pendek Perwakilan dengar saja di bhg masing masing Hanya Top6 hadhir di pwtc sebagai penonton jurucakap yg di pilih semua sudah di batalkan Sudah digantikan Hanya orang yg di lanti...
Lagi Gesaan Akar Umbi Umno Agar Zahid Berundur

Lagi Gesaan Akar Umbi Umno Agar Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 232 hits
malaysiakini comDiterbitkan 6 Apr 2021 4 57 pmSeorang lagi pemimpin akar umbi Umno menuntut presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi memastikan kelangsungan parti itu Ketua Umno bahagian Simpang Renggam Zakaria Dullah b...
Zahid Anwar Digesa Lafaz Sumpah Laknat

Zahid Anwar Digesa Lafaz Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 210 hits
PUTRAJAYA Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melafazkan sumpah laknat di masjid bagi menafikan rakaman audio mirip suara mereka yang tersebar di media sosial Gesaan...
Zahid Tidak Layak Terus Pegang Jawatan Kata Ku Li

Zahid Tidak Layak Terus Pegang Jawatan Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut sekiranya pendedahan audio antara dirinya dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim d...
Ganas Betul Zahid Hamidi 6 Tahun Terus Kena Hahaha

Ganas Betul Zahid Hamidi 6 Tahun Terus Kena Hahaha

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 308 hits
Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz telah digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun Keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi parti yang bermesyuarat pada Sabtu malam Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad M...
Mfl Mu Dipotong 3 Mata Terus Kerana Tunggakan Gaji Sarawak Utd Amp Kelantan Fc Terus Dipantau

Mfl Mu Dipotong 3 Mata Terus Kerana Tunggakan Gaji Sarawak Utd Amp Kelantan Fc Terus Dipantau

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 385 hits
Badan bebas First Instance Body hari ini mengumumkan bahawa Melaka United FC telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta merta bagi saingan Liga Super 2021 di atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pega...
Kisah Didier Drogba Jadi Pendamai Selamatkan Ivory Coast Terus Bermandi Darah

Kisah Didier Drogba Jadi Pendamai Selamatkan Ivory Coast Terus Bermandi Darah

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 224 hits
Jangan mengaku anda pengikut setia Chelsea FC dan Liga Perdana Inggeris jika tidak mengenali nama yang pernah menghiasi kejuaraan yang pernah dimenangi oleh kelab London ini Bagi penyokong lawan kelibat Drogba pasti menjadi igauan yang tiad...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin